Wednesday 27 February 2013

MiStErI AnAk KeMbAr...#10

Tempat : Villa Rayleigh.
Masa : 10 pagi.

     Kehadiran mereka ke villa itu pada kali ini adalah untuk merungkai rahsia yang tersimpan di situ. Akhirnya, misteri yang terkubur di sebalik villa indah itu mulai terungkai apabila mereka menemui 2 rangka tengkorak yang bersaiz kecil dan kelihatannya seperti rangka bayi.Amna yang hampir pengsan sempat disambut Ezi. Melihatkan rangka tersebut, Ustaz Al-zanki terus menghubungi balai polis dan melaporkan penemuan mereka.

"Amna..", Amna terus berpaling ke arah suara yang memanggil namanya dan Amna terpaku memandang perempuan rambut panjang di sebalik pokok berhampiran. Perempuan itu seolah-olah mahu Amna mengekorinya, dan tanpa disedari kaki Amna mengatur langkah menurut sahaja. "Amna! nak ke mana tu?", laju Ezi memanggil melihatkan Amna tiba-tiba berjalan terus ke dalam hutan. Ezi cuba menghalang namun ditahan oleh Ustaz Zanki. "Kita tengok ke mana dia nak bawa kita", kata Ustaz dan Ezi akur. Mereka di bawa hingga ke tebing sebuah tasik. Amna masih terpaku memandang ke arah tasik dan berpaling ke arah suatu sudut tasik yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Rupa-rupanya jelmaan perempuan itu telah menunjukkan sesuatu kepada Amna. Kemudian, Amna rebah tidak sedarkan diri. "Amna!", laju Ezi menyambut isterinya manakala ustaz terus meluru ke arah tempat Amna melihat sebelum dia pengsan. Ustaz menemui sesuatu yang di balut dengan kain dan apabila dia menyelaknya serta merta bau busuk menusuk ke rongga hidungnya. Tidak sah lagi, itu adalah penemuan kedua mangsa bunuh manusia yang bertopengkan syaitan. Walaupun mereka tidak mengetahui siapakah ketiga-tiga mangsa itu tapi kini persoalan utama telah terjawab. Inilah suara-suara yang menghantui Amna selama ini.

"Amna, terima kasih. Terima kasih kerana tolong aku",berdiri di hadapan Amna seorang perempuan bergaun putih dan berambut panjang seperti yang pernah dilihat sebelum ini. Bezanya, rambutnya tersisir kemas dan Amna dapat melihat wajah sebenarnya dan kali ini perempuan itu tidak bersendiri tetapi bersama dengan bayi kembarnya.

Celik sahaja mata Amna, dia disambut pelukan erat Ezi. Setelah 2 hari Amna tidak sedarkan diri, kini dia rasakan hidupnya sudah bebas. Bebas dari belenggu gangguan. "Ezi, tadi Amna mimpi lagi perempuan tu dan Amna kenal dia", perlahan Amna menceritakan kepada Ezi tentang perempuan yang dilihatnya. Rupa-rupanya, perempuan itu ialah Alin, pelanggan yang selalu berkunjung ke butik Amna. Setiap kali Alin pergi ke butik, dia akan pergi bersama pasangannya yang sangat Amna kenali iaitu bos suaminya, Dato' Azhar. Namun, selepas dia berkahwin dengan Ezi, Alin tidak pernah memunculkan diri. Fikirnya Alin telah berpindah ke tempat lain. Sejak dari kes itu, Dato' Azhar mula diburu polis dan seluruh ahli keluarganya juga tidak tahu ke mana dia menghilang.

Tempat : Rumah Ezi & Amna.
Masa : 9 pagi.

"Ezi", Amna sempat memanggil sebelum Ezi bertolak ke Banting. Selepas Dato' Azhar diburu polis, Ezi telah bertukar tempat kerja dan kini, dia perlu ke Banting atas urusan kerjanya. Setelah namanya dipanggil, Ezi berpaling dan menanti bicara Amna. "Baik-baik bawa kereta.. Jaga diri Ezi", hanya itu yang mampu diungkapkan Amna sambil tersenyum. Berat bagi Amna untuk memberitahu perkara sebenar. Selepas apa yang berlaku kepada Amna, hubungan mereka tidak lagi seperti dulu. Ezi sentiasa bersama Amna dan tidak pernah membiarkan Amna bersendirian. Ada sesuatu yang mesti diberitakan kepada Ezi tetapi, lidahnya kelu saat memandang wajah Ezi.


Tempat :  Pasar Raya Care For You.
Masa : 2 petang.

Sedang asyik Amna membelek sos, dia seperti perasan sesuatu yang amat dia kenali di hujung sudut rak tidak jauh tempat dia berdiri. Sekali lagi dia terlihat kelibat tangan dan kali ini dia yakin inilah tangan yang mendukung 2 bayi kembar Alin sebelum di tanam hidup-hidup...

Bersambung...

surah Al-Israa', ayat 85.
Yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja". 

Kerana cinta itu milik Allah...





P/S: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pembaca kerana masih sudi mengikuti siri Misteri Anak Kembar. Tangan siapakah yang dilihat Amna?Teruskan membaca Misteri Anak Kembar.
 
 
 


    

No comments:

Post a Comment