Thursday 3 January 2013

Ujian Susah Senang...

3/1/2013..Assalamualaikum dan salam sejahtera...Hari ini Paah pergi buat urusan untuk mengambil keputusan peperiksaan. Alhamdulillah keputusan kali ini sangat baik berbanding keputusan-keputusan yang lepas. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hati ini kerana rezeki yang dikurniakan ini dapat juga merasa pointer itu. Terima kasih kerana bantuan kawan-kawan terutama Lina(best buddy) , Amal, Aqidah dan Syamer yang banyak membantu ketika tugasan berkumpulan. Terima kasih juga buat Diyana, Alia dan Arifah yang sudi buat ulang kaji sama-sama. Seterusnya besar tersangat besar syukur dan terima kasih kepada Allah kerana menghadirkan insan-insan ini sebagai pembantu.
  
     Post kali ini bukanlah Paah hendak berbicara tentang keputusan peperiksaan tetapi tentang keadaan individu yang menerima keputusan peperiksaan. Tidak kira sama ada dalam keadaan berjaya atau tidak berjaya. Mengetahui tentang sesuatu hakikat menjerumuskan kita dalam dua dimensi yang berbeza iaitu gembira dan duka. Namun, sedarkah kita yang bahawa gembira dan duka kedua-duanya ialah ujian yang Allah turunkan kepada kita untuk jadikan kita insan yang lebih baik? Seperti sabda Nabi SAW :

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

    Hakikatnya, kita tidak boleh elak dari perasaan sedih dan gembira tetapi cara kita mengawal perasaan itu yang penting... kita bersabar, kemudian bersyukur. Hadirnya dua elemen ini akan membentuk redha. Ramai orang mampu bersabar tetapi sukar untuk bersyukur terutamanya ketika menempuhi kesusahan dan kerisauan. Sebab itu kadang kala kita sabar dengan ujian yang diberi tetapi hati dan perasaan kita masih terkenang dan meratap kesakitan kerana menahan dugaan tersebut.

   Oleh itu, jangan laahhh bersedih Laa tahzan, innallahama'ana.. jangan bersedih, Allah itu ada..Ada dekat dengan kita.. Dia dengar, Dia atur, Dia Laksanakan dan Dia beri. Tugas kita... kita usaha, kita doa, kita tawakkal, kita sabar, dan kita syukur. Paah membuat contengan ini berdasarkan pengalaman sendiri. Pengalaman kecewa, kadang-kadang putus asa pun ada.. Namun, Allah itu ada dan Dia tidak pernah tinggalkan kita..Bagi yang sedang bersedih dengan pelbagai perkara sekarang..Nabi SAW pernah memujuk kita semua..Sabda Nabi SAW :
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)..

Jadi selagi kita mukmin apa jua yang menimpa kita adalah baik untuk kita..selagi Allah reda dan bersama kita..So keep it up guys!!!!kita sama-sama belajar, sama-sama usaha untuk jadi lebih baik dari semalam. In Sya Allah.

p/s: blog ini dituju kepada diri sendiri khususnya :) 

No comments:

Post a Comment