Saturday 12 January 2013

2JaM dALaM BaYanGan 24jAm

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Lapangkanlah dirimu untuk beribadat kepada-Ku, nescaya Aku penuhi dadamu kekayaan, dan mengatasi segala kemiskinanmu. Jika engkau tidak buat, maka akan Aku penuhi dadamu dengan urusan, dan tidaklah Aku tutupi kemiskinanmu.” (Riwayat Tarmidzi dan Baihaqi) 
   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua :)
Alhamdulillah semalam Paah join daurah yang dianjurkan oleh senior-senior. Terima kasih kepada semua yang telah bersusah payah menjayakan program ini dan juga terima kasih pada Kak Hidayah kerana sudi datang beri "talks" walaupun beliau baru pulang dari Jepun. urmm cam skema sangat laaa pula..hehe..Nak dijadikan cerita sebenarnya terlalu banyak perkongsian semalam yang kalau conteng kat sini memang tak terconteng.. Betullah ilmu Allah ini maha luas.. Subhanallah..Tapi, ada satu topik yang seolah-olah menggaru-garu hati ini untuk membuka bicara pada jurnal ini. Cuba renungkan tajuk dan firman Allah kat atas...Mesti semua dah boleh agakkan entri kali ini mengenai ape kan3...
   Ya, benar! Contengan kali ini adalah mengenai berapa banyak masa yang kita luangkan untuk Allah. Jom kita buat kira-kira secara kasar :)
1)Ambil air sembahyang 3min x 5 kali solat wajib =15 min
2)Solat setiap waktu wajib 5min x 5 = 25 min
3) Jumlah 25min+15min = 40 min 
    Cuba kita renungkan, jika kita adalah golongan yang hanya buat ibadah wajib sahaja sehari-hari. Kita hanya luangkan masa untuk Allah hanya 40 minit sahaja. Walhal penyaksian dan pengawasan Allah pada kita melebihi 24 jam. Malu tak? Saya sendiri yang membuat contengan ini berasa sangat malu dengan Allah. 
Jom kita buat kira-kira yang detail sikit:
1) ibadah wajib = 40 min
2) wirik = 5min x 5 kali solat wajib = 25min
3) baca quran 10min x 1 = 10min
4) doa lepas solat 3min x 5solat wajib = 15 min
5) jumlah 40 min+25min+10min+15min = 1 jam 30 min
Jika kita golongan yang buat ibadah wajib dengan sedikit ibadah sunat, kita baru luangkan masa dalam 1jam 30minit.
Jom kita buat kira-kira untuk skop yang lebih kecil:
1) Ibadah wajib dan sedikit ibadah sunat =1jam30min
2) bangun solat waktu malam(taubat, tahajud, sunat, witir) + Zikir harian
    = 30min
3) Jumlah 2jam..(memandai je bajet nak bagi same ngan tajuk..heheh). 

    Ironinya disini nak gambarkan seberapa banyak pun yang kita buat ibadah-ibadah ini tidak akan sampai memakan masa yang banyak sehingga menjejaskan kerja dunia. Jadi kenapa ada antara kita tak sanggup nak luangkan masa yang melimpah ruah ini hanya untuk membaca surat cinta Allah (Al quran ler tu) walaupun hanya untuk 1 bait 1 hari? Tak nak buka Al quran? Tak da masalah sebab sambil-sambil belek facebook boleh belek Al Quran online walaupun untuk 1 ayat. Nasihat untuk diri ini terutamanya, jangan dok kedekut sangat laa...Dahla nak sedekah harta untuk orang lain pun bakhil..Dengan Allah yang boleh uruskan urusan kita pun kita nak buat kedekut dan sombong.Jangan macam tu.. Nak urusan dunia kita mudah dan berkat? Sila refer firman di atas...
  Isi seterusnya, macamana kita nak buat supaya 24 jam kita ni sentiasa dalam ibadah walaupun dalam keadaan tidur? Haa gini tips dia:
1) Sentiasa jalankan ibadah wajib.
2) sentiasa buat ibadah sunat.
3) mulakan setiap perbuatan dengan Bismillah.
4) Buat setiap perkara niat untuk Allah.
5) Iringi setiap derap kaki dengan Istighfar dan zikir.
6) Amalkan sunnah Nabi.Yang simple-simple pun takpa contohnya senyum kat semua orang, ucap salam dll. 
7) Bersungguh-sungguh ibadah dan sungguh-sungguh buat kerja/belajar
    " Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati besoknya"

 Cam senang kan..Tapi nak buat payah ni.. Dah buat? Bagus...Tapi nak istiqamah tu susah kan? Dah istiqamah? Tapi nak ikhlas tu Wallahua'lam..Jangan banyak tapi-tapi.. Kita mula dulu dan usaha takat mana kita mampu..Buat sikit-sikit jangan drastik..Nanti stress sendiri. Nak-nak kalau amalan ini sangat bertentangan dengan amalan kebiasaan kita..Betul tak? 

Allah Taala berfirman dalam surah Al Jumaah ayat 10 yang bermaksud:
“Kemudian setelah selesai solat,maka bertebaranlah kamu di mukabumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak-banykanya(dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya(di dunia dan akhirat).

Tengok Allah sangat faham tentang keadaan kita sampai Allah firman hai si fulan mari solat kejap. Habis solat pergila sambung kerja balik.
  
    Semua orang nak masuk syurga kan? Ke ada yang taknak?urmm Somethings wrong somewhere ler tu.. Tapi dengan amalan kita yang 2 jam tu cukup ke? Tapi jangan silap..Hidup ni bukannya tentang berapa banyak waktu yang kita ada tapi seberapa banyak waktu yang kita isi untuk Allah. Hakikatnya, waktu yang kita ada sangat singkat.
Sampai sini dulu contengan saya..
p/s: contengan ini adalah untuk diri saya dulu yang utamanya(takut cakap tak serupa bikin la tu) dan juga buat yang sudi merenung walau sejenak.


No comments:

Post a Comment