Friday 11 January 2013

KamI LaWaN TaPi KaMi KawAn

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian (jika ada yang sudi baca)... :)
  Alhamdulillah petang tadi telah berlangsung satu perlawanan bola sepak antara pasukan dari JKS dan JBI batch kami. Permainan memang sangat sengit sehingga kedua-dua pihak hanya berjaya menjaringkan 1 gol sahaja untuk setiap pasukan sepanjang perlawanan berlangsung. Memang tak dapat dinafikan dalam padang memang masing-masing gasak secara fizikal dan mental... Tu bahagian pemain, tak masuk lagi bahagian penyorak..hahaha tok sah cerita laa bersungguh semua tukang soraknya, yang tukang komen pun ramai (Paah pun termasuk la tu..). Walau apa pun kami sangat bangga dengan pasukan kami(JKS) dan pihak lawan kerana masing-masing dapat bermain secara profesional..  
    "TAHNIAH!! ALHAMDULILLAH... PERLAWANAN EL CLASICCO JKS VS JBI YG BERKESUDAHAN SERI 1-1... DALAM PADANG KITA BERMUSUHAN, TETAPI HAKIKATNYA KITA BERKAWAN... HIDUP JKS, JSK & JBI COHORT 6...."(ucapan Arfi aka pemain JKS).
Antara pemain yang terlibat ialah Dino, Syamer, Asy Syahid, Afiq, Shahril, Ihsan, Shahrul, Firdaus, Paan, Arie, Hazim, Din, Aril, Syawal, Aje, dan Arfi. Tahniah dan terima kasih kepada perjuangan anda semua...

   Begitulah hendaknya kita dalam hidup ini... Bersaing dalam semua bidang bagi hasilkan produk yang berkualiti tanpa sebarang penindasan dan permusuhan. Jangan kita jadikan perbezaan pendapat, pihak, idea, fahaman atau perbezaan politik sebagai asbab untuk kita ranapkan ummat yang sememangnya sudah retak ini. Sudah cukup sudah...Bersainglah secara sihat dengan banyak muhasabah diri dan perbaiki kelemahan dengan menjadikan kekuatan pesaing kita sebagai contoh.


    Contohnya sahabat-sahabat Nabi SAW sendiri, setiap hari berlumba-lumba untuk mengerjakan ibadah demi mendapatkan keredaan Ilahi malah mereka akan merasa cemburu jika melihat ada diantara mereka yang melakukan ibadah melebihi diri sendiri. Maka mereka menjadikan kelebihan saingan mereka sebagai semangat untuk mereka terus istiqamah mengerjakan ibadah. Tetapi persaingan ini tidak pernah menjadikan mereka ummat yang lemah bahkan jauh lagi gagah dari pasukan-pasukan pihak lawan dek kerana satu hati mereka tekad dan bulat hanya untuk Allah.

    Janganlah kita ni buat keras kepala sangat, bodoh sombong kata orang. Kata orang lagi, cerdik tak boleh nak ikut, bodoh tak dapat nak diajar. Kita ni pun bukan bagus sangat kerana sehari-hari dalam hidup kita ni banyak berat sebelah kiri jika nak dibanding sebelah kanan.. 
Sebagaimana maksud daripada sabda junjungan manusia iaitu, Yang paling Allah benci ialah yang keras kepala dalam perbalahan ( Riwayat bukhari dan muslim )..

     Alhamdulillah, secara tidak langsung, pasukan bola sepak IPGKBA telah berjaya mencontohi amalan para sahabat dalam meneruskan perjuangan sepanjang berada di kampus ini..semoga berpanjangan laaa hendaknya...ye dop...
Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Al Anfai:63)

P/s: contengan ini khas untuk diri sendiri terutamanya dan pada yang sudi merenung sejenak :)

1 comment: