Monday 31 December 2012

SeLaMat TaHun BaRu!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
      Alhamdulillah, hari ini, 1/1/2013 maka bermulalah tahun baharu masihi kepada semua insan yang ada di atas muka bumi ini. Bila sebut tahun baru ini maka memang sinonim dengan "azam tahun baru".. dan kalau semua orang ada FB, maka boleh laa tengok macam2 post..tapi pada ku..post yang paling best bunyinya macam gini...
"..thn Baru masing2 ad azm..ad y kta Aq bakal ustzh/ust/pilot/doktor/akautan n dot.dot..ad jga y gtau Aq bakl mnjdi ibu/bpa/atuk- bkal msuk u n lain2 tpi y perlu diingat kita semua "BAKAL JENAZAH.."..

   Post ini nampak seperti dalam nada bergurau tapi pada hakikatnya post ini mempunyai kebenaran yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun.. Jadi sempena tahun baru ini, paah pun berhajat untuk jadi penyonteng blog..maka ku bina 'Jurnal kasih musafir ini'..semoga berpanjangan aminn.. tujuan blog ni ku buat hanyalah untuk mengisi masa lapang dan kepuasan diri sendiri..

  Berbalik soal azam tahun baharu, azam merupakan perkara-perkara yang telah diset atau ditarget untuk menjadikan diri lebih baik dan berjaya.. seperti firman Allah :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11).

 Jadi ku pun berazam untuk menjadi muslim yang lebih praktikal, anak yang solehah, pelajar yang rajin, kawan yang sejati, kakak & adik yang baik, dan khalifah yang bertanggungjawab. Nampak simple kan tapi pengisiannya sangat berat  dooo....
 Kepada semua pembaca (kalau ada) semoga tahun ini jauh lagi baik dari tahun2 sudah dan kita semua dapat tunaikan azam yang telah terpahat padu dalam minda..tapi ingat niat tidak menghalalkan cara... Lakukan sesuatu dengan cara yang baik dan mulia!!! SelaMaT TaHun Baru SuMe!!! <3