Friday 22 February 2013

AnTaRa NaJiS & DaRah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
     Alhamdulillah semalam ku pergi usrah bersama sisters. Kak Tirah selaku naqibah sementara tadabbur tentang surah An-Nahl ayat 65 hingga 69. Secara keseluruhannya ayat ini menerangkan tentang kekuasaan Allah dan kebijaksanaan Allah yang boleh kita perhatikan daripada sistem alam yang bergerak mengikut aturan yang ditetapkan:

1) Air hujan yang menyuburkan tanah yang tandus dan menghidupkan tanah yang mati mengikut prosesnya.
2) Rezeki yang Allah kurniakan daripada ternakan dan tumbuhan.
3) Allah ilhamkan lebah untuk bersarang di kawasan yang boleh manusia dapatkan madunya untuk dijadikan ubat..
4) dan banyak lagi...

      Ada sesuatu yang menarik perhatian ku.. Sesuatu ketentuan yang unik dan fakta yang menarik iaitu ayat 66:

"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah (Iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya."

"And verily in cattle (too) will ye find an instructive sign. From what is within their bodies between excretions and blood, We produce, for your drink, milk, pure and agreeable to those who drink it.".

          Subhanallah betapa bijaksananya Allah dalam kehalusan dan ketelitian mencipta makhlukNya. Allah ciptakan saluran susu di antara salur najis dan salur darah. Najis yang kotor dan darah yang warna merah tu tidak merubah pun warna susu yang keluar iaitu putih dan bersih juga kaya dengan khasiat.

          Jadi, ku amati kata-kata Kak Tirah tentang analogi susu yang tidak bercampur ini dengan keikhlasan. Katanya itulah sifat ikhlas yang tidak bercampur dengan bendasing. Putih, bersih dan bermanfaat pula. Setelah itu, terlintas difikiran ku tentang sifat kita. Apa salahnya kita jadi seperti susu yang tetap menjadi sifatnya dan tidak bercampur dengan cairan lain. Jadilah diri kita sendiri dan jangan biar orang lain mencorakkan kita walaupun kita bergerak seiring dengan mereka. Apa salahnya kita jadikan diri kita ini sebersih dan seputih susu walaupun persekitaran kita penuh dengan perkara-perkara yang tidak sesifat dengannya. 

          Kita ini insan ada pilihan. Baik pilihan kita, jauh Allah lebih sayang kita berbanding makhluk lain termasuk malaikat. Tetapi buruk pilihan kita, kita ini lebih rendah dari makhluk terkutuk yang Allah laknat. Sampai sini sahaja entri dan perkongsian usrah yang dapat semalam.




P/S: Entri ini untuk diri sendiri terutamanya dan pembaca sekalian yang keduanya.   

          

No comments:

Post a Comment