Friday 8 February 2013

MiStErI aNaK KeMbAr...#6

Tempat : Rumah Ezi & Amna - Bilik tidur Amna.
Masa : 2 pagi.

    "Tolong! Jangan! Jangan abang! JANGAN!!!!!!", Amna meronta. Bergegas Ezi ke bilik Amna mendengar jeritan Amna meminta tolong. "Amna bangun! Bangun Amna! Astaghfirullah.. Mengucap Amna. Istighfar.." Ezi mengejutkan Amna yang meronta-ronta dan cuba menenangkan Amna. "Ezi! Ampunkan Amna. Amna tak buat salah Ezi. Amna tak pernah curang. Jangan bunuh Amna. Jangan bunuh anak kita", Amna yang masih tidak dapat menenangkan diri menangis sambil merayu kepada Ezi. "Astaghfirullah Amna... Amna mimpi ni.. Istighfar banyak-banyak.. Mengucap. Amna cuma bermimpi", Ezi masih lagi cuba menenangkan Amna. Tidak berapa lama kemudian setelah ditenangkan Ezi, semangat Amna kembali pulih. Amna diam seribu bahasa, segelas air yang diberi Ezi menenangkan Amna. "Ezi, minta maaf ganggu Ezi tidur. Amna dah ok. Ezi jangan risau", Amna meyakinkan Ezi dengan senyuman lesu. "Betul ye Amna? Ezi balik bilik ye? Kalau ada apa-apa panggil sahaja. Rasanya elok Amna ambil air sembahyang dulu sebelum sambung tidur", Ezi mengingatkan Amna sebelum berlalu meninggalkannya. Baru Amna teringat yang dia masih lagi tidak qiyam untuk buat amalan malam yang sentiasa dia amalkan. Amna ke bilik air menyucikan diri dan mengambil wuduk.  Amna tidak dapat melelapkan matanya dan yang mampu dibuat ialah mengaji, solat sunat dan zikir sehingga dia tenggelam di alam tidur dengan pakaian sembahyangnya yang serba putih dan disulami benang merah jambu. Kali ini tidurnya lebih lena mungkin kerana diselimuti kain telekung pemberian Ezi sebagai hantaran sewaktu pernikahan mereka dahulu.

Tempat : Rumah Ezi & Amna
Masa : 7 pagi.

    "Amna, nak pergi kerja juga ke? Apa kata hari ini Amna ambil cuti? Tenangkan fikiran", Ezi mencadangkan Amna kerana dapat dia amati raut wajah Amna yang lesu. "Tak apalah Ezi. Amna nak lupakan mimpi semalam. Jadi Amna tak mahu tinggal seorang dekat rumah ni", Amna tetap mahu kebutiknya. Padanya butik adalah tempat yang indah dan menenangkan hatinya. "Dahla. Jangan fikir sangat mimpi semalam. Mimpi itu mainan tidur sahaja", Ezi cuba memberi semangat kepada Amna. "Tapi dekat butik tu, kalau penat tidur laa.. Rehat..Nanti stress, benda lain pula yang jadi nanti", Ezi menasihati Amna. "Ezi, kalau Amna cakap Ezi jangan marah ye," Amna telah membuat keputusan tentang sesuatu...

Tempat : Syarikat Dato' Azhar- Ruang rehat.
Masa : 9 pagi.

      "Apa! Amna dah ubah fikiran untuk ambil anak angkat?Kenapa?", terkejut Zaki mendengar berita terbaharu tentang sahabatnya itu. "Aku rasa ada kaitan dengan mimpi dia semalam. Semalam, Amna mengigau meracau-racau. Tidur tidak basuh kaki laa tu", Ezi menjelaskan kepada Zaki. "Habis kau takpa ke dia batalkan rancangan korang? Dia mimpi apa?" Zaki cuba mendaptkan kepastian. "Aku tak ada masalah. Lagipun aku memang tak bersedia nak anak. Pasal mimpi dia tu, tak ada aku tanya pasal tak mahu dia fikir sangat", jawab Ezi bersahaja. "By the way, where's Dato'? Not coming today? Aku nak kena bincang pasal projek baharu tu",soal Ezi yang pelik kerana Dato' Azhar sangat payah untuk tidak datang ke pejabat. Dato' Azhar seperti ada persamaan dengan Amna. Dato' Azhar akan tetap masuk ke pejabatnya walaupun dia terpaksa buat kerja luar kawasan. Amna pula tidak pernah satu hari pun tidak pergi ke butik walaupun sakit. Persamaan ini buat Ezi termenung dan sebenarnya kagum dengan semangat kerja yang dimiliki dua insan ini. "Entahlaa. Apa masalah orang tua tu. Iffa cakap tiba-tiba dia tak nak dihubungi. Isteri dia pun tengah cari dia sekarang", Zaki pun tidak pasti kenapa Dato' Azhar tidak ke pejabat. "Orang tua? Kau ada masalah dengan Dato' ke?" terkejut mendengar Zaki yang agak kasar bahasanya. Ezi sangat mengenali Zaki dan Zaki tidak akan bercakap begitu melainkan kepada orang yang dia tidak suka. "Entahlah Ezi, malas aku nak cerita", sambung Zaki ringkas. Zaki lebih suka memendam dan hanya rela menjadi pendengar kepada Ezi sedangkan segala masalah yang dihadapinya hanya akan dikunci mati dalam dunianya sendiri. "Zaki, kau ingat tak yang masa kita bercakap pasal anak kembar. Masa kau soal dia air muka dia terus berubah. Kau rasa ada apa-apa ke?", Ezi menyoal Zaki tanpa menyedari yang sebenarnya Zaki telah pun kembali ke meja kerjanya. Melihatkan Zaki, Ezi hanya diam dan menuju ke meja kerjanya.

Tempat : Butik Amna.
Masa : 9.30 pagi.

"Kau pasti kah dengan keputusan kau ni? Takut menyesal pula. Apa yang buat kau berubah fikiran?" Maira cuba mendapat kepastian daripada Amna. Sepertinya Amna sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya dan ini tidak seperti Amna yang dia kenal.

         Berita dia membatalkan niatnya juga telah dimaklumkan kepada ibu bapanya dan kedua mertuanya. Amna termenung jauh dan kebanyakan masa Amna diam sahaja. Diamnya bukan diam kosong tetapi mengenangkan mimpinya semalam. Pada Amna lebih baik dia tidak menceritakan mimpi ini kepada sesiapa kerana dia juga tidak suka untuk bercakap tentang mimpinya. Mimpi yang turut mematikan niatnya untuk mengambil anak angkat. Mimpi yang membuatkan dia dihurung rasa bersalah dan mimpi yang buat hatinya gelisah dan ketakutan. Mimpi yang menggambarkan seribu penyesalan..

Bersambung...

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Mimpi itu tiga jenis, mimpi yang benar berbentuk khabar gembira daripada Allah, mimpi sedih daripada syaitan dan mimpi yang disebabkan mainan jiwa seseorang.” [Hadis riwayat Imam Muslim]

Kerana cinta itu milik Allah.




 P/S: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pembaca kerana masih sudi mengikuti siri Misteri Anak Kembar. Di mana Dato' Azhar? Mengapakah Amna membatalkan niatnya untuk mengambil anak angkat? Apakah yang dimimpi oleh Amna? Teruskan membaca Misteri Anak Kembar...

5 comments: