Wednesday 20 February 2013

KoRbAn PaNtAi...

      "Tolong~, tolong~, tolong~" itulah suara yang sayup-sayup didengari oleh penduduk yang tinggal di sekitar Pantai Bukit Kluang, Besut. Ada yang menyangka itu suara manusia, ada yang sangka itu hanyalah khayalan mereka dan ada juga yang yakin mereka sebenarnya mendengar tangisan pantai Bukit Kluang yang kehausan. Tangisan dahaga yang meminta dituangkan korban. Setelah sekian lama pantai ini sepi daripada mistiknya kini, mula berentak kembali apabila lolongan meminta tolong berterusan selama lebih seminggu. Teriakan sayup ini berterusan hingga suatu hari yang telah ditakdirkan. Sebuah keluarga dari Negeri Sembilan datang untuk berkelah dan bermandi-manda di kawasan muara yang tenang.
       Keadaan tenang sehingga 2 orang anak dari keluarga tersebut terkapai-kapai kelemasan. Kini pantai sudah mula berentak dengan gelombang ombak yang kuat dan kencang di kawasan muara. Seman(bukan nama sebenar) terjun bagi menyelamatkan dua orang anak sedaranya. Usahanya berjaya menyelamatkan mereka malangnya, pantai sudah membuat keputusan. Keputusan bahawa hari itu mesti ada korban setelah lama lolongannya tidak diendahkan. Seman disedut kedalam air dan dibawa oleh ombak yang datang bertalu-talu. Ahli keluarga yang lain terpana dan tidak mampu berbuat apa-apa melihatkan ombak yang bergulung-gulung menyerang mereka.
     Air kembali tenang sesudah Seman ditelan dan dibawa ombak. Siapa yang sangka kali ini korban pantai ialah orang asal dari tanah barat semenanjung. Pencarian dibuat mendapatkan lebihan korban pantai. Selama beberapa hari berlalu, akhirnya mayat Seman ditemui tidak jauh dari kawasan muara, kawasan dia lemas. Maka tinggallah isterinya dan anak-anak meneruskan kehidupan yang masih tersisa tanpa Seman disisi.


     Kini, pantai itu terus berombak tenang datang dan pergi. Kadangkala sedikit kencang saat angin berhembus ganas. Masih lagi tidak lengang dengan pengunjung yang mencari ketenangan. Semoga itulah takdir kehilangan insan terakhir yang berlaku di Pantai Bukit Kluang...

3 comments: