Sunday 10 February 2013

MiStErI AnAk KeMbAr...#7

Tempat : Pasar Raya Care For You
Masa : 11 pagi.

    "Amna, minta sorry dari hujung rambut hingga hurung kaki sangat pasal tak dapat temankan kau. Tiba-tiba Azerul ajak keluar", Maira berkali-kali memohon ampun dengan Amna kerana tidak dapat menemani Amna untuk membeli belah walaupun dia sudah berjanji. "Ahhh! Sorry buah ceri. Hutang secret recipe dan chicken wings", Amna mengusik Maira. "Isy kau ni badan tak adala besar mana tapi minta makan Ya Allah Nau'zubillah. Besar betul storage kau kan", Maira membalas gurauan Amna. " Hahaha..okay laa. Dahla nanti marah pula Azerul cakap telefon dengan aku lama-lama. Lagipun banyak lagi barang aku nak kena cari ni. Kirim salam si Dia ye.Assalamualaikum", Amna memberi salam untuk memutuskan perbualan telefon mereka. "Okay. Jaga diri baik-baik ye cik kak. Nanti aku belikan kek dan ayam kau tu. Jumpa kat butik esok. Waalaikumusalam", balas Maira.

Tempat : Restoran Selera Makan
Masa : 11.10 pagi.

   "Azerul! Betul ke selama ini awak sibuk buat kerja?", Maira memberi soalan spontan kepada buah hati pengarang jantungnya. "Yelah. Minta hantaran macam dia tu anak raja. Bila kita sibuk kerja tak nak percaya", balas Azerul menyindir. "Macam mana nak percaya? Kata kuat kerja cuba tengok badan tu! Sihat semacam sahaja....", Maira memulakan siasatan edisi khasnya. "Inila tanda saya kuat bekerja tau. Setiap kali saya stres kerja saya makan. Setiap kali saya makan maknanya saya stres kerja dan sepanjang masa saya stres..", belum sempat Azerul menghabiskan ayatnya, "..dan sepanjang masa awak makan!", Maira laju memotong cakap Azerul. "Sudahlaaa Maira.. Azerul ajak jumpa ni pasal nak lepas rindu bukan nak ajak gaduh...", manje Azerul memujuk Maira.

Amna yang sedang asyik memilih barang ternampak sesuatu. Dia seakan kenal dengan kelibat tangan yang berlalu dari sudut deretan sos cili tidak jauh dari tempat Amna berdiri. Amna mula teringat akan tangan yang memegang kedua bayi dalam mimpinya. Perlahan Amna menjenguk dan mendapati tidak ada siapa-siapa di situ.

Tempat : Kawasan Letak Kereta Pasar Raya Care For You.
Masa : 1 petang.

   Amna berjalan perlahan sambil menolak troli barangnya menuju ke tempat keretanya. Tiba-tiba Amna berhenti. Dia seperti terdengar ada bisikan suara bayi yang sedang ketawa. Amna mencari-cari bunyi yang dia dengar sambil berjalan ke arah bunyi tersebut. Namun, dia tidak melihat sesiapa di situ. Amna melangkah meninggalkan troli dan terus mencari bunyi itu dan tiba-tiba bunyi ketawa itu bertukar kepada tangisan bayi. Amna melajukan langkah mencari bunyi yang dia dengar sehingga dia berhenti di hadapan sebuah pecuan empat roda hitam dan melihat bayanganya. Seiring itu, bunyi yang dia dengar juga turut hilang. Amna mendekati kereta tersebut dan merenung bayangannya dan waktu itu laa. "Amna tolong aku", tiba-tiba ada suara yang seakan berbisik di daun telinganya. Dan...

   Tanpa Amna sedari ada tangan yang datang dari arah belakang lalu mencuit bahu Amna. Amna berpaling dengan terkejut dan tergamam. "Amna bukan? Awak isteri Ezi kan?", Zaki menegur Amna yang dilihatnya dari tadi terpaku dihadapan dinding berdekatan dengan tempat keretanya diparkir. "Yyyya saya.. Awak siapa?", Amna yang masih lagi tergamam gagap menjawab soalan Zaki. "Saya Zaki. Kerja satu office dengan Ezi", jawab Zaki ringkas. Mungkin dia juga pelik dengan keadaan Amna yang kelihatan resah dan ketakutan. "Amna tak apa-apakah? Ezi mana?", sambung Zaki lagi. "Amna tak apa-apa. Mmmmaaf..minta maaf Zaki, Amna minta diri dulu", Amna meminta diri tanpa menjawab soalan Zaki.

Tempat : Rumah Ezi & Amna.
Masa : 6 petang.

   "Waalaikumusalam. Eh! Zaki apa hal sampai datang rumah aku ni? Tak sempat nak tunggu esok ke?", terkejut Ezi melihat Zaki terpacak di hadapan pintu rumahnya. "Ai! Aku ni tak boleh ke nak melawat kau dengan Amna", sinis soalan Zaki kepada Ezi. "Aku datang pasal nak bagi ni..Aku rasa Amna tertinggal dalam troli kat tempat parking kereta tadi", Zaki cuba menjelaskan kepada Ezi. "Kau kenal Amna? Macam mana boleh kau kenal? Jumpa Amna pun tak pernah", pelik Ezi apabila Zaki memberitahunya tentang barang Amna yang tertinggal di tempat parking kereta tadi. "Ezi. Ezi. Abis gambar yang atas meja kau tu.. Ingat ku buta ke apa?", Zaki mengingatkan Ezi tentang gambar kahwin mereka yang diletakkan di atas meja kerjanya. "Iya tak ya juga. Maafla. Balik sahaja dari kedai tadi Amna demam. Bila aku tanya.. Dia cakap tak sedap badan", Ezi menjelaskan keadaan Amna kepada Zaki. "Kalau begitu aku minta diri dulu. Lagipun aku ada orang nak kena jumpa ni," Zaki buru-buru meminta diri. Mungkin dia tidak mahu lama di rumah Ezi mendengarkan Amna tidak sihat. Selesai bersalaman dengan Ezi terus dia berlalu pergi.

Tempat : Rumah Ezi & Amna.
Masa : 9 malam.

   "Mari, mari semua dengar satu cerita. isteri saya asyik termenung-termenung saja. Tiada apa-apa katanya.. Tapi saya sangat tidak percaya", Ezi menyanyi melihatkan Amna termenung lagi. Saja mahu hiburkan Amna yang hanya berdiam diri dari siang tadi. Ezi cuba sembunyikan perasaannya namun hakikatnya hanya Tuhan yang tahu betapa dia risau melihat keadaan Amna. Tersenyum melihat gelagat Ezi. "Ezi, malam ni boleh tak Ezi tidur dalam bilik Amna?", Amna pun tidak tahu kenapa tetapi apa yang terjadi siang tadi benar-benar memaksa dia untuk meminta Ezi menemaninya. "Haa! Haa! Tak tahu! Apa yang sudah berlaku!", kali ini lagu 'tak tahu' pula yang didendangkan Ezi. " Tolonglah Ezi.. Amna takut..", Amna cuba merayu. "Amna, kenapa?",akhirnya Ezi bertanya. Kali ini dengan nada yang serius. Mungkin perkataan takut yang diungkapkan Amna membuatkan Ezi tidak mahu berdiam diri lagi. "Amna pun tak tahu Ezi. Amna pun tak faham apa yang jadi,"Amna cuba mengelak. "Apa yang jadi? Kenapa Amna tinggal barang yang Amna beli?", bertalu-talu soalan yang dikeluarkan Ezi untuk mendapatkan kepastian. "Amna pun keliru Ezi dan Amna pun tak faham apa yang jadi. Ezi tolonglah, untuk satu malam ni kita tidur satu bilik. Tidak pernah Ezi melihat keadaan Amna yang begini..dalam keadaan ketakutan.

     Melihatkan Amna, Ezi terus menerkam ke arah Amna...

Bersambung...

Firman Allah SWT : "Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu adalah syaitan, yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, jangalah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman." (Ali-Imran : 175)




Kerana cinta itu milik Allah...

P/S: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pembaca kerana masih sudi mengikuti siri Misteri Anak Kembar. Apakah yang sebenarnya berlaku kepada Amna? Teruskan membaca Misteri Anak Kembar...

No comments:

Post a Comment