Sunday 12 October 2014

Mulut Masin???

Assalamualaikum. Rasanya sudah lama jari ini tidak kutarikan pada papan kekunci. Bukan kerana malas tetapi kerana tiada kudrat kata yang terpancul pada benak ini. Sebenarnya peristiwa ini sudah lama berlaku namun, baru sekarang bertemu kata untuk dilafaz. Paling tidak menjadi santapan bacaan mata yang mencerap setiap butir tulisanku..hu~~~ ayattt~~~..

     Ce tengok tajuk kat atas tu.. Mulut masin kan.. Boleh didefinisi sebagai tutur kata yang menjadi kenyataan walaupun si penutur tidak mahu apa yang dikata menjadi kenyataan. Dalam rumah kami selalunya yang mulut masin tu nenek la. Pasalnya setiap tegahan nenek pasal sesuatu perkara, mesti perkara tu jadi betul. Tapi kali ni tutur tu bukan dari nenek tapi daripada lidah tak bertulang ku sendiri. Pagi itu, kami wat family day bersih-bersih belakang rumah. Sambil sapu daun kering ku cakap kat si bongsu "Nanti kite cakap kat abe kak jumpe ular. Pastu kak cakap cam dalam cite harry potter." Pagi tu tak ada apa yang jadi tapi...

     Ketika tu maghrib sudah menyapa dan ku baru sudah wuduk untuk menyambut sapaan maghrib. Tatkala itu anak mata yang kabur ini terpandang pada suatu lingkaran gantungan langsir di tingkap. Sekali pandang hati ku terdetik "eh dawai ke?" Dalam kesamaran itu ku melangkah untuk lihat lebih dekat. "Eh bergerak! Ular!!" terus ku capai kaca mata untuk kepastian dan ternyata bisik hati ku tepat meneka. Terus ku meluru kepada mak. Masa tu mak baru angkat takbir menyahut salam maghrib tetapi sejurus mendengar suara ku perlahan memanculkan kata ular. Mak berhenti dan terus panggil abang, Apih dan Zaim.

    Ku hanya berdiri luar bilik memerhati insan tersayang ku bertarung dengan ridsect, batang tongkat buluh dan penyapu. Hampir 1 jam pertarungan berlangsung ternyata sangat lincah pergerakan si bisa itu. Kesal mula menyerbu benak fikir ku. Mak cakap kalau ular boleh melompat terbang macam ni ular bisa. Selesai pertarungan Apih terus pandang ku "Dia dok kat luar je..Lain kali mulut tu jaga sikit.. mane pegi Harry potter tu sume". Kesian Apih dan Abe daa la nak berangkat ke KL malam tu.

     Kesimpulannya, mulut ada jaga. Walaupun milik kita kalau salah menyapa mungkin boleh mengundang duka walau tidak dijemput tandangnya. Nasib baik Allah panjangkan lagi hayat ini. Kalu tak masa ku tak sedar mesti ye daa boleh patuk kepala.. Terima Kasih Allah. Terima kasih Mak, Apih, Zaim n Abe. Selesai bertarung terus kami solat maghrib.


DOA PERLINDUNGAN DARI BINATANG BERBAHAYA
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
[A'udzu bikalimatillahittammati min syarri maa khalaq]
"Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakanNya"
("Barangsiapa membaca doa ini pada sore hari sebanyak tiga kali, tidak berbahaya baginya sengatan (binatang berbisa) pada malam itu". HR. Ahmad, An-Nasa'i)

Wednesday 14 May 2014

PeRjaLaNan KitA BaRu BerMula DiK..

   Saat jari ini menari di atas papan kekunci, mak dan Apih dalam perjalanan ke KL. Urusannya untuk hantar Apih ke KMKN. Pengembaraan hidup Apih baru bermula dan aku masih di sini menghabiskan sisa-sisa yang berbaki. Masih lagi aku ingat saat tinggi Apih lebih rendah daripada aku. Sehari kalau tak dengar Apih meraung memang hidup aku takkan senang. Setiap hari rutin yang perlu aku penuhi ialah pastikan Apih kejar aku keliling rumah. Kepuasan pada ku lihat Apih menangis. Mungkin kerana waktu itu dia kegemaran semua orang. Tapi sekarang saat tinggi Apih jauh lagi tinggi daripada aku, rindunya aku saat itu. Saat dia mengejar aku. Air mata Apih yang dulu menjadi kepuasan ku untuk hidup kini menjadi racun rindu pada Apih.

    Apih, dunia luar itu menakutkan jika kita tak berani. Dunia luar itu sepi jika kita yang tidak mengisi. Dunia luar itu mengelirukan jika kita tak mengerti. Tapi takut itu akan bertukar jadi indah jika kita kuat menghadapi, sepi akan berganti seri jika kita tak serik menghadapi, kekeliruan itu akan bantu kita jadi serba tahu seandai kita tekad. Ingat Apih mak cakap keluarga kita tak ada harta cuma ilmu yang boleh tolong kita sekeluarga...

   Jangan takut untuk melangkah dik sebab abang dengan kak sentiasa ada untuk back up.. So u go for it boy.. Apih akan selamanya jadi adik yang paling kak suka kenak... Jangan risau sebab apa pun yang jadi kita ada keluarga yang bersama kita. Apih ada Mak, ada nek, ada abe, ada kak, ada adik ^^-

   Untuk menghabiskan sisa yang berbaki ni.. jari ini perlu berhenti menari... perlu ulang kaji.. :P



Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
"Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda": "Barang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan (silaturahmi)". (Shahih Muslim No.4638)

Thursday 20 March 2014

Lubuk Niyang Rapik vs Baitulhikmah.

    Sementara menunggu masa balik ni, sempat mengarang walaupun hanya seketika.. Duduk ku termenung sambil mengenang rupa-rupanya sudah 2 bulan mengajar bagi praktikum fasa 3. Mungkin kerana untuk kali ini ku betul-betul nikmati saat di sekolah terbaharu ini. Melihatkan tajuk di atas jelas menunjukkan sikap murid-murid yang ku dan rakan-rakan hadapi. Walaupun kami di sekolah yang berbeza, namun penangan yang kami terima lebih kurang sama. Hampir setiap hari mesti ada latihan vokal antara murid dengan murid atau murid dengan guru. Tapi cuba bayangkan vokal guru dapat menandingi vokal 40 orang murid. Kini ku sedar yang kami jauh lagi hebat daripada alat teknologi bergelar "speaker".




    Bukan itu sahaja, hampir setiap hari guru mesti mengulang jawapan yang sama bagi soalan yang sama contohnya ; cikgu kena salin ke? Cikgu salin melintang ke menegak? cikgu kene tampal ke?cikgu boleh saya minum air? Cikgu kene selang tak? Cikgu tulis dengan pensil ke dengan pen? Cikgu kene potong ke? Setiap soalan cuba didarab 40. 7x40 = 280 kali kami menjawab soalan yang sama untuk satu kelas. cuba bayangkan sehari mengajar 2 kelas di campur mengganti cikgu yang tiada di sekolah... lebih kurang...   840 kali kami "play" jawapan yang sama. Baharu ku sedar kudrat kami lebih hebat daripada alat teknologi bergelar "tape recorder".

    Jangan di lupa kami laaa referee bagi perlawanan orang gasar. Dasat wowwww kalah referee antarabangsa.Murid-murid ni suka bergaduh, lawan mulut mengata pasal mak bapak atuk nenek...








         Di tambah pula jadi tenaga pengajar peribadi bagi murid-murid yang suka terkebil-kebil. Cuba bayangkan 1-0.....pun lama mencerap nak dapat jawapan. Pun xleh jawab juga...Kini terbuka mata yang bahawa kami lebih hebat berbanding bateri kalkulator.

     Kesudahan hari kami....

P/s: ini bukan rungutan tetapi hanya coretan tentang mereka dan ku...
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya di antara yang mengikut sesorang mukmin dari amal dan kebaikannya setelah kematiannya adalah ilmu yang diajarkan dan disebarkannya, anak shalih yang ditinggalkannya atau mushaf yang diwariskannya atau masjid yang dibangunnya atau rumah untuk ibnu sabil yang dibangunnya atau sungai yang dialirkannya atau sedekah yang dikeluarkannya dari hartanya pada saat dia sehat dan masih hidup, semuanya akan mengikutnya setelah kematian."


Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dengan sanad hasan dan al-Baihaqi.