Wednesday 27 February 2013

MiStErI AnAk KeMbAr...#10

Tempat : Villa Rayleigh.
Masa : 10 pagi.

     Kehadiran mereka ke villa itu pada kali ini adalah untuk merungkai rahsia yang tersimpan di situ. Akhirnya, misteri yang terkubur di sebalik villa indah itu mulai terungkai apabila mereka menemui 2 rangka tengkorak yang bersaiz kecil dan kelihatannya seperti rangka bayi.Amna yang hampir pengsan sempat disambut Ezi. Melihatkan rangka tersebut, Ustaz Al-zanki terus menghubungi balai polis dan melaporkan penemuan mereka.

"Amna..", Amna terus berpaling ke arah suara yang memanggil namanya dan Amna terpaku memandang perempuan rambut panjang di sebalik pokok berhampiran. Perempuan itu seolah-olah mahu Amna mengekorinya, dan tanpa disedari kaki Amna mengatur langkah menurut sahaja. "Amna! nak ke mana tu?", laju Ezi memanggil melihatkan Amna tiba-tiba berjalan terus ke dalam hutan. Ezi cuba menghalang namun ditahan oleh Ustaz Zanki. "Kita tengok ke mana dia nak bawa kita", kata Ustaz dan Ezi akur. Mereka di bawa hingga ke tebing sebuah tasik. Amna masih terpaku memandang ke arah tasik dan berpaling ke arah suatu sudut tasik yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Rupa-rupanya jelmaan perempuan itu telah menunjukkan sesuatu kepada Amna. Kemudian, Amna rebah tidak sedarkan diri. "Amna!", laju Ezi menyambut isterinya manakala ustaz terus meluru ke arah tempat Amna melihat sebelum dia pengsan. Ustaz menemui sesuatu yang di balut dengan kain dan apabila dia menyelaknya serta merta bau busuk menusuk ke rongga hidungnya. Tidak sah lagi, itu adalah penemuan kedua mangsa bunuh manusia yang bertopengkan syaitan. Walaupun mereka tidak mengetahui siapakah ketiga-tiga mangsa itu tapi kini persoalan utama telah terjawab. Inilah suara-suara yang menghantui Amna selama ini.

"Amna, terima kasih. Terima kasih kerana tolong aku",berdiri di hadapan Amna seorang perempuan bergaun putih dan berambut panjang seperti yang pernah dilihat sebelum ini. Bezanya, rambutnya tersisir kemas dan Amna dapat melihat wajah sebenarnya dan kali ini perempuan itu tidak bersendiri tetapi bersama dengan bayi kembarnya.

Celik sahaja mata Amna, dia disambut pelukan erat Ezi. Setelah 2 hari Amna tidak sedarkan diri, kini dia rasakan hidupnya sudah bebas. Bebas dari belenggu gangguan. "Ezi, tadi Amna mimpi lagi perempuan tu dan Amna kenal dia", perlahan Amna menceritakan kepada Ezi tentang perempuan yang dilihatnya. Rupa-rupanya, perempuan itu ialah Alin, pelanggan yang selalu berkunjung ke butik Amna. Setiap kali Alin pergi ke butik, dia akan pergi bersama pasangannya yang sangat Amna kenali iaitu bos suaminya, Dato' Azhar. Namun, selepas dia berkahwin dengan Ezi, Alin tidak pernah memunculkan diri. Fikirnya Alin telah berpindah ke tempat lain. Sejak dari kes itu, Dato' Azhar mula diburu polis dan seluruh ahli keluarganya juga tidak tahu ke mana dia menghilang.

Tempat : Rumah Ezi & Amna.
Masa : 9 pagi.

"Ezi", Amna sempat memanggil sebelum Ezi bertolak ke Banting. Selepas Dato' Azhar diburu polis, Ezi telah bertukar tempat kerja dan kini, dia perlu ke Banting atas urusan kerjanya. Setelah namanya dipanggil, Ezi berpaling dan menanti bicara Amna. "Baik-baik bawa kereta.. Jaga diri Ezi", hanya itu yang mampu diungkapkan Amna sambil tersenyum. Berat bagi Amna untuk memberitahu perkara sebenar. Selepas apa yang berlaku kepada Amna, hubungan mereka tidak lagi seperti dulu. Ezi sentiasa bersama Amna dan tidak pernah membiarkan Amna bersendirian. Ada sesuatu yang mesti diberitakan kepada Ezi tetapi, lidahnya kelu saat memandang wajah Ezi.


Tempat :  Pasar Raya Care For You.
Masa : 2 petang.

Sedang asyik Amna membelek sos, dia seperti perasan sesuatu yang amat dia kenali di hujung sudut rak tidak jauh tempat dia berdiri. Sekali lagi dia terlihat kelibat tangan dan kali ini dia yakin inilah tangan yang mendukung 2 bayi kembar Alin sebelum di tanam hidup-hidup...

Bersambung...

surah Al-Israa', ayat 85.
Yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja". 

Kerana cinta itu milik Allah...





P/S: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pembaca kerana masih sudi mengikuti siri Misteri Anak Kembar. Tangan siapakah yang dilihat Amna?Teruskan membaca Misteri Anak Kembar.
 
 
 


    

Friday 22 February 2013

MiStErI aNaK kEmBaR...#9

Tempat : Kampung Bukit Puteri.
Masa : 9 malam.

     "Begitulah masalah yang dihadapi oleh menantu saya imam", Pak Irsyad telah menceritakan keadaan yang terpaksa ditempuhi oleh menantunya kepada Imam Abu Hisyam sebaik sahaja selesai solat isyak. "Apa pandangan imam pasal ini?", Pak Irsyad pula bersoal selepas selesai bercerita. "Berat ujian ini Syad.. Menantu kamu bukan sahaja berdepan dengan gangguan makhluk halus tetapi juga diri dia sendiri", jawab Imam Abu Hisyam. "Imam boleh buat apa-apa untuk tolong menantu saya? ", soal Pak Irsyad lagi. "In syaa Allah kita akan sama-sama buat solat hajat supaya Allah kuatkan semangat Amna",jawab Imam lagi. "Imam tidak boleh halau hantu tu?", spontan Pak Irsyad menyoal Imam lagi. "Astaghfirullah Irsyad.. Apa sahaja yang berlaku itu dengan izin Allah. Saya bukanlah menolak permintaan kamu tetapi saya harap sangat jangan kamu jadi seperti sebahagian yang lain", nasihat Imam kepada Pak Irsyad. "Apa maksud imam jangan jadi macam orang lain?", Pak Irsyad kurang mengerti. "Beginilah Irsyad, Allah mengurniakan ilmu yang berbeza kepada setiap orang dan saya sangat tidak setuju jika ilmu ini digunakan sewenang-wenangnya sehingga peranan ahli agama yang sepatutnya amar makruf nahi munkar bertukar kepada ghostbuster", jelas Imam sambil tersenyum. "Maafkan saya Imam. Saya tidaklah menyangka begitu cuma pandangan saya Imam lebih tahu berkenaan hal ini. Jadi, apa yang mesti kita lakukan?", kini Pak Irsyad mula mengerti. "Irsyad, setahu saya Amna ini juga insan yang beramal dan kita hanya mampu menjadi penyokong kepadanya. Jadi, kita boleh buat inisiatif seperti yang saya cakap tadi, dengan solat hajat dan berdoa tetapi selebihnya Amna sendiri mesti hadapi. Amna sendiri boleh menghalau gangguan itu dengan amalan-amalan seperti solat, mengaji dan berdoa. Jika diizinkan Allah, gangguan itu akan pergi", nasihat Imam kepada Pak Irsyad. Nasihat itu dipegang teguh olehnya dan pesanan itu juga yang disampaikan kepada menantunya.

Tempat : Pejabat Dato' Azhar.
Masa : 8.30 pagi.
"Ezi! Apa masalah tak datang party semalam?", Zaki menyoal tidak puas hati kerana Ezi tidak memunculkan diri. "Ingat haiwan saja ada masalah?hahah", tergelak mereka berdua mengenangkan isu gempar yang berlaku tidak lama dahulu kepada mahasiswa UUM. "Maaf Zaki, aku dan Amna dah sampai depan villa kau semalam tapi tiba-tiba dia kata tak sihat dan nak pengsan. Jadi, aku terus bawa dia ke klinik. Lepas tu aku terus bawa dia balik", terang Ezi kepada Zaki. "Amna sakit apa?", spontan Zaki menyoal. "Doktor kata Amna ni terlalu penat dan perlukan banyak rehat. Entahlaa Zaki, aku kesian pada Amna. Macam mana dia nak rehat? Tak lama lelapkan mata terus mengigau dan meracau", Ezi mengadu kepada Zaki. "Sabar Ezi. Ini cubaan untuk korang berdua. Pasal semalam tu aku faham", Zaki cuba menenangkan Ezi.

Tempat : Rumah Ezi & Amna.
Masa : 2.30 pagi.
    "Ya Allah, jika ini kehendakMu apakan daya ku. Aku cuma seorang hamba yang tidak punya apa selain daripada apa yang telah Engkau anugerahkan kepada ku. Ya Allah jangan kau beratkan aku dengan ujian ini melainkan Kau iringinya dengan pertolonganMu.Ya Allah, kepada-Mu aku mengeluhkan kelemahan-kelemahanku, ketidak berdayaanku, dan kehinaanku di hadapan manusia. Wahai yang Maha Pengasih di antara yang mengasihi! Engkau Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau hendak menyerahkan diriku? Kepada orang-orang asing yang bermuka masam terhadapku atau kepada musuh yang Engkau takdirkan akan mengalahkanku?Hal itu tidak aku risaukan, jika Engkau tidak murka kepadaku. Namun, rahmat-Mu bagiku amat luas. Aku menyerahkan diri pada cahaya-Mu yang menerangi segala kegelapan dan menentukan kebaikan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung dari murka-Mu. Aku senantiasa mohon reda-Mu. Kerana tidak ada daya dan kekuatan kecuali atas perkenan-Mu. Tunjukkanlah aku kebenaran Ya Allah", doa Amna setelah selesai menunaikan solat tahajud dan istikharah.

     Kali ini tidak salah lagi yang berdiri di hadapan Amna seorang perempuan yang kepalanya berlumuran darah. Memakai gaun putih dan berambut panjang. "Kau siapa? Apa yang kau mahu dari aku? Kenapa engkau mengganggu aku?", soal Amna bertalu-talu kepada perempuan yang berdiri di hadapannya. "Amna, tolong aku. Kembali ke villa itu dan tolong aku", itulah ungkapan yang Amna dengar sebelum terjaga. 

    Mimpi itu diceritakan Amna kepada Ezi dan Ustaz Al-Zanki. Kemudian, Ustaz bersama dua orang pembantunya dibawa oleh Ezi dan Amna ke villa tersebut. Ustaz meminta agar kedatangan mereka ke sana disembunyikan dan Ezi tidak memberitahu walau kepada sesiapapun termasuk Zaki. Bermula dari hadapan villa itu, Amna menceritakan badan yang diseret ke dalam hutan seperti yang dia lihat dalam mimpinya. Mereka mengikut jejak yang Amna tunjukkan sehingga sampai di suatu kawasan berdekatan dengan pokok. "Di sinilah saya lihat tempat yang digali tu Ustaz", kata Amna dengan yakin. "Amin, Badrul tolong gali di sini", pinta Ustaz kepada pembantunya. Selepas 15 minit menggali, mereka menjumpai sesuatu yang membuatkan Amna rebah dan hampir pengsan. Nasib baik sempat Ezi menyambutnya...

Bersambung...

“Barang siapa dibukakan pintu doa, bererti pula telah dibukakan pula untuknya pintu rahmat. Dan tidak ada yang dimohonkan kepada Allah yang lebih disukainya selain dimohonkan ‘afiat. Suatu doa memberikan manfaat kepada apa yang telah diturunkan. Dan tidak ada yang dapat menolak ketetapan Tuhan kecuali doa. Kerana itu berdoalah kamu sekalian”. (HR At-Tirmidzi).




Kerana cinta itu milik Allah...


 P/S: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pembaca kerana masih sudi mengikuti siri Misteri Anak Kembar. Apakah yang ditemui oleh mereka dan siapakah perempuan yang sentiasa muncul di dalam mimpi Amna? Ikuti episod akan datang.



  

AnTaRa NaJiS & DaRah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
     Alhamdulillah semalam ku pergi usrah bersama sisters. Kak Tirah selaku naqibah sementara tadabbur tentang surah An-Nahl ayat 65 hingga 69. Secara keseluruhannya ayat ini menerangkan tentang kekuasaan Allah dan kebijaksanaan Allah yang boleh kita perhatikan daripada sistem alam yang bergerak mengikut aturan yang ditetapkan:

1) Air hujan yang menyuburkan tanah yang tandus dan menghidupkan tanah yang mati mengikut prosesnya.
2) Rezeki yang Allah kurniakan daripada ternakan dan tumbuhan.
3) Allah ilhamkan lebah untuk bersarang di kawasan yang boleh manusia dapatkan madunya untuk dijadikan ubat..
4) dan banyak lagi...

      Ada sesuatu yang menarik perhatian ku.. Sesuatu ketentuan yang unik dan fakta yang menarik iaitu ayat 66:

"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah (Iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya."

"And verily in cattle (too) will ye find an instructive sign. From what is within their bodies between excretions and blood, We produce, for your drink, milk, pure and agreeable to those who drink it.".

          Subhanallah betapa bijaksananya Allah dalam kehalusan dan ketelitian mencipta makhlukNya. Allah ciptakan saluran susu di antara salur najis dan salur darah. Najis yang kotor dan darah yang warna merah tu tidak merubah pun warna susu yang keluar iaitu putih dan bersih juga kaya dengan khasiat.

          Jadi, ku amati kata-kata Kak Tirah tentang analogi susu yang tidak bercampur ini dengan keikhlasan. Katanya itulah sifat ikhlas yang tidak bercampur dengan bendasing. Putih, bersih dan bermanfaat pula. Setelah itu, terlintas difikiran ku tentang sifat kita. Apa salahnya kita jadi seperti susu yang tetap menjadi sifatnya dan tidak bercampur dengan cairan lain. Jadilah diri kita sendiri dan jangan biar orang lain mencorakkan kita walaupun kita bergerak seiring dengan mereka. Apa salahnya kita jadikan diri kita ini sebersih dan seputih susu walaupun persekitaran kita penuh dengan perkara-perkara yang tidak sesifat dengannya. 

          Kita ini insan ada pilihan. Baik pilihan kita, jauh Allah lebih sayang kita berbanding makhluk lain termasuk malaikat. Tetapi buruk pilihan kita, kita ini lebih rendah dari makhluk terkutuk yang Allah laknat. Sampai sini sahaja entri dan perkongsian usrah yang dapat semalam.




P/S: Entri ini untuk diri sendiri terutamanya dan pembaca sekalian yang keduanya.   

          

Wednesday 20 February 2013

KoRbAn PaNtAi...

      "Tolong~, tolong~, tolong~" itulah suara yang sayup-sayup didengari oleh penduduk yang tinggal di sekitar Pantai Bukit Kluang, Besut. Ada yang menyangka itu suara manusia, ada yang sangka itu hanyalah khayalan mereka dan ada juga yang yakin mereka sebenarnya mendengar tangisan pantai Bukit Kluang yang kehausan. Tangisan dahaga yang meminta dituangkan korban. Setelah sekian lama pantai ini sepi daripada mistiknya kini, mula berentak kembali apabila lolongan meminta tolong berterusan selama lebih seminggu. Teriakan sayup ini berterusan hingga suatu hari yang telah ditakdirkan. Sebuah keluarga dari Negeri Sembilan datang untuk berkelah dan bermandi-manda di kawasan muara yang tenang.
       Keadaan tenang sehingga 2 orang anak dari keluarga tersebut terkapai-kapai kelemasan. Kini pantai sudah mula berentak dengan gelombang ombak yang kuat dan kencang di kawasan muara. Seman(bukan nama sebenar) terjun bagi menyelamatkan dua orang anak sedaranya. Usahanya berjaya menyelamatkan mereka malangnya, pantai sudah membuat keputusan. Keputusan bahawa hari itu mesti ada korban setelah lama lolongannya tidak diendahkan. Seman disedut kedalam air dan dibawa oleh ombak yang datang bertalu-talu. Ahli keluarga yang lain terpana dan tidak mampu berbuat apa-apa melihatkan ombak yang bergulung-gulung menyerang mereka.
     Air kembali tenang sesudah Seman ditelan dan dibawa ombak. Siapa yang sangka kali ini korban pantai ialah orang asal dari tanah barat semenanjung. Pencarian dibuat mendapatkan lebihan korban pantai. Selama beberapa hari berlalu, akhirnya mayat Seman ditemui tidak jauh dari kawasan muara, kawasan dia lemas. Maka tinggallah isterinya dan anak-anak meneruskan kehidupan yang masih tersisa tanpa Seman disisi.


     Kini, pantai itu terus berombak tenang datang dan pergi. Kadangkala sedikit kencang saat angin berhembus ganas. Masih lagi tidak lengang dengan pengunjung yang mencari ketenangan. Semoga itulah takdir kehilangan insan terakhir yang berlaku di Pantai Bukit Kluang...

Tuesday 12 February 2013

MiStErI aNaK KeMbAr...#8

Melihatkan Amna, Ezi terus menerkam ke arah Amna. "AMNA!!", Ezi menjerit sambit mencapai tubuh Amna yang berada di muka tingkap dan kelihatannya Amna ingin terjun ke bawah. Nasib baik hembusan angin malam mengejutkan Ezi dan sempat menghalang Amna daripada terjun.

Tempat : Rumah Ezi & Amna
Masa : 6.20 pagi.

   "Ezi kenapa duduk lagi di situ? Ezi tak masuk kerja hari ini?", soal Amna yang kehairanan melihatkan Ezi masih lagi bersila di tikar sejadah dan tidak bersiap ke pejabat seperti kebiasaannya. "Hari ini tidak ada siapa-siapa yang akan keluar bekerja selagi Amna tak cerita apa yang jadi semalam sampai Amna nak terjun dari tingkap bilik", tegas Ezi memberi pernyataan dan sebenarnya lebih kepada meminta penjelasan daripada Amna. "Ezziii...Amna minta maaf..Amna pun tidak sedar apa yang sebenarnya berlaku kepada Amna", balas Amna perlahan. "Sekarang Ezi nak tahu apa yang Amna nampak dalam mimpi? Ceritakan semua!", kini nada suara Ezi lebih tegas dan ini kali pertama dia bertindak sebegitu terhadap Amna. "Kalau Amna cerita... Ezi akan cakap Amna yang bukan-bukan", Amna cuba mengelak. "Ezi tak akan cakap bukan-bukan.. Sebab Ezi suami Amna. Kita juga kawan kan", Ezi cuba memujuk. "Amna mimpi..." (Ana menceritakan semua yang dimimpi dan dialami kepada Ezi). Ezi memberitahu apa yang berlaku kepada ayahnya dan kini barulah Pak Irsyad tahu kenapa dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena saat Ezi memaklumkan yang mereka ingin mengambil anak angkat. Pesanannya kepada Ezi agar Ezi bersabar dan sentiasa bersama-sama Amna walau apa jua yang berlaku.

    Setiap hari yang berlalu seolah-olah merangkak menanti selesainya perhitungan 24 jam yang diperuntukkan Tuhan. Hari-hari indah Amna seolah-olah lenyap dimamah igauan gelap lagi berdarah. Siangnya diselami dengan bisikan-bisikan dan tangisan yang meruntun jiwa. Malamnya ditelan dengan mimpi-mimpi yang mencincang perasaannya. Celik matanya dari mimpi dimulakan dengan tangisan ketakutan. Amannya Amna hanya di tikar tempat dia tadahkan dahi sujud kepada yang Esa. Tenangnya Amna sewaktu Ezi merangkulnya melenyapkan segala keresahan. Pada Ezi pula, tidak pernah ada hari yang dilalui melainkan hatinya dirobek melihatkan keadaan Amna yang tidak seperti dahulu lagi. Beberapa kali Ezi membawa Amna berjumpa dengan pakar psikologi untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Bukan sahaja Ezi tetapi Maira dan teman-temannya yang lain turut berikhtiar untuk membantu Amna. Membawa Amna kepada rawatan tradisional, rawatan Islam, ikuti Usrah dengan lebih kerap dan banyak lagi yang mereka fikir boleh membantu Amna. Namun, kerja Allah siapa yang dapat menghalang? Seandainya itu kehendak Tuhan itulah ujian tanda kasih Ilahi dan apabila Dia memberi hamba akan terima walau berjuta tangan yang menghalang. Jika Allah menghalang walau sejuta tangan yang menghulur tidak akan sampai kepada hambaNya.

    Kehadiran Amna di Masjid Kayu berhampiran rumah di kampungnya seolah-olah petunjuk yang Allah hadirkan untuk membantu Amna bertatih mengharungi ranjau yang ditempuhi. Di sini Amna bertemu dengan seorang yang amat dikenalinya dan sangat dia hormati..Ustaz Imaduddin al-Zanki. "Apa yang berlaku Amna sehingga awak katakan sinar gembira hidup awak sudah hilang?" Ustaz Zanki menyoal setelah Amna memberitahu keadaannya dalam kekusutan. "Ustaz, sejak sebulan yang lalu saya sentiasa mimpi perkara yang bukan-bukan. Adakalanya sehingga saya mengigau dan hampir terjun dari tingkat atas rumah saya. Jika saya berjalan seorang diri, seolah-olah saya sentiasa ditemani dan ada yang berbisik kepada saya. Saya takut ustaz", jelas Amna kepada Ustaz. "Astaghfirullah. Amna hebat cubaan ini. Boleh saya tahu apa yang awak nampak dalam mimpi dan bisikan apa yang awak dengar?", ustaz menyoal lagi mendapatkan kepastian.

       "Pada awalnya yang saya nampak kabur dan tidak teratur. Semakin lama semakin jelas dan seolah-olah sebuah cerita. Saya lihat ada pasangan yang bahagia bersama anak kembar di sebuah rumah besar. Setelah itu, pasangan itu bergaduh dan bayi kembar itu menangis. Kemudian, saya melihat seperti ada orang menggali tanah dalam hutan. Saya ingat tangan yang memegang kedua bayi itu. Akhir sekali, di hadapan saya terbentang sebuah tasik. Bisikan yang saya dengar, jika bukan tawa dan tangisan bayi, saya dengar suara orang meminta tolong", cerita Amna kepada Ustaz. "Mungkin ada yang memerlukan bantuan Amna. Amna nampak atau cam muka orang dalam mimpi tu?", soal Ustaz lagi kepada Amna. "Saya tak nampak sebab kabur. Tapi ustaz apa yang saya alami buat jiwa saya sakit. Hati saya sayu dan saya juga ketakutan. Kalau ya ada yang perlukan bantuan kenapa saya ustaz? Saya seksa sehingga ada yang anggap saya dah gila", Amna meluahkan perasaannya kepada ustaz. "Setiap yang berlaku ada hikmahnya Amna. Bersabarlah, innallaha maa' sobirin. In syaa Allah akan saya usahakan yang saya termampu untuk membantu Amna. Jika Amna mendapat sebarang petunjuk baru tolong maklumkan kepada saya", pinta Ustaz Zanki. "Ingat Amna, kebahagiaan yang hakiki hanyalah disisi Allah dan dunia ini hanya sementara yang dihiasi dengan tipu daya dan permainan semata. La tahzan. Innallaha maa'na", pesan ustaz Imaduddin Al- Zanki sebagai penutup bicara mereka.

Tempat : Dalam kereta Ezi.
Masa : 8 malam.

   " Kita nak ke mana ni Ezi?", soal Amna kepada Ezi. Mungkin Amna hairan apabila Ezi memintanya berhias diri malam itu. "Sebenarnya kita nak pergi ke majlis makan-makan yang Zaki buat kat villa dia", sengaja Ezi membawa Amna. Dia tidak mahu Amna bersendirian dan termenung sahaja. "Kayanya Zaki ada villa sendiri", saja Amna menyambung cakap. Dia tidak mahu merosakkan malam Ezi dengan kediamannya. "Hurmm... Dia kata villa tu ada orang bagi padanya. Rezeki diala tu.. Rezeki..", belum sempat Ezi menghabiskan ayatnya.."Rezeki kita juga dapat makan free malam ni kan...", laju Amna memotong cakap Ezi. Kedua-duanya ketawa dan Ezi sangat gembira kerana lama tidak dia lihat wajah Amna yang senyum dan tertawa seperti tadi.

  Sesampainya mereka di villa, Amna terpaku dan dadanya sakit. Jantungnya seperti direnggut dan direntap apabila melihatkan muka hadapan villa yang sangat dia kenali...

Bersambung...

Hadith yang diriwayatkan oleh Anas:

“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, sesungguhnya Allah berfirman: “Jika Aku menguji hamba-Ku dengan dua benda yang paling dia sayangi, lalu dia bersabar menghadapinya, maka Aku akan menggantikan keduanya dengan syurga. Yang dimaksudkan dua benda itu adalah kedua matanya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Kerana cinta itu milik Allah...


 P/S: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pembaca kerana masih sudi mengikuti siri Misteri Anak Kembar. Adakah villa yang dimiliki Zaki adalah villa yang dilihat Amna dalam mimpinya? Apa kaitannya Zaki dengan mimpi Amna? Teruskan membaca Misteri Anak Kembar...selesai baca tolong komen untuk penambahbaikan cerita.

Sunday 10 February 2013

MiStErI AnAk KeMbAr...#7

Tempat : Pasar Raya Care For You
Masa : 11 pagi.

    "Amna, minta sorry dari hujung rambut hingga hurung kaki sangat pasal tak dapat temankan kau. Tiba-tiba Azerul ajak keluar", Maira berkali-kali memohon ampun dengan Amna kerana tidak dapat menemani Amna untuk membeli belah walaupun dia sudah berjanji. "Ahhh! Sorry buah ceri. Hutang secret recipe dan chicken wings", Amna mengusik Maira. "Isy kau ni badan tak adala besar mana tapi minta makan Ya Allah Nau'zubillah. Besar betul storage kau kan", Maira membalas gurauan Amna. " Hahaha..okay laa. Dahla nanti marah pula Azerul cakap telefon dengan aku lama-lama. Lagipun banyak lagi barang aku nak kena cari ni. Kirim salam si Dia ye.Assalamualaikum", Amna memberi salam untuk memutuskan perbualan telefon mereka. "Okay. Jaga diri baik-baik ye cik kak. Nanti aku belikan kek dan ayam kau tu. Jumpa kat butik esok. Waalaikumusalam", balas Maira.

Tempat : Restoran Selera Makan
Masa : 11.10 pagi.

   "Azerul! Betul ke selama ini awak sibuk buat kerja?", Maira memberi soalan spontan kepada buah hati pengarang jantungnya. "Yelah. Minta hantaran macam dia tu anak raja. Bila kita sibuk kerja tak nak percaya", balas Azerul menyindir. "Macam mana nak percaya? Kata kuat kerja cuba tengok badan tu! Sihat semacam sahaja....", Maira memulakan siasatan edisi khasnya. "Inila tanda saya kuat bekerja tau. Setiap kali saya stres kerja saya makan. Setiap kali saya makan maknanya saya stres kerja dan sepanjang masa saya stres..", belum sempat Azerul menghabiskan ayatnya, "..dan sepanjang masa awak makan!", Maira laju memotong cakap Azerul. "Sudahlaaa Maira.. Azerul ajak jumpa ni pasal nak lepas rindu bukan nak ajak gaduh...", manje Azerul memujuk Maira.

Amna yang sedang asyik memilih barang ternampak sesuatu. Dia seakan kenal dengan kelibat tangan yang berlalu dari sudut deretan sos cili tidak jauh dari tempat Amna berdiri. Amna mula teringat akan tangan yang memegang kedua bayi dalam mimpinya. Perlahan Amna menjenguk dan mendapati tidak ada siapa-siapa di situ.

Tempat : Kawasan Letak Kereta Pasar Raya Care For You.
Masa : 1 petang.

   Amna berjalan perlahan sambil menolak troli barangnya menuju ke tempat keretanya. Tiba-tiba Amna berhenti. Dia seperti terdengar ada bisikan suara bayi yang sedang ketawa. Amna mencari-cari bunyi yang dia dengar sambil berjalan ke arah bunyi tersebut. Namun, dia tidak melihat sesiapa di situ. Amna melangkah meninggalkan troli dan terus mencari bunyi itu dan tiba-tiba bunyi ketawa itu bertukar kepada tangisan bayi. Amna melajukan langkah mencari bunyi yang dia dengar sehingga dia berhenti di hadapan sebuah pecuan empat roda hitam dan melihat bayanganya. Seiring itu, bunyi yang dia dengar juga turut hilang. Amna mendekati kereta tersebut dan merenung bayangannya dan waktu itu laa. "Amna tolong aku", tiba-tiba ada suara yang seakan berbisik di daun telinganya. Dan...

   Tanpa Amna sedari ada tangan yang datang dari arah belakang lalu mencuit bahu Amna. Amna berpaling dengan terkejut dan tergamam. "Amna bukan? Awak isteri Ezi kan?", Zaki menegur Amna yang dilihatnya dari tadi terpaku dihadapan dinding berdekatan dengan tempat keretanya diparkir. "Yyyya saya.. Awak siapa?", Amna yang masih lagi tergamam gagap menjawab soalan Zaki. "Saya Zaki. Kerja satu office dengan Ezi", jawab Zaki ringkas. Mungkin dia juga pelik dengan keadaan Amna yang kelihatan resah dan ketakutan. "Amna tak apa-apakah? Ezi mana?", sambung Zaki lagi. "Amna tak apa-apa. Mmmmaaf..minta maaf Zaki, Amna minta diri dulu", Amna meminta diri tanpa menjawab soalan Zaki.

Tempat : Rumah Ezi & Amna.
Masa : 6 petang.

   "Waalaikumusalam. Eh! Zaki apa hal sampai datang rumah aku ni? Tak sempat nak tunggu esok ke?", terkejut Ezi melihat Zaki terpacak di hadapan pintu rumahnya. "Ai! Aku ni tak boleh ke nak melawat kau dengan Amna", sinis soalan Zaki kepada Ezi. "Aku datang pasal nak bagi ni..Aku rasa Amna tertinggal dalam troli kat tempat parking kereta tadi", Zaki cuba menjelaskan kepada Ezi. "Kau kenal Amna? Macam mana boleh kau kenal? Jumpa Amna pun tak pernah", pelik Ezi apabila Zaki memberitahunya tentang barang Amna yang tertinggal di tempat parking kereta tadi. "Ezi. Ezi. Abis gambar yang atas meja kau tu.. Ingat ku buta ke apa?", Zaki mengingatkan Ezi tentang gambar kahwin mereka yang diletakkan di atas meja kerjanya. "Iya tak ya juga. Maafla. Balik sahaja dari kedai tadi Amna demam. Bila aku tanya.. Dia cakap tak sedap badan", Ezi menjelaskan keadaan Amna kepada Zaki. "Kalau begitu aku minta diri dulu. Lagipun aku ada orang nak kena jumpa ni," Zaki buru-buru meminta diri. Mungkin dia tidak mahu lama di rumah Ezi mendengarkan Amna tidak sihat. Selesai bersalaman dengan Ezi terus dia berlalu pergi.

Tempat : Rumah Ezi & Amna.
Masa : 9 malam.

   "Mari, mari semua dengar satu cerita. isteri saya asyik termenung-termenung saja. Tiada apa-apa katanya.. Tapi saya sangat tidak percaya", Ezi menyanyi melihatkan Amna termenung lagi. Saja mahu hiburkan Amna yang hanya berdiam diri dari siang tadi. Ezi cuba sembunyikan perasaannya namun hakikatnya hanya Tuhan yang tahu betapa dia risau melihat keadaan Amna. Tersenyum melihat gelagat Ezi. "Ezi, malam ni boleh tak Ezi tidur dalam bilik Amna?", Amna pun tidak tahu kenapa tetapi apa yang terjadi siang tadi benar-benar memaksa dia untuk meminta Ezi menemaninya. "Haa! Haa! Tak tahu! Apa yang sudah berlaku!", kali ini lagu 'tak tahu' pula yang didendangkan Ezi. " Tolonglah Ezi.. Amna takut..", Amna cuba merayu. "Amna, kenapa?",akhirnya Ezi bertanya. Kali ini dengan nada yang serius. Mungkin perkataan takut yang diungkapkan Amna membuatkan Ezi tidak mahu berdiam diri lagi. "Amna pun tak tahu Ezi. Amna pun tak faham apa yang jadi,"Amna cuba mengelak. "Apa yang jadi? Kenapa Amna tinggal barang yang Amna beli?", bertalu-talu soalan yang dikeluarkan Ezi untuk mendapatkan kepastian. "Amna pun keliru Ezi dan Amna pun tak faham apa yang jadi. Ezi tolonglah, untuk satu malam ni kita tidur satu bilik. Tidak pernah Ezi melihat keadaan Amna yang begini..dalam keadaan ketakutan.

     Melihatkan Amna, Ezi terus menerkam ke arah Amna...

Bersambung...

Firman Allah SWT : "Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu adalah syaitan, yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, jangalah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman." (Ali-Imran : 175)




Kerana cinta itu milik Allah...

P/S: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pembaca kerana masih sudi mengikuti siri Misteri Anak Kembar. Apakah yang sebenarnya berlaku kepada Amna? Teruskan membaca Misteri Anak Kembar...

Friday 8 February 2013

MiStErI aNaK KeMbAr...#6

Tempat : Rumah Ezi & Amna - Bilik tidur Amna.
Masa : 2 pagi.

    "Tolong! Jangan! Jangan abang! JANGAN!!!!!!", Amna meronta. Bergegas Ezi ke bilik Amna mendengar jeritan Amna meminta tolong. "Amna bangun! Bangun Amna! Astaghfirullah.. Mengucap Amna. Istighfar.." Ezi mengejutkan Amna yang meronta-ronta dan cuba menenangkan Amna. "Ezi! Ampunkan Amna. Amna tak buat salah Ezi. Amna tak pernah curang. Jangan bunuh Amna. Jangan bunuh anak kita", Amna yang masih tidak dapat menenangkan diri menangis sambil merayu kepada Ezi. "Astaghfirullah Amna... Amna mimpi ni.. Istighfar banyak-banyak.. Mengucap. Amna cuma bermimpi", Ezi masih lagi cuba menenangkan Amna. Tidak berapa lama kemudian setelah ditenangkan Ezi, semangat Amna kembali pulih. Amna diam seribu bahasa, segelas air yang diberi Ezi menenangkan Amna. "Ezi, minta maaf ganggu Ezi tidur. Amna dah ok. Ezi jangan risau", Amna meyakinkan Ezi dengan senyuman lesu. "Betul ye Amna? Ezi balik bilik ye? Kalau ada apa-apa panggil sahaja. Rasanya elok Amna ambil air sembahyang dulu sebelum sambung tidur", Ezi mengingatkan Amna sebelum berlalu meninggalkannya. Baru Amna teringat yang dia masih lagi tidak qiyam untuk buat amalan malam yang sentiasa dia amalkan. Amna ke bilik air menyucikan diri dan mengambil wuduk.  Amna tidak dapat melelapkan matanya dan yang mampu dibuat ialah mengaji, solat sunat dan zikir sehingga dia tenggelam di alam tidur dengan pakaian sembahyangnya yang serba putih dan disulami benang merah jambu. Kali ini tidurnya lebih lena mungkin kerana diselimuti kain telekung pemberian Ezi sebagai hantaran sewaktu pernikahan mereka dahulu.

Tempat : Rumah Ezi & Amna
Masa : 7 pagi.

    "Amna, nak pergi kerja juga ke? Apa kata hari ini Amna ambil cuti? Tenangkan fikiran", Ezi mencadangkan Amna kerana dapat dia amati raut wajah Amna yang lesu. "Tak apalah Ezi. Amna nak lupakan mimpi semalam. Jadi Amna tak mahu tinggal seorang dekat rumah ni", Amna tetap mahu kebutiknya. Padanya butik adalah tempat yang indah dan menenangkan hatinya. "Dahla. Jangan fikir sangat mimpi semalam. Mimpi itu mainan tidur sahaja", Ezi cuba memberi semangat kepada Amna. "Tapi dekat butik tu, kalau penat tidur laa.. Rehat..Nanti stress, benda lain pula yang jadi nanti", Ezi menasihati Amna. "Ezi, kalau Amna cakap Ezi jangan marah ye," Amna telah membuat keputusan tentang sesuatu...

Tempat : Syarikat Dato' Azhar- Ruang rehat.
Masa : 9 pagi.

      "Apa! Amna dah ubah fikiran untuk ambil anak angkat?Kenapa?", terkejut Zaki mendengar berita terbaharu tentang sahabatnya itu. "Aku rasa ada kaitan dengan mimpi dia semalam. Semalam, Amna mengigau meracau-racau. Tidur tidak basuh kaki laa tu", Ezi menjelaskan kepada Zaki. "Habis kau takpa ke dia batalkan rancangan korang? Dia mimpi apa?" Zaki cuba mendaptkan kepastian. "Aku tak ada masalah. Lagipun aku memang tak bersedia nak anak. Pasal mimpi dia tu, tak ada aku tanya pasal tak mahu dia fikir sangat", jawab Ezi bersahaja. "By the way, where's Dato'? Not coming today? Aku nak kena bincang pasal projek baharu tu",soal Ezi yang pelik kerana Dato' Azhar sangat payah untuk tidak datang ke pejabat. Dato' Azhar seperti ada persamaan dengan Amna. Dato' Azhar akan tetap masuk ke pejabatnya walaupun dia terpaksa buat kerja luar kawasan. Amna pula tidak pernah satu hari pun tidak pergi ke butik walaupun sakit. Persamaan ini buat Ezi termenung dan sebenarnya kagum dengan semangat kerja yang dimiliki dua insan ini. "Entahlaa. Apa masalah orang tua tu. Iffa cakap tiba-tiba dia tak nak dihubungi. Isteri dia pun tengah cari dia sekarang", Zaki pun tidak pasti kenapa Dato' Azhar tidak ke pejabat. "Orang tua? Kau ada masalah dengan Dato' ke?" terkejut mendengar Zaki yang agak kasar bahasanya. Ezi sangat mengenali Zaki dan Zaki tidak akan bercakap begitu melainkan kepada orang yang dia tidak suka. "Entahlah Ezi, malas aku nak cerita", sambung Zaki ringkas. Zaki lebih suka memendam dan hanya rela menjadi pendengar kepada Ezi sedangkan segala masalah yang dihadapinya hanya akan dikunci mati dalam dunianya sendiri. "Zaki, kau ingat tak yang masa kita bercakap pasal anak kembar. Masa kau soal dia air muka dia terus berubah. Kau rasa ada apa-apa ke?", Ezi menyoal Zaki tanpa menyedari yang sebenarnya Zaki telah pun kembali ke meja kerjanya. Melihatkan Zaki, Ezi hanya diam dan menuju ke meja kerjanya.

Tempat : Butik Amna.
Masa : 9.30 pagi.

"Kau pasti kah dengan keputusan kau ni? Takut menyesal pula. Apa yang buat kau berubah fikiran?" Maira cuba mendapat kepastian daripada Amna. Sepertinya Amna sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya dan ini tidak seperti Amna yang dia kenal.

         Berita dia membatalkan niatnya juga telah dimaklumkan kepada ibu bapanya dan kedua mertuanya. Amna termenung jauh dan kebanyakan masa Amna diam sahaja. Diamnya bukan diam kosong tetapi mengenangkan mimpinya semalam. Pada Amna lebih baik dia tidak menceritakan mimpi ini kepada sesiapa kerana dia juga tidak suka untuk bercakap tentang mimpinya. Mimpi yang turut mematikan niatnya untuk mengambil anak angkat. Mimpi yang membuatkan dia dihurung rasa bersalah dan mimpi yang buat hatinya gelisah dan ketakutan. Mimpi yang menggambarkan seribu penyesalan..

Bersambung...

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Mimpi itu tiga jenis, mimpi yang benar berbentuk khabar gembira daripada Allah, mimpi sedih daripada syaitan dan mimpi yang disebabkan mainan jiwa seseorang.” [Hadis riwayat Imam Muslim]

Kerana cinta itu milik Allah.




 P/S: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pembaca kerana masih sudi mengikuti siri Misteri Anak Kembar. Di mana Dato' Azhar? Mengapakah Amna membatalkan niatnya untuk mengambil anak angkat? Apakah yang dimimpi oleh Amna? Teruskan membaca Misteri Anak Kembar...

Thursday 7 February 2013

GuRu JkR, PeTaNi dAn BuRuH KaSar???


 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia (buat muka comel yang malu sambil senyum sipu-sipu..gitu..grand tak kita??)

     Alhamdulillah hari ini kami yang dilatih untuk menjadi guru yang bertauliah turut menjadi petani muda, pekerja JKR dan buruh kasar bila mana kelas kami diberi tanggungjawab untuk buat urusan-urusan padang seperti sediakan track, line dan penyediaan alatan. Nampak macam 3 kerja sahaja yang kami buat tetapi percayalah setiap satu kerja itu berjaya mengeluarkan keringat dan haba pendam setiap seorang dari kami bermula lebih kurang pukul 10 pagi sehingga 1.30 petang (bagi perempuan, bagi lelaki lebih lagi laa kot). Bila sentuh pasal kerja-kerja yang memenatkan ini tahu sahajalah semua ahli kelas kami rata-ratanya induk pemalas. Walaupun pembahagian tugas dibuat, tapi adalah rasa sedikit ketidakadilan bila mana ada kelas yang dirasakan berada dalam keadaan yang sangat selesa..dan kami menjadi buruh kasar.. Maka kedengaran laa complaint di sana sini antaranya:

1) Inilah tugas kita, jadi buruh kasar, JKR, petani...
2) Selalu memang yang lasak-lasak bagilaa kat kita ni...
3) Tapi tak apa kita survival..Hebat tak kita...
4) Bla...bla...bla...

Jawapan orang lain selain ahli kelas:
1) Tak apa.. Ini pengalaman nanti keluar pergi sekolah kamu akan diberi tanggungjawab untuk buat semua ini.
2) Alaa ingat dia sahaja banyak kerja.. Kita pun ada  kerja juga dah memang ditetapkan terima sahaja laa..

     Sebenarnya banyak perkara negatif yang akan timbul kalau kita buat perkara yang kita tak suka. Pendapat ku yang positifnya macam ni laa :

1) Tahun-tahun sebelum ni gang-gang yang buat padang turut merasa apa yang kita rasa. Bahkan kita siap komen dan condemn lagi tentang pengurusan mereka...Jadi sekarang masa kita untuk merasai perkara yang sama.
2) Betul juga perkara ini memberi pengalaman, kekuatan dan melatih kesabaran kita. Usaha yang kita buat ini diguna oleh orang lain. Jadi secara tidak langsung bukankah kita telah menabur bakti dan membuat kebajikan.
3) semoga dengan usaha kita yang susah dan berat ini memudahkan dan membuka jalan untuk kita buat perkara lain contohnya, mudah dapat pointer tinggi, mudah masuk elaun, mudah jawab exam, dan cam-cam lagi.

     Setiap dari kita mendapat kesusahan dan kesenangan yang berbeza.. Mana kita tahu orang lain pengurusan kerja mereka tidak sesenang pengurusan kerja kita.. Betul tak.. Setiap aktiviti tu ada cabarannya sendiri. Malah aktiviti tidur pun ada risiko macam mimpi hantu ke(haaa seramnye-gaya Jai KL Gangster), makan pun ade risiko cam tercekik ke, makanan tak sedap ke, harga mahal ke. Nak cakapnya semua benda dalam dunia ini Allah iringi dengan ujian yang kita rasa berat untuk kita lakukan. Rasanya sebelum kita kira bakti orang dekat kita, kiralaa banyak sangat ke bakti kita pada orang.

 Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

 P/S: Sampai sini dulu laa.. mesti pembaca terkejut kenapakah Paah boleh sepositif ini padahal dia pun mengeluh bagai nak ghak. Inilah kesan tarbiyyah yang baru beberapa jam lepas. Semoga bertahan laa hendaknya pasai ku pon kaki complaint gak nak-nak benda yang ku rasa sangat nyusahkan ku(paling ku tak suka). Oleh itu, saya menyeru marilah sama-sama kita mentarbiyyah diri ini..grand tak kite... :P

Tuesday 5 February 2013

Ks A HaRi Ini...Peace YaWwW

Qid(panggilan kepada Aqidah) : Perhatian semua!! Hari ni Dr Azita(memang nama sebenar) nak buat forum
dengan KS B pukul 2.30 petang. Jadi dia minta kita stay untuk jadi penonton.
Semua gang KS A : Tak dengar! Tak Dengar! Tak Tahu! Tak Tahu! Nak pergi, pergi sorang-sorang. Kirim
salam jela. Jangan libatkan orang lain.(riuh membamboo)

   Assalamualaikum dan salam sejahtera. Itulah budak-budak kelas ku. Sangat anti kalau masa balik dilewatkan. Silap hari bulan boleh histeria tak pun sawan kalau balik lambat. Paling tak pun semua yang terlibat melewatkan masa kami balik bilik dah tak jadi orang (paham-paham ler). Ku amati kembali saat kami sekarang dengan zaman agogo dulu(zaman awal-awal masuk kampus). Jika buat perbandingan memang tak pernah ada beza. Daripada dulu sampai sekarang macam tula. kalau berubah pun saiz badan je laa.. Tahap kematangan tak pernah meningkat.. Silap-silap makin menyusut dan junior jauh lagi matang.. Hahahah..

   Ku ingat lagi dulu, first kelas pun dah ade yang wat hal. Ameer laa.. Hari pertama kelas dia dah berjaya jatuhkan layar putih yang tergantung dekat depan kelas. Hari pertama! Barang kampus dah rosak dapat kat kami. So, no wonder sekarang pintu belakang kelas boleh tumbang bila-bila masa sahaja (tapi yang ni kami tak buat apa-apa ea, seriously). Jika dikenang hari dulu yang masing-masing sedang mengenali dan mencerap member kelas masing-masing. Kalau dulu, siapa pun tak pernah sangka Alia sangat suka makan nasi (sorry na) tapi Alia sangat rajin buat kerja sampaikan unit praktikum pun tak segigih Alia menguruskan hal-hal praktikum kami. Kalaula duit elaun pun Alia boleh uruskan HEAVEN!!!!!!!!

    Kalau dahulu siapa yang sangka, Ameer boleh masuk wataniah bersama dengan Afiq dan lelaki-lelaki lain. Tak pernah ada siapa sangka Amal dan Afiq yang dulu pendiam dah pandai melawan dan menombak kami sekalian, siapa pun tak pernah duga Muni yang cam papaya dah jadi cam kacang panjang sekarang. Kami tak pernah menyangka Kak Ima yang sangat pasif sanggup mengejutkan setiap member perempuan dari tidur semata-mata untuk main bola jaring.. Grand...(gaya kak ima- ikut aku laaa...). Pertama kali masuk kelas ku tak pernah duga yang Sofea sangat aktif sukan dan awal-awal kelas tak siapa tahu yang aku pandai melukis(logo kampus malas nak print nye pasal sanggup ni melukis). Di awal kelas juga tak pernah siapa pun sangka yang sebenarnya Yana ni baik( tangan ke bahu mata pandang atas sambil geleng-geleng kepala dan gelak guling-guling kat lantai)... Itu masa agogo dulu dan sekarang kelas kami....

Syahid KS B : Ingat KS A petang ni stay tengok kami forum.
Gang KS A : BOooooo.. pergi la kau jangan harap laa...Tak dengar! Tak tau! Auk! Auk! Auk!





Pasukan bola jaring Easy Topup
Sorry Paan mu pon dah masuk sekali..
     Bersahutan ahli kelas kami menyalak.. Memang silap laa Syahid masuk territory kami kan. Nak tau kenapa menyalak? Satu cerita lagi yang kalau pembaca tahu mesti geleng kepala. Dalam dunia ni cuma ada dua haiwan yang haram iaitu Anj*** dan Ba**. Dan Budak-budak lelaki nobatkan KS A sebagai Anj*** dan KS B sebagai Ba**. Terukkan? tu laa mereka. Mungkin kerana itu lecturer pun panggil kami kelas doraemon dan firaun. Hahaha.. Dan sangat tak sangka kelas kami sepakat "Auk" kat Syahid semata-mata tak nak stay lama kat kelas. Bayangla selama hampir 4 tahun ada kat kampus ni, sem 1 foundation sahaja kami pergi perhimpunan. Selepas tu ada kami kesah??!!! Melainkan keluar warning akan blacklist nama kalau tak pergi perhimpunan (nanti kena bayar duit la tu).. Member KS B senyum sajo laaa...
makan time

    Tapi tulaa.. teruk macam mana pun nak survival kat sini, tahan sahaja laaa... Kalau touching-touching ni minta maaf laa.. Budak ni bukan kesah pon.. Ini laa yang mengajar hidup. Ini laa yang buat hari kami indah. Ini laaa yang buat ku sentiasa senyum dan gelak. Teruk-teruk cam mana pun kami-kami ini laa senang nak minta tolong...dari segi material, moral support, tenaga, masa dan banyak lagi.. KS A katanya....

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."
 
Time pi kat muzeum orang asli.KS A & KS B
   P/S : Semoga Allah pelihara tali persahabatan kita semua, tidak kira antara KS A dan KS B dan juga semua member KS A. Aminn..
 

Monday 4 February 2013

MiStErI AnAk KeMbAR...#5

Tempat : Secret Recipe.
Masa : 1 petang.
        "Ezi jangan risau.. Amna dah fikir dah. Kita ambil anak angkat nak?", Amna memintas cakap Ezi..."Anak angkat?!!!", Ezi sangat terkejut dan tidak menyangka yang Amna betul-betul serius. "Ya. Ezi jangan risau.., kalau mak dan ayah tanya kita cakapla yang Amna nak buat kebajikan. Tak salahkan Ezi.. Boleh ye Ezi. Amna janji Amna takkan susahkan Ezi pun. Amna tak pernah minta apa-apa tapi tolonglah kali ini saja.. Benarkan Amna jaga anak angkat", sungguh-sungguh Amna merayu kepada Ezi. Ezi tidak mampu menghalang lagi. Dia kasihan dengan Amna dan tidak sanggup untuk melihat Amna termenung dan bermuram. Akhirnya, Ezi hanya akur dengan kehendak Amna.

Tempat : Rumah Ezi & Amna.
Masa : 10 malam.

        "Amna. Amna. Bangunlaaa pergi tidur dalam bilik", Ezi mengejutkan Amna yang tertidur di hadapan tv. "Anak kita nangis ke Ezi? Anak kita bangun ye?" Amna menyoal Ezi dalam keadaan mamai. "Bukan. Amna kita tak pergi lagi dekat hospital. Tak ambil pun lagi babynya. Bangun pergi tidur dalam bilik", Ezi cuba menyedarkan Amna. Amna bangun dan termenung. Mungkin kerana dia sedang mengingati kembali mimpinya menimang bayi kecil yang comel. "Ezi dah telefon mak dan ayah? Apa mereka kata?", soal Amna mendapatkan kepastian daripada Ezi. "Dah telefon dan dah bagitahu. Diorang kata...", Ezi menceritakan perbualan antara dia dan ibu bapanya.

"Apa hal yang sampai ambil anak angkat? Tak boleh buat sendiri ke?", soal ayah Ezi yang agak terkejut mendengar berita daripada anak kesayangannya. "Bukan tak boleh tapi Amna tu.. nak buat kebajikan katanya. Lagipun kasihan dekat dia asyik termenung sahaja", Ezi cuba pertahankan Amna. "Ayah bukan nak halang niat baik kamu berdua. Cuma fikir masak-masak. Besar tanggungjawab pelihara anak orang ni. Takut separuh jalan je",bapa Ezi cuba mengingatkan anaknya tentang idea mereka untuk ada anak angkat. Walaupun bapanya tidak menghalang niat anak dan menantunya namun seperti ada sesuatu yang dirasakan tidak kena. Badannya tiba-tiba seram sejuk saat Ezi menyatakan hasrat murni mereka. Tetapi didiamkan sahaja kerana tidak mahu memikirkan perkara yang tidak-tidak.
(Selesai Ezi bercerita kepada Amna).

" Mak ayah Amna macam mana pula?", Ezi pula mendapatkan kepastian Amna. "Awalnya mereka berdua tak setuju tetapi Amna pujuk sampai ke sen topup terakhir selepas 5 kali topup tau", Amna menyatakan keadaan sebenar dengan bersungguhnya.

Tempat : Hospital Kuala Lumpur.
Masa : 10 pagi.

     "Eziii!!! Comelnya!!! Semua comel-comel. Ya Allah indahnya ciptaan Tuhan. Sampai hati mak ayah mereka tinggal mereka kat sini. Kan Ezi", perasaan Amna bercampur baur antara gembira, teruja, sedih dan kecewa dengan sikap mereka-mereka yang hanya tahu buat anak tetapi langsung tidak mahu bertanggungjawab dengan anugerah Allah. "Yelaa Amna.. Kalau mereka tak tinggal tak adanya awak terpacak kat sini ngan Ezi", Ezi menyindir Amna. Namun, sebenarnya Ezi juga kesal dengan sikap manusia yang tidak reti nak menghargai anak-anak yang tidak bersalah ini. "Ezi! Cuba tengok sana anak kembar! Lelaki perempuan agaknya. Ezi kita ambil yang tu ea. Subhanallah comelnya.", Amna sudah berkenan dengan dua orang bayi kembar yang duduk hanya bersebelahan antara satu sama lain. "Ermm yang mana ni Amna? Mana kembar?", Ezi masih mencari-cari bayi yang dimaksudkan Amna. Memandangkan jururawat hanya membenarkan mereka melihat dari kaca tingkap bilik bayi. Jadi, mereka hanya boleh melihat dan memilih dari luar. "Tu! yang hujung sana tu... Tapi kan kenapa baju...", belum sempat Amna menghabiskan ayatnya Ezi memotong. "Alaaa Ezi tengok semua bayi kat sini sama saja. Yang beza pun gelap, cerah, merah dan putih. Amna kita balik dulu ya. Zaki telefon cakap ada meeting", Ezi terpaksa mengajak Amna pulang dahulu. "Alaaa Ezi ni.. Janji nak ambil anak angkat", Amna enggan meninggalkan hospital selagi tidak mendapatkan kemahuannya. " Tak larinya budak-budak ni. Kita balik dulu, nanti kita datang balik terus ambil anak yang Amna berkenan ok?", Ezi cuba memujuk. Setelah berjaya memujuk, akhirnya Amna akur tetapi...

      "Eh Ezi, Amna tertinggal handphone kat atas rak depan bilik bayi tadi. Sekejap ye Amna pergi ambil", Amna baru teringat akan telefon bimbitnya yang tercicir. "Haaa eloklah..mentang-mentang tauke butik. Riang ria raya sahaja tinggalkan handphone tu", sempat Ezi menyindir Amna. Amna berlari ke tempat mereka berdiri tadi dan sempat menjenguk bayi yang dikatakan tadi. Sekurang-kurangnya untuk mengubat rindu namun.. "Eh, mana perginya bayi tadi...Jururawat ambil kot", fikir Amna yang mendapati bayi kembar tadi sudah tiada di tempat asalnya. Amna segera berlalu tanpa menyedari sesuatu. Sesuatu yang sedang memerhati...

Bersambung...

"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu), dan di sisi Allah pahala yang besar.” - (At-Taghaabuun : 14-15) 

Kerana cinta itu milik Allah.

P/S: Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca. Terima kasih kerana masih sudi meneruskan pembacaan dan mengikuti episod Misteri Anak Kembar. Siapakah yang memerhati? Apakah yang terjadi pada Amna dan Ezi, apa kaitan mereka dengan anak kembar? Teruskan membaca di episod akan datang.

week 3

assalamualaikum and peace be upon you guys.
    Today is another Monday and sincerely when this day come it keep making me remember about my sayang. It have been 3 weeks since we lost him and I still remembered everything happened on the day he left. Can you imagine how is it feel that in just one day you held two titles.?

1) I am my father's child. After a second....
2) I am an orphan.
   
       I still can remember when everyone asked us to just give everything that our father want to eat. But we didn't listen and still control his diet. It's not about we wanted to torture him but it's about to make him keep being with us for more times. I felt pity with ayah but i never regret for what we had done to him..because  we love him.. Believes me, on the last day i had slow talked with him before i came to KL and i told him that i love him . we love him. for the first time in my life.. I said i love him and it was also the last time.

       I still remember how i felt that our family were lacking something when my father went to outstation. But it didn't bother me much because i knew he will came back. Now, when i feel loss...it makes me cry because we loss him forever..he will never come back..ever..

Rasulullah (SAW) said, "After the death of a person his actions stop except for three things that he leaves behind. Continuous charity, knowledge from which benefit is obtained and a righteous son who prays for him." [Muslim]

P/S: Ayah, kakak glad we had that conversation..Al-fatihah is the only thing i can give to you now..i'm sorry..

       

Sunday 3 February 2013

Today At MidValley

Assalamualaikum and peace be upon you guys. Actually, yesterday somebody told me to try write my blog in English. I told them that i'm not good in English. So they said better try than none. So, i am trying my best to finish this blog :)

        I went to Midvalley today and there were two incidents that made me thinking about it for all day.
First : Between the cashier and a customer.
    I was not sure what really happened but i heard that customer shout "Tak faham bahasa ke". I hate this situation. How come you expect man who had to faced million face a day to still faham bahasa especially when u opened and drink the bottle that u didn't pay yet? So which one of u tak faham bahasa? Of course people get confused either to give plastic bag or not when u already opened your thing. Plus it just a bottle. A BOTTLE!!! Come on man... Cant you save your own earth by reduce the usage of plastic.

The Prophet’s servant, Anas (ra), described the Prophet as  “the best of people in his attitude towards others.” In fact, Anas went on to say: “I served the Messenger of Allah for ten years, and he never said to me ‘Uff!’ (the mildest word of contempt in Arabic). If I did not do something, he never said, ‘Why did you not do such-and-such?” (Bukari and Muslim)..

Second : Between a little girl and her mother.

          I went to surau beside food court at LG floor for asr. Then, I saw a little girl and she is so active and none stop she jumped and ran around surau. She keep doing that until her mother asked her to stop and put down her bag and took off her hijab. Her mother commanded her to take ablution and do the pray. I can see her unhappy face but still obeyed her mother. After that she performed her solat. This child is so beautiful and i like her mother ways about how she taught her kid. Even her little girl only may be around 5 or 6 years old. This showed that prays are important and u better perform your solat no matter what. I love to see this kind of scene.

Holy Prophet (s) says: Teach your children the prayer when they are seven, and beat them if they do not recite it when they are ten.

 

Friday 1 February 2013

4 biji lepat...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sesungguhnya dalam KS A terdapat 4 biji lepat yang tersadai dan berangkai. iaitu Bang Bib, Syamer, Hadi, dan Afiq. 4 orang ni..tak nak laa cerita lebih cerita sikit jelaa.. Kalu kenal memang semua akan sangka mereka ni baik..tapi kalau betul-betul kenal sebenarnya mereka ni memang sangat "baik".

Hadi :
1) Promoter TAKAFUL.. Nak join insuran Takaful carila dia.
2) Baran sikit..Nak-nak kalau dia tengah serabut
3) Baik..Sebab dia selalu juga bagi tumpang BurGeR dia time memerlukan kereta.
4) Suka kacau Paah..
5) Pemurah.. Sebab belanja kami donut..YYawwnnnn...
6) Pandai main gitar..

Afiq:
1) Pendiam(bagi mereka yang tak kenal dia..Bagi mereka yang kenal Afiq ni humh! tahulaaa)
2) Sanggup kuar dari hostel untuk dapatkan seringgit cucur.
3) Gamer dan suka dengar lagu hardmetal..(dia sorang jah paham)
4) Baik! sebab selalu tolong belikan barang cam roti, coklat..penyelamat sewaktu berkurung dibilik.
5) suka buat senyum sinis & senyum tak ikhlas.
6) Lawak...
7) Suka tidur dalam kelas..

Syamer:
1) Tough n aktif sukan.
2) Caring dan ikut jaaa apa ku cakap.. suruh jadi rama-rama dia jadi rama2, suruh jadi nenek kebayan dia jadi nenek kebayan..
3) Kalu ye cam fed up senang je nak pujuk cakap camni " janganlaa marah syamer".. pastu dia balas " tak marah"..sambil senyum dengan lemahnya..
4) Satu jaa Syamer ni slow motion...berhalus jee..hehehe
5) Suara kecik cam kartun, cam kucing pun ada..
6) Syamer sangat tak suka lecturer sekolahkan dia.. Sekejap je lect tu tak jadi orang.

Bang Bib:
1) Rambut cam ais krim(dulu laaa sekarang cutting cam christ brown)
2) Buncit, boroi, montel, tapii comel (tangan ke bahu mata tengok atas, sambil geleng-geleng kepala pastu guling-guling kat lantai)
3) Sangat tak suka iron baju (tapi skang dah smart..bolehlaaa..)
4) Caring & sangat-sangat bertanggungjawab pasal kawan-kawannya :)
5) Habib pun pemurah.. Belanja ku makan.

   Semua 4 biji lepat ni berbeza gaya dan pesen tapi ada satu yang sangat sama:
1) mengtidakorangkan orang(paham ler sendiri yer :P)

Hadis Rasululah SAW yang bermaksud, 
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” 
(Hadis riwayat Abu Daud).


 P/s: Sampai sini dulu entrinya..sorry ye lepat-lepat sekalian :P