Friday 1 February 2013

MisTErI AnAk KeMbAr...#4

Tempat : Restoran Ali Cafe.
Masa : 8.30 malam.

  "Maaf Ezi malam ni kita makan kat luar", Amna memohon maaf kerana terpaksa mengajak Ezi untuk makan di luar. Amna sendiri pun tidak pasti apa yang menyerang jiwanya hari ini. Selepas membeli peralatan bayi di kedai siang tadi hatinya berasa tidak senang. Namun, hatinya berasa sangat gembira sewaktu melawat Sonia. Mendukung dan membelai anak Sonia memberikan Amna kenikmatan yang tidak pernah dirasa sebelum ini. Tetapi perasaan gelisah menebal dalam diri Amna selepas dia pulang dan meninggalkan anak kecil itu. Amna juga seolah-olah dibayangi oleh 2 pasang baju yang dia lihat di kedai itu. "Tak apalah. Sekali sekala apa salahnya makan kat luar. Kita tukar angin. Tapi..Amna ok? Ada masalah dengan pelanggan ke?" soal Ezi yang mungkin perasan dengan perubahan Amna yang lebih banyak diam dan tak memberi banyak respon pada Ezi.
      Tidak seperti Amna yang biasa yang hanya akan diam bila masa makan dan selebihnya suasana mereka berdua tidak pernah sunyi dari suara Amna. "Tidak ada apa-apa. Cuma.. Entahlaa..Ezi..Anak tu comelkan, lembut, hangat je", Amna cuba meluahkan isi hatinya. Ezi termenung mendengar luahan hati Amna. Seperti ada sesuatu yang lain dengan Amna. "Amna.. Ezi bukan nak hilangkan mood Amna tapi..kita dah janji kan. Seriously Ezi tak bersedia", Ezi cuba mengingatkan Amna keadaan sebenar mereka. "Tak adalaaa.. Cuma Amna teringat-ingat lagi masa peluk anak Sonia tadi. Pastukan nak tau tak masa dekat kedai tadi Amna tengok ada pakaian baby untuk kembar..comel sangat", Amna cuba menerangkan maksud sebenarnya. Walaupun dia cuba membetulkan keadaan kerana tidak mahu Ezi rasa tidak selesa. "Urrmm dah la Amna, jom pergi solat dah lama masuk isyak ni", Ezi ingin mematikan perbualan mereka dan Amna hanya menurut Ezi.

Tempat : Syarikat Dato' Azhar.
Masa : 10.30 pagi.

   "Hai dah berbini pon termenung jugak?Ke angau??heheh", usik Zaki melihatkan Ezi yang dari tadi termenung. Air di dalam mug masih lagi tidak dihirup. " Entahlaa Zaki..Amna tu..Tak tahulaa kenapa dengan dia..Pelik sangat semalam.Tak pernah dia macamni", Ezi cuba menjelaskan keadaan sebenar kepada Zaki. "Pelik? Pelik macam mana? Kau syak dia ada lelaki lain ke? Takkanlaa..Daripada pengamatan aku pada Amna yang kau duk cerita hari-hari, tak mungkin dia ada orang lain", laju Zaki membalas kata Ezi. "Bukanlaahhh. Amna bukan jenis macam tu. Tapi semalam dia banyak diam je. Pastu dia cerita pasal bayi. Pasal bayi kembar", Ezi cuba menerangkan apa yang buat dia termenung. "Kembar?",Zaki menyoal. "Ya kembar, kenapa?" Ezi menyoal Zaki, pelik dengan soalan spontan Zaki. "Tak ada apa-apa. Mungkin Amna teringin nak jadi ibu macam pekerja dia tu, Perempuan biasa laa hati lembut..Lagi pun aku dah berkali-kali ingatkan kau. Time camni mesti tibanyela...", Zaki cuba menenangkan Ezi. "Entahlaa..Aku rasa bini aku ni banyak pengaruh Upin Ipin laa. Maklumla diakan kepala kartun". "Amna kepala kartun..Abis kau tu apa? Sama naik la kau dengan dia kan", Zaki cuba membela Amna.
       "Nak menimang anak la tu Ezi..", celah Dato' Azhar yang dari tadi hanya memasang telinga terhadap perbualan Ezi dan Zaki. "Eh Dato' mungkinlaa kot", Ezi cuma mengiyakan. "Jaga anak kembar ni mencabar tetapi seronok", kelihatan Dato' Azhar ingin berkongsi pengalamannya. "Dato' ada anak kembar?", spontan Zaki menyoal. "Umm saya minta diri dulu, ada urusan dekat luar", Dato' Azhar berlalu tanpa menjawab soalan Zaki. Namun jelas terlihat wajahnya yang agak terkejut dengan soalan yang diaju oleh Zaki. Zaki dan Ezi saling berpandangan namun mereka tidak mengendahkan dan menyambung kerja masing-masing.

Tempat : Secret Recipe.
Masa : 1 petang.

   "Terima kasih Ezi temankan Amna. Teringin sangat nak makan kek ni..Dah pakat dengan Maira tapi tiba-tiba pula dia ada hal", Amna menjelaskan keadaan sebenar kepada Ezi. " Teringin? Teringin kek takpa. Jangan teringin benda lain.Hehehe", Ezi cuba bergurau. "Ezi.. sebenarnya Amna ada perkara penting nak cakap dengan Ezi", Amna memulakan bicara yang lebih serius.."Apa dia Amna", soal Ezi untuk mendapatkan kepastian walaupun dia sudah boleh mengagak perkara yang akan Amna perkatakan. "Amna tengok semua orang ada anak.. Amna pun nak anak juga", akhirnya Amna meluahkan perasaannya. Kali ini dia tidak mahu berdolak dalih lagi. Dia tekad yang kali ini dia akan mendapatkan anak setelah beberapa malam dia tidak dapat melelapkan mata. "Mananya semua orang ada anak?? Cuba tengok kat restoran ni ja semua couple, kalu ade budak pun sorang dua ja..", kata Ezi sambil melihat keadaan sekitar. Begitu juga Amna tetapi.. sebenarnya disekitar mereka dipenuhi dengan pasangan yang memiliki anak."Alamak dan-dan la pula ramai budak-budak kat sini", bisik hati kecil Ezi. "Maksud Ezi di luar sana", laju Ezi membetulkan kenyataannya melihatkan restoran itu dipenuhi dengan kanak-kanak."Ezi jangan risau.. Amna dah fikir dah. Kita ambil anak angkat nak?", Amna memintas cakap Ezi...

Bersambung...

“Kahwinilah wanita yang melahirkan anak ramai dan yang memiliki kasih sayang yang tinggi, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu (kerana umat yang ramai)” (HR Abu Daud).

Kerana cinta itu milik Allah...  

 P/s: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana masih sudi meneruskan pembacaan. Adakah Ezi akan bersetuju untuk mengambil anak angkat? Kenapakah Dato' Azhar terkejut dengan soalan yang diaju Zaki? Teruskan membaca siri akan datang :)

2 comments: