Friday 22 February 2013

MiStErI aNaK kEmBaR...#9

Tempat : Kampung Bukit Puteri.
Masa : 9 malam.

     "Begitulah masalah yang dihadapi oleh menantu saya imam", Pak Irsyad telah menceritakan keadaan yang terpaksa ditempuhi oleh menantunya kepada Imam Abu Hisyam sebaik sahaja selesai solat isyak. "Apa pandangan imam pasal ini?", Pak Irsyad pula bersoal selepas selesai bercerita. "Berat ujian ini Syad.. Menantu kamu bukan sahaja berdepan dengan gangguan makhluk halus tetapi juga diri dia sendiri", jawab Imam Abu Hisyam. "Imam boleh buat apa-apa untuk tolong menantu saya? ", soal Pak Irsyad lagi. "In syaa Allah kita akan sama-sama buat solat hajat supaya Allah kuatkan semangat Amna",jawab Imam lagi. "Imam tidak boleh halau hantu tu?", spontan Pak Irsyad menyoal Imam lagi. "Astaghfirullah Irsyad.. Apa sahaja yang berlaku itu dengan izin Allah. Saya bukanlah menolak permintaan kamu tetapi saya harap sangat jangan kamu jadi seperti sebahagian yang lain", nasihat Imam kepada Pak Irsyad. "Apa maksud imam jangan jadi macam orang lain?", Pak Irsyad kurang mengerti. "Beginilah Irsyad, Allah mengurniakan ilmu yang berbeza kepada setiap orang dan saya sangat tidak setuju jika ilmu ini digunakan sewenang-wenangnya sehingga peranan ahli agama yang sepatutnya amar makruf nahi munkar bertukar kepada ghostbuster", jelas Imam sambil tersenyum. "Maafkan saya Imam. Saya tidaklah menyangka begitu cuma pandangan saya Imam lebih tahu berkenaan hal ini. Jadi, apa yang mesti kita lakukan?", kini Pak Irsyad mula mengerti. "Irsyad, setahu saya Amna ini juga insan yang beramal dan kita hanya mampu menjadi penyokong kepadanya. Jadi, kita boleh buat inisiatif seperti yang saya cakap tadi, dengan solat hajat dan berdoa tetapi selebihnya Amna sendiri mesti hadapi. Amna sendiri boleh menghalau gangguan itu dengan amalan-amalan seperti solat, mengaji dan berdoa. Jika diizinkan Allah, gangguan itu akan pergi", nasihat Imam kepada Pak Irsyad. Nasihat itu dipegang teguh olehnya dan pesanan itu juga yang disampaikan kepada menantunya.

Tempat : Pejabat Dato' Azhar.
Masa : 8.30 pagi.
"Ezi! Apa masalah tak datang party semalam?", Zaki menyoal tidak puas hati kerana Ezi tidak memunculkan diri. "Ingat haiwan saja ada masalah?hahah", tergelak mereka berdua mengenangkan isu gempar yang berlaku tidak lama dahulu kepada mahasiswa UUM. "Maaf Zaki, aku dan Amna dah sampai depan villa kau semalam tapi tiba-tiba dia kata tak sihat dan nak pengsan. Jadi, aku terus bawa dia ke klinik. Lepas tu aku terus bawa dia balik", terang Ezi kepada Zaki. "Amna sakit apa?", spontan Zaki menyoal. "Doktor kata Amna ni terlalu penat dan perlukan banyak rehat. Entahlaa Zaki, aku kesian pada Amna. Macam mana dia nak rehat? Tak lama lelapkan mata terus mengigau dan meracau", Ezi mengadu kepada Zaki. "Sabar Ezi. Ini cubaan untuk korang berdua. Pasal semalam tu aku faham", Zaki cuba menenangkan Ezi.

Tempat : Rumah Ezi & Amna.
Masa : 2.30 pagi.
    "Ya Allah, jika ini kehendakMu apakan daya ku. Aku cuma seorang hamba yang tidak punya apa selain daripada apa yang telah Engkau anugerahkan kepada ku. Ya Allah jangan kau beratkan aku dengan ujian ini melainkan Kau iringinya dengan pertolonganMu.Ya Allah, kepada-Mu aku mengeluhkan kelemahan-kelemahanku, ketidak berdayaanku, dan kehinaanku di hadapan manusia. Wahai yang Maha Pengasih di antara yang mengasihi! Engkau Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau hendak menyerahkan diriku? Kepada orang-orang asing yang bermuka masam terhadapku atau kepada musuh yang Engkau takdirkan akan mengalahkanku?Hal itu tidak aku risaukan, jika Engkau tidak murka kepadaku. Namun, rahmat-Mu bagiku amat luas. Aku menyerahkan diri pada cahaya-Mu yang menerangi segala kegelapan dan menentukan kebaikan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung dari murka-Mu. Aku senantiasa mohon reda-Mu. Kerana tidak ada daya dan kekuatan kecuali atas perkenan-Mu. Tunjukkanlah aku kebenaran Ya Allah", doa Amna setelah selesai menunaikan solat tahajud dan istikharah.

     Kali ini tidak salah lagi yang berdiri di hadapan Amna seorang perempuan yang kepalanya berlumuran darah. Memakai gaun putih dan berambut panjang. "Kau siapa? Apa yang kau mahu dari aku? Kenapa engkau mengganggu aku?", soal Amna bertalu-talu kepada perempuan yang berdiri di hadapannya. "Amna, tolong aku. Kembali ke villa itu dan tolong aku", itulah ungkapan yang Amna dengar sebelum terjaga. 

    Mimpi itu diceritakan Amna kepada Ezi dan Ustaz Al-Zanki. Kemudian, Ustaz bersama dua orang pembantunya dibawa oleh Ezi dan Amna ke villa tersebut. Ustaz meminta agar kedatangan mereka ke sana disembunyikan dan Ezi tidak memberitahu walau kepada sesiapapun termasuk Zaki. Bermula dari hadapan villa itu, Amna menceritakan badan yang diseret ke dalam hutan seperti yang dia lihat dalam mimpinya. Mereka mengikut jejak yang Amna tunjukkan sehingga sampai di suatu kawasan berdekatan dengan pokok. "Di sinilah saya lihat tempat yang digali tu Ustaz", kata Amna dengan yakin. "Amin, Badrul tolong gali di sini", pinta Ustaz kepada pembantunya. Selepas 15 minit menggali, mereka menjumpai sesuatu yang membuatkan Amna rebah dan hampir pengsan. Nasib baik sempat Ezi menyambutnya...

Bersambung...

“Barang siapa dibukakan pintu doa, bererti pula telah dibukakan pula untuknya pintu rahmat. Dan tidak ada yang dimohonkan kepada Allah yang lebih disukainya selain dimohonkan ‘afiat. Suatu doa memberikan manfaat kepada apa yang telah diturunkan. Dan tidak ada yang dapat menolak ketetapan Tuhan kecuali doa. Kerana itu berdoalah kamu sekalian”. (HR At-Tirmidzi).




Kerana cinta itu milik Allah...


 P/S: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pembaca kerana masih sudi mengikuti siri Misteri Anak Kembar. Apakah yang ditemui oleh mereka dan siapakah perempuan yang sentiasa muncul di dalam mimpi Amna? Ikuti episod akan datang.



  

2 comments: