Thursday 31 January 2013

MiSTeRi AnaK KeMbAr... #3



Tempat : Rumah Ezi & Amna.
Masa : 5 petang.

   "Assalamualaikum..." Ezi memberi salam dengan nada lembut kepada Amna yang berada di dapur untuk memujuk. Namun Amna diam tidak mengendahkan Ezi. "UAI cakap tak baik orang bagi salam kita tak jawab, dosa tau..Nak-nak suami yang bagi salam", sempat Ezi mengusik Amna sambil meneguk air yang disediakan Amna. Sudah menjadi kebiasaan Amna akan menyambut kepulangan Ezi dengan segelas air dan bezanya hari ini, gelas itu diletakkan di atas meja dan bukan diberi kepada Ezi. "Waalaikumusalam", jawab Amna perlahan. "Marah lagi ke??", Ezi cuba memujuk dan Amna masih diam sambil terus membuat kerjanya. "Kalau ada...neh!!!!" Ezi menunjukkan sebungkus beg kertas dan Amna memang sangat mengenali beg kertas ini. "Kalau yang ni...Dah okay.. Terima kasih Ezi", Amna tersenyum mendapatkan chicken wings kegemarannya dan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku antara dia dan Ezi. " Dah agak dah.. Buat apa ni?", Ezi menyoal Amna melihatkan meja yang penuh dengan barang masak Amna. "Durian crepe! Yang ni dah siap..Makanlaa..Jadi tak?" "Makan ni? Sekarang?"soal Ezi mendapatkan kepastian."Yelah..Kenapa?? Memanglaa tak sejuk tetapi boleh makan", jawab Amna sambil tersenyum. Namun Ezi hanya membelek-belek durian crepe yang tersusun di atas pinggan dihadapannya. "Apa masalahnya? Nah.." Amna terus mengambil sebiji durian crepe lalu menyuap kepada Ezi. "EEMMmmm sedapnya... Buatlaa banyak-banyak", minta Ezi sambil menikmati durian crepe suapan Amna. "Haaa Amna dah asingkan ade tiga pinggan. Satu untuk kita makan, dua lagi untuk Uncle Wong dan Kak Lisna sebelah rumah tu", Amna mengingatkan Ezi. "Alaaa buat apa? Kita makan kita-kita jelaaa. Nak bagi buat apa?" rungut Ezi. "Diorang tu jiran Ezi..Lagipun Kalau kita keluar, Uncle Wong yang tolong jagakan rumah. Kak Lisna pun selalu bagi kuih yang dia buatkan" "Alaaa anjing uncle Wong yang jaga, dia tidur sajo..Kak Lisna tu bukan sedap kuih dia buat. Kadang-kadang warna ungu tapi rasa pisang. Warna merah rasa oren..Yang paling tak boleh terima agar-agar yang dia buat rasa cam ubat gegat tu..Hahahaha", Ezi mengingatkan Amna keadaan sebenar. "Tak apalah. Kadang-kadang je macam ubat gegat..Tapi kadang-kadang macam minyak gamat pun ada", serentak Ezi dengan Amna ketawa mengingatkan kuih-muih yang pernah Kak Lisna beri kepada mereka.

Tempat : Rumah Ezi & Amna
Masa : 6 petang.
    Amna meluru ke dapur untuk mendapatkan durian crepe hasil tangannya untuk diberi kepada Uncle Wong dan Kak Lisna..Sebaik sahaja Amna membuka peti alangkah terkejut melihat pinggan-pinggan didalam peti bersama sekeping nota. "Amna, Ezi makan sedikit crepe tu..Tapi tanpa disedari urmm termakan banyak pula tapi cukup laa untuk Amna dan jiran-jiran kesayangan Amna tu. "EEEEEEZZZZZZIIIIIiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Amna menjerit kegeraman. Mana tidaknya, Ezi hanya meninggalkan sebiji durian crepe dalam setiap satu pinggan.Sebiji untuk Amna, sebiji untuk Uncle Wong dan sebiji untuk Kak Lisna. Nampak gayanya Ezi terpaksa membelikan chicken wing ayam madu lagi kepada Amna.

Tempat : Rumah Ezi & Amna
Masa : 2 pagi.
     Ezi terjaga dari tidur memandangkan dia telah tidur awal malam itu. Mungkin kerana kekenyangan dengan durian crepe buatan Amna. Tekaknya yang kering memaksa Ezi untuk mengatur langkah ke dapur. Sempat Ezi mengintai setelah menguak daun pintu bilik Amna untuk menjenguk si ciliknya. Di dapati Amna sedang solat. Sama ada Amna solat isyak atau solat sunat malam dia sendiri pun tidak pasti namun, apa yang dia tahu Amna tidak pernah solat isyak lewat. Ezi terus pergi ke dapur mendapatkan segelas air masak. Selesai tegukan terakhir Ezi termenung memikirkan jauhnya beza antara dia dan Amna. Sentiasa Amna akan mendahuluinya tidak kira dalam urusan seharian mahupun dari segi agama. Mungkin itu yang menyebabkan Ezi sentiasa rasa ketinggalan nak dibanding Amna. Walaupun saiz memang jelas Ezi berjaya menandingi Amna namun sewaktu berhadapan dengan Amna dapat dia rasakan seolah-olah dia semut kecil yang terapung di tengah lautan yang terbentang luas. Sedikit demi sedikit Ezi mengubah cara hidupnya dengan hasrat suatu hari dia dapat berdiri dengan sama darjat seperti Amna.Tiba-tiba....
"Assalamualaikum, hello. Ya?", Ezi menjawab panggilan telefon Amna yang berdering dan berjaya menyedarkannya daripada lamunan. "Hello, ini Puan Amna? Saya suami Sonia", kedengaran suara garau lelaki menjawab di hujung talian. "Dia sedang tidur. Ada masalah apa ya telefon dia malam-malam ni?", soal Ezi mendapatkan kepastian. "Maafkan saya encik, tetapi boleh tolong maklumkan kepada puan yang isteri saya telah selamat bersalin", pinta Michael kepada Ezi. Sonia merupakan wanita yang bekerja di butik Amna dan Amna sangat menyayanginya dan menganggapnya sebagai adik sendiri. Mungkin kerana itu Amna merupakan orang pertama yang menerima berita kelahiran anak pertamanya. "OOoo.. Tahniah..Ok nanti saya bagitahu dia", jawab Ezi ringkas.

Tempat : Cute Baby (Kedai barangan bayi)
Masa : Pukul 11 pagi.

Gambar hiasan
   Setelah mengetahui Sonia telah selamat bersalin, semalaman Amna tidak dapat melelapkan mata. Awal-awal pagi lagi dia sudah mengajak Maira ke kedai untuk membeli pakaian dan keperluan bayi untuk dihadiahkan kepada anak Sonia. Tidak dia menjangka Sonia akan bersalin secepat ini, dua minggu lebih awal daripada jangkaan doktor.Sewaktu asyik meneliti baju-baju yang ada, Amna terpandang kepada dua pasang baju untuk bayi kembar berwarna kuning dan biru. Seperti ada yang berbisik memanggil Amna mendapatkan baju-baju tersebut. Namun, Amna terpaku merenung sahaja. Memandangkan baju itu, hati Amna menjadi sayu dan tersentuh. "Amna! Laa... Mengelamun pula..Cepatlaa pergi bayar..Cukup-cukup laa tu...", Maira menegur Amna melihatkan Amna yang berdiri kaku termenung. Mungkin Amna sedang memikirkan barang-barang yang hendak dibeli lagi sangka Maira. "Mai, cuba tengok baju dua pasang tu..Comelkan..Untuk anak kembar..", kata Amna kepada Maira. "Baju kembar apanya? Mana Ada..Dahla Sonia lahir bukan anak kembar. Cepat pergi bayar. Kita nak kena cepat nanti nak lunch lagi, nak buka jaga butik lagi", gesa Maira tidak mempedulikan Amna yang masih lagi kelihatan kebingungan. Sebelum melangkah keluar dari kedai sempat Amna menoleh ke tempat baju kembar yang dilihatnya tadi. Namun, baju itu sudah tiada. Mungkin sudah ada orang yang beli fikir Amna...

Bersambung...

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap temannya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap jirannya.” [Sahih, At-Tirmidzi, Ahmad, Darimi dan Hakim]


 Kerana cinta itu milik Allah...

p/s: Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca..Misteri kita sudah mula memainkan irama. Ingin tahu apakah kaitan antara bayi kembar dengan Amna dan Ezi?? Teruskan pembacaan anda pada siri akan datang :)






WaLiMaTuL Urus...

   Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam kelas hari ni budak-budak ni dok laa kecoh plan nak pergi kat walimatul urus abang Amal yang dah nikah. Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada pasangan dan semoga hubungan ini kekal ke syurga in sya Allah. Bila sentuh pasal walimatul urus ni..macam-macam laa yang keluar di benak fikiran antaranya :

1)Door gift...(ku ar tu)
2) Makan nasi lauk apa..
3) Lauk sedap ke tak ye....
4) Cantik ke pengantin tu ea..

dan banyak lagi laaa...ke korang tak fikir camtu? ke ku je yang fikir korang fikir cam gitu? Takpa laa apa-apa pun rata-rata memang kita tengok dah jadi budaya masyarakat kita dari dulu lagi.. Jadi, ku ni dok laa sibuk pasal door gift. Sampai laa terdengar oleh En Azizi (bukan nama sebenar).. Apa lagi kena sekolah laa dengan En Azizi. Agak-agak korang kenapa En Azizi on the spot sekolahkan aku? Jom kite layari bahtera walimatul urus pada entri kali ini bersama-sama (poyo ngat ayat).

   Walimatul urus merupakan majlis makan-makan yang diadakan oleh mempelai kita kepada saudara mara,jiran tetangga, sahabat handai, dan siapa-siapa sahaja yang mereka jemput. Kita tak nak laa cerita pasal pihak yang buat walimatul urus tu. Selagi tak langgar hukum syara' dan tak membazir biar laa dio pitis dio ke.. Namun ketahuilah anda bahawa kita yang dijemput ini wajib pergi jika tidak ada aral melintang.

“Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah dia menghadirinya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5173)

   Tapi pergi tu biarla ikhlas.. Sampai, nikmatilaa apa sahaja yang dihidang, terima apa sahaja yang diberi dan kalu orang tak bagi senyap sudah. Tak yah nak sibuk pasal door gift ke cokelat ke (haa kan dah terkena kat batang hidung sendiri).. Tetapi pergi tu untuk kenal bahawa si fulan dan si fulan ini telah selamat membina masjid dan turut meraikan dan berkongsi kegembiraan mereka. Tak adalah timbul fitnah. Dah tu kita yang pergi ni.. sama-sama laa kita doa semoga mereka kekal selama-lamanya.. Doa laa juga kita pun dapat jodoh yang baik-baik in sya Allah.

    Sampai sini sahaja entri kali ini. Terima kasih.
p/s: Ingat!!Untuk diri ini terutamanya dan pembaca sekalian yang keduanya.. Pergi walimatul urus tu mulut tu jangan dok gatal nak complain2. Diam sudah..Orang bagi kita ambik orang tak bagi jangan banyak songel. 

Monday 28 January 2013

MiStErI AnAk KeMBar... #2

Tempat : Syarikat Dato' Azhar
Masa : 9 pagi.

    "Aii Ezi, pagi-pagi lagi dah tension ni...Pe hal? Takkan gaduh dengan orang rumah kot.. Pelamin pun tak habis rombak lagi", usik Zaki, teman sepejabat Ezi. Melihatkan Ezi yang mendiamkan diri sejak dari pagi. Semenjak bekerja di syarikat itu Zakilah orang yang sentiasa bersama Ezi susah dan senang. Pada Ezi, Zaki tak ubah seperti saudara kandungnya sendiri. " Alaa sekarang pakai catering, satu hari orang dah rombak pelamin kat rumah tu.. Kau tak payah cakap lebih laaa Zaki, bukannya nak datang masa aku kahwin. Kata saudara sehidup semati.. Masa hidup pun kau dah lari..", Ezi masih tidak berpuas hati kerana Zaki tidak menghadirkan diri sewaktu hari pernikahannya dengan Amna. "Sorry laa bro, kan aku dah cakap aku betul-betul urgent time tu. Ada sedara meninggal apa aku boleh buat. Aku pun teringin nak tengok Amna kesayangan kau tu.. ", Zaki cuba memujuk. " So, pe cer pagi-pagi lagi dah moody?", soal Zaki kembali untuk mengetahui apa yang jadi. "Aku gaduh dengan Amna laa.. Dari semalam lagi.. Pagi ni boikot laa aku.. Dia sarapan tak tunggu aku",terang Ezi. "Sekurang-kurangnya dia tetap sediakan makan kan..." "Memanglah  tapi...aku sarapan sorang-sorang kot" "Kau tak puas hati pasal sarapan sorang-sorang ke tak puas hati pasal tak ada orang suap kau makan?? ahahahah" Zaki mengusik Ezi lagi.. "urmmm.. Mana ada camtu", Ezi cuba nafikan. " Cuba cerita kat abang kau ni gaduh pasal apa? Siapa yang mula dulu?Siapa yang salah?" Zaki menyoal bertalu-talu bagi dapatkan kepastian. "Tak adalaaa... Semalam-semalam kan cuti hujung minggu jadi aku pun...."(Ezi menceritakan perkara yang jadi)

Tempat : Rumah Ezi & Amna
Masa : Hujung minggu, jam 2 pagi.

   "GOLLLLL!!!!!!!!!WooHHOOOOaaa", Sorak Ezi apabila pasukan bola kesukaannya menjaringkan gol. "Gollll!! ehh golll...AArrr Adoii...", Amna yang tidur di bilik sebelah terkejut dari tidur dan jatuh katil apabila mendengar teriakan Ezi yang macam petir itu. "EZIII!!!!", panggil Amna sambil mengetuk pintu bilik Ezi dengan sekuat hatinya. "Ya Dik Amna.. Boleh abang Ezi bantu??hehehehe", Ezi mentertawakan Amna walaupun dia tahu yang Amna sedang marah kepadanya. "Wahai abang Ezi, apa kehalnya pukul 2 pagi bersorak macam orang hilang arah ni?? Tolonglahh nak tidur ni.. Apa jiran-jiran kata nanti?", Amna cuba menahan marah. "Rilekslaaa Amna.. Esokkan cuti.. Malam pun masih muda", Ezi seolah-olah tidak menghiraukan permintaan Amna. "Malam masih muda? EZI malam ni dah tua sangat dah.. Dah masuk pagi tahu tak?", Amna mula hilang sabar. "Kalau begitu, pagi baru bermula.. Soooo.. kita enjoy... Tau tak MU score gol tadi tau", kata-kata Ezi itu seolah-olah sengaja mencurahkan minyak dalam api. "Kalau ya pun tak leh nak slow sikit suara tu sampai satu KL ni boleh dengar?" soal Amna tidak berpuas hati. "Ni laa tanda kesyukuran dik oiii..Oklaa busy ni..Tomorrow never die babes..hahaha",Ezi berlalu sambil menutup pintu tanpa menghiraukan Amna. "OOooo...Tomorrow never die ye.. Malam masih muda ..ye.. Pagi baru bermula ye.. Siap Ezi esok.. Biar dia tau tingginya langit rendahnya tanah ni.." Amna merancang cara untuk mengenakan Ezi.

Tempat : Rumah Ezi & Amna
Masa : Hujung minggu, jam 10 pagi.
 (Amna memainkan lagu hindustan sambil mengemas rumah dan menari). "Amna...Amna...Amna..", panggil Ezi dengan keadaan dia yang separuh sedar. Sebenarnya Ezi yang sedang lena tidur dikejutkan dengan bunyi radio yang dipasang kuat oleh Amna. "AMNAAAAA!!!!!", Ezi menjerit nama Amna melihatkan Amna tidak mendengar panggilannya. "Eh, Bang Ezi.. Dah bangun ye?? Boleh Dik Amna tolong?" Amna memulakan rancangannya untuk membidas Ezi. "Apa ni Amna??"Ezi menyoal tidak puas hati."Ohh..Ini lagu dalam cerita Rab Ne Bana Di Jodi. Best kan?" jawab Amna bersahaja. "Rab Ne...?? Ya Rabbana!!Amna.. Tolonglaahhh Ezi nak tidur ni..Buka radio tu perlahan pun boleh dengarkan..", rayu Ezi kepada Amna. "Laaa hari yang cerah baru bermula so ceriakan dirimu sentiasa babes....hari ni kan cuti..so.. kita enjoyyyy.." Amna memulangkan paku buah keras pada Ezi sambil menguatkan radionya.

(Selesai Ezi menceritakan perkara sebenar kepada Zaki).."Hahahaha..Lawak laaa korang ni...Lepastu apa jadi?",tanya Zaki lagi. "Apa lagi aku diam je laaa, ingat nak laa dia pujuk. Apa, rupanya dia lagi keras kepala. Dua hari tak bercakap dengan dia", jelas Ezi dalam nada kesal. "Alaaa rilekslaaa, perempuan ni bagi bunga, takpun bagi coklat, cairlaa" Zaki cuba menenangkan Ezi. "Hurmmmm nampaknya balik nanti kena beli chicken wing ayam madu laaa.. Tu ja cara nak pujuk si Amna tu.." jelas Ezi pada Zaki. "Tak kisahlaaa apa pun.. Kau lagi kenal bini kau. Eh tapi, gaduh pun aku tengok makin sihat kau ni..Dah makin gemuk" sambung Zaki lagi. "Haaa yang tu cerita lain pula", balas Ezi pada Zaki.."Apa pula ceritanya cuba cerita kat aku.Hahaha", Zaki gelak terlebih dahulu walaupun Ezi belum memulakan ceritanya. (Ezi sambung cerita kepada Zaki)

Tempat : Rumah Ezi & Amna
Masa : Hari-hari sebelumnya.

  "Ezi! Ezi cuba rasa! jadi tak resepi baru ni?", bersungguh Amna meminta Ezi merasa resepi baru ciptaannya. Ezi terus merasa makanan yang dihulur Amna." Ehummm emmm, kalu tak jadi rasanya macam mana?" soal Ezi cuba mendapatlan kepastian. "Alaaa tak jadi ke Ezi..hurmmm?", Amna terus mengatakan yang resepi barunya tidak menjadi. "Eh, Ezi tak cakap tak jadi.. Sedap laa rasa macam ni", Ezi cuba memujuk Amna dan sememangnya masakan Amna tak pernah mengecewakan Ezi. "Ezi tipu... Tak apalah.. Ezi habiskanlaa makanan ni.." Amna meminta Ezi menghabiskan semua masakannya dan mahu tidak mahu Ezi akan menghabiskan apa sahaja..(selesai Ezi bercerita)
"Hahahaha, naya kau Ezi.. Habis sehari berapa kali kau kena habiskan resepi baru dia?" soal Zaki sambil ketawa. "Tengoklaa..Kalau dia rajin, sehari 3 resepi baru aku kena habiskan. Dan semua tu resepi yang tak jadi", jawab Ezi. "So, apa kau nak buat? Kalau terus camni alamaknya gedempol laaa kau Ezi", sakat Zaki. "Aku dah jumpa caranya, masa tu adik Amna datang kat rumah kami..", Ezi cuba jelaskan pada Zaki.(Ezi menyambung ceritanya)

Tempat : Rumah Ezi & Amna
Masa : Suatu hari di waktu petang...

  "Amzar! Ezi! Cuba makan resepi baru ni.. Jadi ke tak?" Amna menyediakan resepi barunya kepada Ezi dan adiknya, Amzar. "Amzar, kita kena hati-hati.. Kalu tak naya kita nak habiskan..Mesti dia buat banyak", bisik Ezi kepada adik iparnya. "Ooo rilekss jak..Watch and learn..hehehe", Amzar bisik kembali kepada Ezi.. "Waaa!!jadi laa ni sedap kowt...sedap..sedap..sedap" Amzar menjerit selepas merasa resepi baru kakaknya. "HHaaa jadikan!!!Ok jangan berani-berani makan sampai habis tau.. Akak nak bagi kat jiran-jiran semua", Amna mengingatkan Amzar dan Ezi. "Hhaa camtu je caranya Abang Ezi...", bisik Amzar.

(Selesai Ezi menceritakan kepada Zaki).."Alik-alik aku dengan Amzar dapat makan sedikit je. Yang lain semua dia bagi jiran-jiran kami", sambung Ezi lagi. "Hahahaha lawak laa bini kau bro..Tak sangka pulak aku.
Cuma aku ada sedikit musykil laa Ezi.. Maaflaa aku tanya, kenapa bilik kau dengan Amna lain-lain ye?" soal Zaki. Ezi diam seribu bahasa. Mana taknya bukan main Ezi menghambur Amna selepas mendapat tahu Amna terlepas cakap pada Maira tentang hubungan mereka. Kini, dia sendiri telah tersasul depan Zaki. Nak tak nak terpaksa Ezi ceritakan kepada Zaki. " Ezi.. Ezi.. Tak baik buat camni broo..Berdosa tau", Zaki cuba nasihatkan Ezi. " Aku tau... Tapi.. Susah laa nak cakap Zaki", Ezi juga mati akal tentang situasi dia sekarang. "Tak apalah, take your time.. Tapi jaga-jaga.. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia dikebas orang", Zaki menyanyi mengusik Ezi sambil berlalu ke meja kerjanya. "Eh ni rahsia saudara sehidup semati tau, jangan bagitau orang lain" Ezi sempat mengingatkan Zaki dan Zaki hanya mengenyitkan matanya.

Bersambung...
"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Kerana cinta itu milik Allah...

 p/s: Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kepada pembaca(kalau ada).Terima kasih kerana sudi meneruskan pembacaan dan ku harap terus membaca sehingga selesai Misteri Anak Kembar...Sebarang komen boleh direct terus jumpa ku atau komen kat bawah :)

Saturday 26 January 2013

MiSTeRi AnaK KeMbAr....

Tempat : Villa Rayleigh
Masa : 2 pagi.
 "Tolong abang!!! Ampunkan saya bang... Saya janji saya bertaubat!!Abang tolong jangan bunuh saya dan anak-anak.. Tolong abang..", rayu Alin kepada suaminya. "Arghh!!Dasar isteri derhaka! Itu bukan anak aku! Kau tipu aku! Kau buat hubungan dengan jantan lain!!... Ini balasan kau!! argh!!!!" balas suaminya sambil melibas kepala Alin dengan batang kayu...

Tempat : Butik Amna
Masa : 11 pagi.
" Apa?!!Amna kau kahwin dengan Ezi dengan syarat? Jadi, Kau ngan Ezi bukan kahwin pasal cinta??", Terkejut Maira mengetahui tentang keadaan rumahtangga Amna yang baru dibina selama 2 bulan itu. "Amna, kau tak rasa ke apa yang kau buat ni akan buat hidup kau sendiri seksa. Apa kata mak ayah kau nanti?" marah Maira akan tindakan bodoh Amna itu. " Seksa apanya? Kami dah bincang dan aku rasa ini jalan paling cerdik. Dah mak ayah aku nak sangat aku kahwin. Mak ayah Ezi pun sama. Alang-alang dah senasib kahwin laa selesai masalah. Kan dah senyap mulut diorang. Dah tak kecoh cam dulu. Kalau tak , berdering je laa telefon aku tu.." balas Amna bersahaja. "Kau ingat sampai bila mulut mereka akan tutup? Mereka nak cucu Puan Amna Ooooiiii" Maira cuba ingatkan Amna. "Isy! mana boleh! Hari tu mereka kata nak menantu je..Takde dengar pun nak cucu. Mana aku nak cekup anak nak bagi kat diorang", balas Amna lagi. "Amna, Amna.. Apa ke betulnya laa kau ni sorang. Diorang minta kau kahwin pasal nak cucu laaa..Takkan kau tak faham lagi kot..", kata Maira sambil menepuk dahi mengenangkan kelurusan sahabat baiknya itu.

    Sebenarnya, perkahwinan Amna dan Ezi hanyalah kepalsuan semata-mata bagi menutup mulut ibu bapa kedua-dua mereka. Sememangnya Ezi dan Amna sahabat baik sejak dari mereka belajar di kolej lagi. Namun, masing-masing hanya menganggap hubungan yang dibina tidak lebih dari ikatan persahabatan sahaja. Setidak-tidaknya Amna sedaya upaya menyembunyikan perasaannya. Setelah masing-masing menghabiskan pelajaran, Amna telah memulakan perniagaan sendiri dengan membuka Butik Amna manakala Ezi pula jurutera di syarikat Dato' Azhar. Ezi bersetuju untuk menikahi Amna tetapi dia telah mengenakan syarat terhadap masjid yang dibina mereka iaitu Ezi tidak akan melayannya seperti suami-suami lain melayan isteri-isteri mereka. Namun, Amna akur. Pada Amna, cukup hidupnya tidak didesak oleh kedua ibu bapanya. Pada Amna juga cukup kariernya sebagai pereka fesyen sebagai pemuas hidupnya selama hayat dikandung badan.

 "Habis yang kau dok dalam rumah tu jadi orang gaji la??" " eh, taklah..Ezi takkan nak biar aku jadi orang gaji pula.. Aku tolong Ezi buat kerja rumah je.." " Adoiilaaa Amna.. apa bezanya?? Aku rasa orang gaji lagi untung.. Atleast dapat gaji yang kau dapat apa?? Habuk pun tarak.." " Maira tak baik cakap camtu... Ezi kerja siang malam penat tau.. Sekurang-kurangnya dapat kurangkan beban Ezi.." " Beban kau pula siapa nak ringan kan??" " Maira kau kan ada... Ku luahkan apa yang jadi kat aku dah hilangkan beban yang ku tanggung dan aku tak pernah rasa beban Maira..Malah aku akan rasa lagi bersalah kalau tak jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri dalam rumah kami.." " Amna baik sangat kau ni.. Aku tak tahu laaa kenapa Ezi tak cintakan kau.." "Mungkin sebab aku pun tak cintakan dia", balas Amna. "Yeke kau tak suka Ezi?? Perempuan takkan sanggup buat semua ni melainkan untuk orang yang dia sayang.." Amna diam seribu kata..Dia juga keliru dengan perasaannya.

Tempat : Rumah Ezi & Amna
Masa : 8.30 malam.

   Amna menghidang makan malam buat Ezi. Sememangnya Amna sangat menjaga keperluan Ezi sepenuhnya dan menjalankan tanggungjawabnya kepada Ezi tanpa sebarang penyesalan. Pada Amna, apa yang dibuat tidak mampu membayar pengorbanan Ezi yang sudi mengahwininya walaupun tanpa Amna sedari yang dia juga turut pertaruhkan masa depannya. Pada Ezi pula, urusan cinta dan hati dia masih lagi dalam kabur dan yang pastinya bukan Amna pilihan hatinya.

"Assalamualaikum bulat!" sergah Ezi dari belakang. Waalaikumusalam ketot! Eh, awal pula Ezi balik malam ni. Skip Isyak ek??",usik Amna. "Tak tahan laa Amna.. Lapar.. Dari petang tadi tau Ezi tak makan", balas Ezi. "Hah! satu lagi, bukan bulat tapi comel!!" kata Amna. "Comella sangat... Dahtu Ezi mana ada ketot... Tinggi apa?" "Tinggi apa camni? Kenet ja" balas Amna lagi."Tinggi la pada awak yang katik tu..Hahahaha!!" seronok Ezi dapat mengenakan Amna. "Isy kalu mengata orang nombor satu...Yelaa Ezi laa yang tinggi lampai, dada bidang cam Fahrin Ahmad, Handsome macam Fizo Omar..(tipunya aku Ya Allah sambil tangan ke bahu mata tengok atas)..Duduk laa makan.." Amna mengalah sambil menyuapkan sesuap nasi pada Ezi.
 Sememangnya Amna akan menyuapkan sesuap makanan kepada Ezi sebelum Ezi makan sendiri dan Ezi hanya akan membuka mulut dan menerima suapan Amna. Tanpa Ezi sedari, sebenarnya dia sangat suka apabila dilayan sebegitu oleh Amna. Mungkin kerana layanan Amna yang baik membuatkan Ezi tak pernah memandang perempuan lain dan dia juga melayan Amna dengan baik sekali.

  "Ezi, tadi Maira cakap yang mak ayah kita nak cucu nanti.." "Hah! mak ayah kita nak cucu? Bila diorang cakap?" " Bukanlaaa itu Maira yang cakap..." " Oooohh Maira... Isy sibuk je laa dia tu.. Eh dia dah tau pasal kita?? Amna kan kita dah janji.." "Maaf Ezi.. Terlepas cakap..Tak sengaja" " Tula mulut banyak sangat. Seminit kalau berhenti bercakap sawan agaknya..", sinis Ezi membidas Amna. Amna hanya mampu mendiamkan diri dan dia akui kesalahannya... Memberitahu Maira bermakna membuka pekung perihal rahsia bilik tidur antara dia dan Ezi walaupun Amna yakin yang dia boleh percaya kepada Maira. " Maaf Amna, Ezi takut Maira buka mulut pasal kita... Masak kita ngan mak ayah kat kampung nanti" kesal Ezi yang menghambur Amna.."Jangan risau Ezi.. Amna yakin pada Maira.." pujuk Amna meyakinkan Ezi..

Bersambung...
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu." 

Kerana cinta itu milik Allah...

p/s : Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kisah ini adalah rekaan semata-mata untuk melahirkan imaginasi dan idea.. Jika ada yang tak puas hati pasal penulisan ni boleh komen kat bawah atau terus cakap kat ku ea..    

Friday 25 January 2013

HiBuRaN SeNsASi...

   Assalamualaikum dan salam sejahtera...
 Hiburan...Hiburan...Hiburan...Hiburan terkini!!!! Setiap manusia memerlukan hiburan untuk buat hidup lagi best. Hiburan ni bermacam-macam. Ada yang suka dengar lagu, tengok movie, baca novel, layan korea, layan anime (ku latu), ade yang layan Mat Luffi pon ada..(maksud ku layan tengok video-video yang di publish) dan bermacam-mcam lagi. Oh ye entri kali ni akan guna nama panggilan "KU" dan "MU". Pasai kekok laa panggil nama Paah ni(tangan ke bahu mata pandang atas). Ok! Bagi sesetengah pihak yang tegas.. terus mengharamkan hiburan dalam kehidupan sendiri dan mahukan orang lain juga tinggalkan hiburan malah memaksa orang lain untuk mengikut jejaknya..



     Pada ku yang tak berapa nak tegas ini membolehkan diri sendiri untuk berhibur..Tapi!!!!!!Jangan sampai hiburan itu melalaikan diri dan tinggalkan ibadah. Jangan sampai hiburan itu menjauhkan diri daripada Allah. Oleh itu, ku turut menyeru kepada semua yang ada untuk ketepikan statement "tinggalkan HIBURAN!! HIBURAN tu HARAM!! tetapi sambutlah seruan "pilihlah hiburan yang bermanfaat", "berhibur-berhibur juga tapi tanggungjawab sebagai muslim jangan lupa" haa tidakkah itu lagi sedap diikuti..jiwa pun tak sengsara dan terkejut. Lagi satu, tak semua orang cam kita..Ada je yang berhibur dengan mendengar alunan Quran, ada orang hiburkan hati dengan solat-solat dan ibadah-ibadah, ada orang terhibur dengan bermain sukan(bleh sihat tubuh badan, Allah pun suka).. Jadi ku rasa sangat tak adil bagi statement "jangan berhibur".

hadis Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Amr bin Al-As , yang bermaksud:
"Wahai Abdullah bin Amar, "Sesungguhnya ke atas kamu hak untuk Allah s.w.t., dan ke atas kamu hak untuk tubuh kamu, dan ke atas kamu hak untuk keluarga kamu. Maka berilah kepada yang miliki hak tersebut."


   Urmm cuma tu laa... Hiburan sekarang ni..suka sangat tayang kaki, tayang dada, tayang rambut, tayang aurat.... Kadang-kadang pengisian cerita tak dak laa bagus mana pun..lagu pun camtu juga.. Kadang tak paham apa laa yang dinyanyikan(tak paham pun layan jugak..). Jadi sama-sama laa kita renungi..

 Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah..


   Satu lagi isu... Time nak berhibur cam tengok bola ke, AJL ke, Movie ke sanggup bersengkang mata, berkorban masa dan tenaga..tapi nak bangun solat malam, nak ngaji, nak solat adoiilaaa puah suruh...senyek benyek jah blako...hikhik..Jangan zalimi diri sendiri..tak baik.. Sesungguhnya ibadah itu Hak fizikal dan ruhi kita semua  yang utama dan hiburan itu sampingan sahaja.

p/s : Untuk diri ini utamanya dan pembaca sekalian yang keduanya...carilah hiburan bermanfaat... :)  

Tuesday 22 January 2013

Mungkin Kerana Pokok Cerry Itu

Mungkin kerana pokok cerry itu,
hati mu rasa terusik,
mungkin kerana pokok cerri itu,
pandangan mu rasa terganggu,
mungkin kerana pokok cerry itu,
kau rasa dipersenda,
mungkin kerana pokok cerry itu,
kebahagiaanmu melihat anak-anak bermain punah,

Berkali-kali kau cuba singkirkan pokok cerry itu,
namun masih tegak berdiri di hadapan pandangan mu,
pandangan yang sentiasa kau labuhkan,
yang kau labuhkan sewaktu anak-anak bermain,
hatimu mungkin sakit mengenangkan pokok cerry itu,
kerana ia kadangkala membuat kami berhenti bermain,
mungkin kerana waktu kami bermain
saat yang bahagia melihat anak-anak tertawa

Pokok cerry itu masih di situ,
tapi tak perlu lagi kau bimbangi,
kerna ia takkan sakiti hati mu lagi,
kerna kau terlebih dahulu telah tinggalkan cerry itu,
dan kau tidak lagi memerhatikan kami,
tapi pandangan yang kau labuhkan akan sentiasa kami rasai
kerna kau sentiasa di hati..

Nukilan seorang anak pada ayohnye..



gambar hiasan je ea...

p/s: depan umah paah ade 1 pohon ceri. Paah tak tau nape arwah ayah dok laa nak tebang pokok ceri tu..hehe..alasannya ganggu kami main badminton. Tapi pokok ceri tu mak n nek sayang, kami pon suke pasal teduh duk bawah pokok ceri tu..last-last ayah xdapat jugak tebang pokok ceri tu..

                                                                      Al-Fatihah~~

Saturday 19 January 2013

SeSuAtU yAnG HiLaNg...

   Setibanya Munira(bukan nama sebenar) di biliknya, terus dia hempaskan badannya ke katil.. DooomMM!! Munira cuba lelapkan mata tiba-tiba! Dia teringat akan sesuatu..Muni teringat untuk check inbox email dari En Azizi(bukan nama sebenar) tentang kuiz online yang telah dimaklumkan di dalam kelas 2 hari lepas. Muni cuba mencapai laptopnya yang berada di sisi katil tetapi apa yang mengejutkan Muni laptopnya tidak ada di situ. Dia mencari dan menyelongkar seluruh ruang yang ada tetapi malangnya tidak ketemu jua. Muni hilang arah dan punca dan cuma satu nama yang terlintas dibenak fikirannya iaitu "Paah!"(bukan nama sebenar). Muni cepat-cepat mencari beg galasnya untuk mendapatkan telefon bimbit bagi menghubungi Paah. Tetapi lebih mengejutkannya apabila mendapati begnya juga tiada. Kini, muni hilang punca dan arah kerana barang-barang berharganya seperti laptop, handphone dan beg duit semuanya hilang. Muni mula menangis bagai seorang yang histeria dan masuk ke bilik air untuk mandi dan cuba menenangkan diri. Alangkah terkejutnya Muni mendapati semua barang mandi seperti berus gigi, sabun dan shampoo juga turut hilang. Muni makin tidak keruan lalu dia keluar dari bilik air dan mendapati ada satu nota di atas meja belajarnya yang tertulis ayat "aku akan datang kembali".

     Munira berasa sangat takut ditambah pula dengan khabar angin tentang kejadian di UITM Lendu Melaka. Muni menangis dan berlari ke rumah hadapan untuk mendapatkan Kak Pah(bukan nama sebenar). Muni menceritakan semua yang terjadi kepada Kak Pah. Kak Pah mencadangkan agar Muni bertenang dan membuat laporan polis tentang kehilangan barang-barangnya. Muni pulang ke biliknya untuk bersiap dan pada waktu itulah...Dia merasakan seperti dirinya diperhatikan... Muni berpaling ke belakang dan mendapati tidak ada apa-apa yang aneh. Tiba-tiba pintu bilik muni diketuk bertubi-tubi dengan kuat. Digagahkan juga kaki melangkah untuk membuka pintu itu dan.....

Nora(bukan nama sebenar) : Muni..bangun...bangun Muni...(sambil merenjiskan air ke muka muni)
Muni : Nora tolong aku!!! aku takut...tadi aku nampak hantu..Ye pakai jubah putih..
Linda (bukan nama sebenar) : Bukang juboh putih laa..tapi telekung..Yang mu nampok tu aku bukang antu..
Kini baru Muni teringat yang Linda sememangnya gemar mengetuk pintu dengan kuat.

Paah : Muni aku ase mu takyah pi lapor polis kot.
Muni : Nape? Korang nak bagitahu Ustaz Syam(bukan nama sebenar) tentang kes aku ni ke.?
Nora : Bukanlah... Ni haa barang ko.. Tadi ada senior datang hantar. Ye kate ko tertinggal kat surau pas
           abis sesi usrah yang ko join semalam. Kan ko bawak sume barang ni.
Muni : Ha'ahhh laaa... baru aku ingat. abis nota atas meja tu camane??
Paah : Aku laa yang tinggal notes tu..pasal ku pi bilik mu, mu tengah mandi. Ku tak nak kacau. So ku tinggal notes. Ingat nak mu tunggu ku kat bilik. Alik-alik mu gi umah Kak Pah.
Muni : Asal mu tak tulis nama?
Paah : Laa ku ingat mu dah cam tulisan tercantik ku ni..so xyahlaa nak tulis nama lagi dah.
Muni : Yelaa... ku lupaa ku bawak sume barang ku untuk usrah n daurah semalam.. Ku excited sangat
            dengan usrah tu sampai balik pon tertinggal sume barang.
Linda : mu excited usrah tu ke mu excited nak balik dari usrah sampai tinggal sume barang??




Jeng...Jeng...Jeng

P/s : Jangan lari dari usrah atau daurah anda..nanti pengsan...
P/s lagi: cerita ini hanya rekaan semata2.tidak ada kene mengena antara yang hidup dan yang telah meninggal dunia. terima kasih..Khas untuk korang...Enjoy it.. :P  

Thursday 17 January 2013

ReZkI MeNcUrAh~~~~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
   Entri ari ni biasa-biasa saja dan tak panjang pun in sya Allah. Paah tak tahu orang lain tapi kalau Paah time awal-awal sem (cam sekarang ni) n akhir-akhir sem memang dalam je beg duit... Gelap gelita dan ringan sajo...Maka time ini laaa Al waqiah akan dibaca berulang-ulang kali...Kerana telah dijanjikan sesiapa yang baca surah ini tidak akan papa.
Harapannya ku baca surah ni agar setakde-takde duit tu jangan laa sampai kebulur. Setengah-setengah orang memang tak ada masalah untuk dapat duit dari parents tapi lain cerita ngan Paah...bukan diorang tak boleh kasi...tapi Paah sendiri yang rasa bersalah nak minta duit kat mereka. Maka hari ini, dengan berat hati Paah keluarkan not 50 rgt terakhir yang dimiliki buat masa sekaranglaaa dari tempat simpanan rahsia...

     Bila dah tiba makan time, dengan berat hati Paah seret kaki ini menuju ke tempat makan dan tiba-tiba!!! Hah!Pn Hamidah nak belanja(mentor kami)?. Kaki ini tidak lagi diseret tapi kami siap buat marching band dalam kantin nak ambil makanan..Mana taknya, confirm-confirm hari ni tak payah guna duit. Apa lagi nak ditunggu? kami sapu sume makanan yang ada.

kalau time tak ada duit hidangannya lebih kurang jak..


kalau time makan orang belanja hidangannya berlebih-lebih!!

Masuk dalam kelas sampai sebiji polysterin..yang berisi ayam percik!!Subhanallah.. terima kasih Allah kerana hadirkan Iffa n kawan-kawan yang ingat kat Paah. Lepas laa juga hajat ni nak makan Ayam percik.

p/s: Terima kasih Allah.. :)

Tuesday 15 January 2013

LiSTEn...LisTeN...LisTeN.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
            Apa khabar emosi pembaca sekarang??(jika ada yang baca entri ini laaa) Adakah dalam keadaan stabil??Kalau tak stabil kang tak pasal-pasal pula Paah yang kena listen...listen...listen...Jika diamati tajuk diatas jangan salah sangka pula yaa.. Entri kali ini bukan pasal lagu Beyonce- Listen, tetapi berkenaan isu yang tengah hangat dan panas diperkatakan pada setiap laman sosial dan oleh para pelajar-pelajar sekalian. Pada yang tak tahu keadaan sebenar, meh kita buat sedikit review ringkas. Baru-baru ini di UUm telah diadakan 1 forum dimana sorang pelajar dari jurusan perundangan telah bangun dan sempat mengajukan 2 soalan sahaja(soalan kedua tu pun tidak sempat habis diutarakan). Apa yang berlaku ialah reaksi dari seorang panel yang tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan terhadap soalan yang diaju dan menyebut perkataan "listen" berulang kali terhadap pelajar terbabit serta tiba-tiba masuk cerita tentang masalah haiwan.(nama yang terlibat tidaklah saya listkan kerana hormat saya kepada kedua-dua individu terbabit).

         Paah tidak mahu menyentuh tentang soalan pertama iaitu isu BERSIH(takut panjang cerita pula). Tapi Paah tertarik dengan pendapat yang diberikan oleh pelajar tersebut tentang soalan keduannya berkenaan kenapa Malaysia tidak boleh bagi pendidikan percuma kepada pelajar(isu PTPTN lagi laa ni..tak abis-abis). Kelihatannya pelajar ini telah membuat kajian tentang peruntukan untuk biaya pendidikan negara sebanyak 10 juta setahun daripada hasil yang didapati oleh negara kita melalui pelbagai sektor lain yang secara kasarnya memang banyak laaa...Pelajar ni juga turut bagi contoh-contoh negara lain dimana negara-negara tersebut memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya dari peringkat rendah sehingga degree (memang bestlaaa kan)

Jawapan ahli penal : Kenapa samakan Malaysia dengan negara lain? Jika tak suka Malaysia silakan pergi
                               tinggal di negara lain.(Adakah ini menjawab soalan tersebut???pembaca boleh fikir
                                sendiri bukan).
      Selain tidak menjawab soalan, panel juga membandingkan tingkat pelajaran pelajar tersebut dengan O-level yang dimilikinya..(is this how intelligent people(o-level) showed their cleverness?If yes i rather just stay in degree level). Kemudian Panel membuka bicara tentang masalah haiwan-haiwan dan juga kekejaman manusia terhadap haiwan dan sikap manusia yang suka complain...je kija nya...Nama lagi manusia kak, tak pernah puas...Ada sangkut paut ke dengan soalan tersebut?

Memandangkan ini blog Paah, ini pandangan Paah and i have right to give my opinions... listen...listen...listen...(mungkin panel tu patut jawab macam ni)
1) Sebenarnya negara kita sedang mengorak langkah ke arah itu. buktinya, cuba amati kembali bajet 2012 yang dibentang oleh PM. Mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ko-kurikulum, kertas ujian dalaman, yuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia, dan insurans takaful ini akan dimansuhkan.pemansuhan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM150 juta. Dalam Belanjawan 2012, sektor pendidikan diperuntukkan RM50.2 bilion.Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM1.9 bilion akan dibelanjakan untuk semua jenis sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Sebanyak ini yang diberi pun, berapa ramai produk insan cemerlang dari segi ilmu dan sahsiah yang dilahirkan?
2) Kita masih lagi dalam tangkuk negara membangun bukan lagi maju dan duit yang ada perlu disalurkan kepada banyak lagi tujuan lain bagi mencapai aim utama iaitu menjadi negara maju. BTW kalau kita tak bandingkan negara kita dengan negara lain macamana kita nak kesan kelemahan untuk diperbaiki dan jadi jauh lagi baik dari negara lain?
3) Biasiswa yang diberikan kerajaan kepada pelajar-pelajar cemerlang(nak belajar free blajar kasi pandai laaa bohh)
4) bla...blaa...bla..

    Sekarang kita amati bersama tidakkah seorang yang belajar hingga tahap o-level boleh bagi jawapan yang lagi bernas dari opinion diatas SEANDAINYA!!!dia cakna! dia ikuti!dan respect! keadaan semasa yang berlaku pada pendidikan di Malaysia?Sebut pasal respect, panel ini tidak puas hati pasal kononnya pelajar ini tidak menunjukkan hormat pada dia...Macam ni laa kak, hukum hormat ada 2:
1) respect others first, then they will respect u.
2) don't need to ask respect from others coz they respect us from our manner attitude.
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.
(Riwayat Muslim)


    Jika kita amati kisah Nabis SAW sendiri pun, beliau juga dicaci, dimaki, diajukan soalan-soalan yang bertujuan menghina Nabi. Apa respon Nabi? Adakah Nabi hentikan soalan yang diaju dengan suruh diam dan dengar apa dia cakap? Tidak bukan.. Nabi dengar soalan tersebut dan menjawab dengan penuh hikmah. Tak pernah sentuh pasal masalah haiwan.

Sampai disini dulu contengan kali ini(maafla jika kali ini isu agak serius)
p/s: Jangan mudah emo dan melatah...berlapang dada dan fikir sejenak..sabar... cakap banyak tak guna..ambil apa yang jadi ini sebagai iktibar n jadi lebih professional.

Monday 14 January 2013

KS A

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
     Sekarang ni rasa boring laaaa jadi nak tulis pasal KS A..Ni la nama kelas Paah. KS A aka Kasih Sayang Allah...Bajet sangat nama kelasnya..KS A bermakna kajian sosial A. Terkandung seramai 21 orang semuanya.. List name...

                            " Ameer, Azerul, Nawi, Habib, Afiq, Syamer, Hadi, Aliff, Syahril dan Ihsan"
               " Alia, Yana, Nora, Sofea, Muni (roomate), Iffa, Ima(agen topup), Qid, Amal, Lina n Paah"

     Setiap hari rutin yang kami buat ialah bergaduh, bertekak, bertikam lidah, bergosip, buat lawak, gelak dan macam-macam lagi perkara yang gila-gila...heheheh...Setiap daripada kami berbeza antara satu sama lain tetapi cuma 1 perkara sahaja yang sama iaitu membamboo sesama sendiri...Yang ni memang syok di wat, nak-nak time kita yang bamboo orang...Tapi time orang bamboo kita memang merah muka kot... Untuk hidup dalam kelas tu, jangan terlalu sensitif sebab budak-budak ni bukan kisah ape perasaan korang. Sebab kami amalkan " KISAH PULAK AKU"/ " ADA AKU KISAH".

    
    Prinsip utama setiap ahli kelas ialah:
1) start kelas lambat
2) rehat awal
3) balik awal
4) happy jika tak ada kelas
5) tak suka kelas ganti
6) tak suka kelas petang
7) suka ambil take5
8) panjangkan masa take5
9) mengtidakorangkan orang(paham-paham ler sendiri)

Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran yg bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (jika mereka berselisih), dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"...
(surah al-hujurat; ayat 10)

    Alhamdulillah setakat hari ini, semua salah faham yang timbul antara ahli kelas sudah berjaya diselesaikan. Almaklum kita semua dah cam adik beradik lagipun nak duk belajar kat kampus tu ada lagi 2tahun.. Gaduh laa macamana pun nak tatap muka tu juga hari-hari...Banyak aktiviti yang kami dah lakukan bersama kat kampus ni selain daripada tidur dan makan...heheh.. Setidak-tidaknya beberapa tahun yang di lalui bersama ini mengajar kami untuk survival bersama dengan orang-orang yang macam-macam pesen. Ada yang gamer, suke korea, suka outdoor activity, yang berpolitik pon ada, yang suka makan nasi saja pon ada, kaki gossip memang ramai, kepala anime pon ade hikhikhik (kita ar tu)...banyak lagi laaaa...

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Jika sekiranya seorang daripada kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari ia beriktikaf selama 2 bulan di dalam masjidku"(Hadith riwayat al-Hakim)

   Apa yang Paah faham laa... Nabi SAW sangat menekankan hubungan persaudaraan kita dengan orang lain dan bukan sahaja ibadah di tempat sujud yang dipenting oleh Islam tetapi turut mementingkan hubungan kita dengan orang lain..Apa kata anda semua? 
    
p/s : Semoga Allah pelihara tali hubungan persahabatan antara kami..Aminn :)

Saturday 12 January 2013

2JaM dALaM BaYanGan 24jAm

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Lapangkanlah dirimu untuk beribadat kepada-Ku, nescaya Aku penuhi dadamu kekayaan, dan mengatasi segala kemiskinanmu. Jika engkau tidak buat, maka akan Aku penuhi dadamu dengan urusan, dan tidaklah Aku tutupi kemiskinanmu.” (Riwayat Tarmidzi dan Baihaqi) 
   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua :)
Alhamdulillah semalam Paah join daurah yang dianjurkan oleh senior-senior. Terima kasih kepada semua yang telah bersusah payah menjayakan program ini dan juga terima kasih pada Kak Hidayah kerana sudi datang beri "talks" walaupun beliau baru pulang dari Jepun. urmm cam skema sangat laaa pula..hehe..Nak dijadikan cerita sebenarnya terlalu banyak perkongsian semalam yang kalau conteng kat sini memang tak terconteng.. Betullah ilmu Allah ini maha luas.. Subhanallah..Tapi, ada satu topik yang seolah-olah menggaru-garu hati ini untuk membuka bicara pada jurnal ini. Cuba renungkan tajuk dan firman Allah kat atas...Mesti semua dah boleh agakkan entri kali ini mengenai ape kan3...
   Ya, benar! Contengan kali ini adalah mengenai berapa banyak masa yang kita luangkan untuk Allah. Jom kita buat kira-kira secara kasar :)
1)Ambil air sembahyang 3min x 5 kali solat wajib =15 min
2)Solat setiap waktu wajib 5min x 5 = 25 min
3) Jumlah 25min+15min = 40 min 
    Cuba kita renungkan, jika kita adalah golongan yang hanya buat ibadah wajib sahaja sehari-hari. Kita hanya luangkan masa untuk Allah hanya 40 minit sahaja. Walhal penyaksian dan pengawasan Allah pada kita melebihi 24 jam. Malu tak? Saya sendiri yang membuat contengan ini berasa sangat malu dengan Allah. 
Jom kita buat kira-kira yang detail sikit:
1) ibadah wajib = 40 min
2) wirik = 5min x 5 kali solat wajib = 25min
3) baca quran 10min x 1 = 10min
4) doa lepas solat 3min x 5solat wajib = 15 min
5) jumlah 40 min+25min+10min+15min = 1 jam 30 min
Jika kita golongan yang buat ibadah wajib dengan sedikit ibadah sunat, kita baru luangkan masa dalam 1jam 30minit.
Jom kita buat kira-kira untuk skop yang lebih kecil:
1) Ibadah wajib dan sedikit ibadah sunat =1jam30min
2) bangun solat waktu malam(taubat, tahajud, sunat, witir) + Zikir harian
    = 30min
3) Jumlah 2jam..(memandai je bajet nak bagi same ngan tajuk..heheh). 

    Ironinya disini nak gambarkan seberapa banyak pun yang kita buat ibadah-ibadah ini tidak akan sampai memakan masa yang banyak sehingga menjejaskan kerja dunia. Jadi kenapa ada antara kita tak sanggup nak luangkan masa yang melimpah ruah ini hanya untuk membaca surat cinta Allah (Al quran ler tu) walaupun hanya untuk 1 bait 1 hari? Tak nak buka Al quran? Tak da masalah sebab sambil-sambil belek facebook boleh belek Al Quran online walaupun untuk 1 ayat. Nasihat untuk diri ini terutamanya, jangan dok kedekut sangat laa...Dahla nak sedekah harta untuk orang lain pun bakhil..Dengan Allah yang boleh uruskan urusan kita pun kita nak buat kedekut dan sombong.Jangan macam tu.. Nak urusan dunia kita mudah dan berkat? Sila refer firman di atas...
  Isi seterusnya, macamana kita nak buat supaya 24 jam kita ni sentiasa dalam ibadah walaupun dalam keadaan tidur? Haa gini tips dia:
1) Sentiasa jalankan ibadah wajib.
2) sentiasa buat ibadah sunat.
3) mulakan setiap perbuatan dengan Bismillah.
4) Buat setiap perkara niat untuk Allah.
5) Iringi setiap derap kaki dengan Istighfar dan zikir.
6) Amalkan sunnah Nabi.Yang simple-simple pun takpa contohnya senyum kat semua orang, ucap salam dll. 
7) Bersungguh-sungguh ibadah dan sungguh-sungguh buat kerja/belajar
    " Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati besoknya"

 Cam senang kan..Tapi nak buat payah ni.. Dah buat? Bagus...Tapi nak istiqamah tu susah kan? Dah istiqamah? Tapi nak ikhlas tu Wallahua'lam..Jangan banyak tapi-tapi.. Kita mula dulu dan usaha takat mana kita mampu..Buat sikit-sikit jangan drastik..Nanti stress sendiri. Nak-nak kalau amalan ini sangat bertentangan dengan amalan kebiasaan kita..Betul tak? 

Allah Taala berfirman dalam surah Al Jumaah ayat 10 yang bermaksud:
“Kemudian setelah selesai solat,maka bertebaranlah kamu di mukabumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak-banykanya(dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya(di dunia dan akhirat).

Tengok Allah sangat faham tentang keadaan kita sampai Allah firman hai si fulan mari solat kejap. Habis solat pergila sambung kerja balik.
  
    Semua orang nak masuk syurga kan? Ke ada yang taknak?urmm Somethings wrong somewhere ler tu.. Tapi dengan amalan kita yang 2 jam tu cukup ke? Tapi jangan silap..Hidup ni bukannya tentang berapa banyak waktu yang kita ada tapi seberapa banyak waktu yang kita isi untuk Allah. Hakikatnya, waktu yang kita ada sangat singkat.
Sampai sini dulu contengan saya..
p/s: contengan ini adalah untuk diri saya dulu yang utamanya(takut cakap tak serupa bikin la tu) dan juga buat yang sudi merenung walau sejenak.