Sunday 12 October 2014

Mulut Masin???

Assalamualaikum. Rasanya sudah lama jari ini tidak kutarikan pada papan kekunci. Bukan kerana malas tetapi kerana tiada kudrat kata yang terpancul pada benak ini. Sebenarnya peristiwa ini sudah lama berlaku namun, baru sekarang bertemu kata untuk dilafaz. Paling tidak menjadi santapan bacaan mata yang mencerap setiap butir tulisanku..hu~~~ ayattt~~~..

     Ce tengok tajuk kat atas tu.. Mulut masin kan.. Boleh didefinisi sebagai tutur kata yang menjadi kenyataan walaupun si penutur tidak mahu apa yang dikata menjadi kenyataan. Dalam rumah kami selalunya yang mulut masin tu nenek la. Pasalnya setiap tegahan nenek pasal sesuatu perkara, mesti perkara tu jadi betul. Tapi kali ni tutur tu bukan dari nenek tapi daripada lidah tak bertulang ku sendiri. Pagi itu, kami wat family day bersih-bersih belakang rumah. Sambil sapu daun kering ku cakap kat si bongsu "Nanti kite cakap kat abe kak jumpe ular. Pastu kak cakap cam dalam cite harry potter." Pagi tu tak ada apa yang jadi tapi...

     Ketika tu maghrib sudah menyapa dan ku baru sudah wuduk untuk menyambut sapaan maghrib. Tatkala itu anak mata yang kabur ini terpandang pada suatu lingkaran gantungan langsir di tingkap. Sekali pandang hati ku terdetik "eh dawai ke?" Dalam kesamaran itu ku melangkah untuk lihat lebih dekat. "Eh bergerak! Ular!!" terus ku capai kaca mata untuk kepastian dan ternyata bisik hati ku tepat meneka. Terus ku meluru kepada mak. Masa tu mak baru angkat takbir menyahut salam maghrib tetapi sejurus mendengar suara ku perlahan memanculkan kata ular. Mak berhenti dan terus panggil abang, Apih dan Zaim.

    Ku hanya berdiri luar bilik memerhati insan tersayang ku bertarung dengan ridsect, batang tongkat buluh dan penyapu. Hampir 1 jam pertarungan berlangsung ternyata sangat lincah pergerakan si bisa itu. Kesal mula menyerbu benak fikir ku. Mak cakap kalau ular boleh melompat terbang macam ni ular bisa. Selesai pertarungan Apih terus pandang ku "Dia dok kat luar je..Lain kali mulut tu jaga sikit.. mane pegi Harry potter tu sume". Kesian Apih dan Abe daa la nak berangkat ke KL malam tu.

     Kesimpulannya, mulut ada jaga. Walaupun milik kita kalau salah menyapa mungkin boleh mengundang duka walau tidak dijemput tandangnya. Nasib baik Allah panjangkan lagi hayat ini. Kalu tak masa ku tak sedar mesti ye daa boleh patuk kepala.. Terima Kasih Allah. Terima kasih Mak, Apih, Zaim n Abe. Selesai bertarung terus kami solat maghrib.


DOA PERLINDUNGAN DARI BINATANG BERBAHAYA
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
[A'udzu bikalimatillahittammati min syarri maa khalaq]
"Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakanNya"
("Barangsiapa membaca doa ini pada sore hari sebanyak tiga kali, tidak berbahaya baginya sengatan (binatang berbisa) pada malam itu". HR. Ahmad, An-Nasa'i)