Saturday 5 January 2013

Shut up Global Fashions COZ These are mine...(Siri 1)

6/1/2013.. Assalamualaikum dan salam sejahtera.. :)
   In sya Allah hari ini Paah nak conteng pasal fashion yang sangat dititik beratkan oleh hampir seluruh manusia atas muka bumi ini. Yang mana jika seseorang tu berfashion dengan fashion yang pelik atau janggal atau yang sewaktu dengannya akan dipanggil dan digelar sebagai "Penjenayah Fashion"!!!!! Secara amnya ramai yang percaya bahawa rukun pemakaian menyatakan pemilihan warna pakaian yang betul ialah:
1) pemilihan warna yang tidak lebih dari 3 warna.
2) sesuaikan warna pakaian dengan warna kulit.
3) warna yang sesuai dengan keadaan contohnya malam atau siang.
4) mengenakan warna pakaian mengikut hari.
5) blah...blah...blah...

   Fashion Paah pula mungkin ada yang menurut rukun dan ada juga yang tidak ikut langsung. dari segi pemakaian formal (baju kurung), Paah akan pakai je yang mana ada dan warna ikut pilihan hati tidak mengikut hari atau kesesuaian dengan warna kulit pun... Paah akan sesuaikan tudung dengan warna bunga pada kain baju. Kalau bunga warna merah terang menyala..merah menyala laa jawabnya tudung yang dipakai dan memang kebanyakan tudung Paah warna "striking". Haa hasilnya di kampus mesti statement ini yang akan didengar:
1) Paah! merah menyala hari ini!
2) Paah! dari jauh dah nampak dah.
3) Amboi, merahnya mek sorang ni.

Jawab Paah:
1) Mestilah kalau hilang senang cari.
2) Saja..takut hilang.

   Kalau tidak formal, Paah akan mengenakan warna tudung sama dengan warna baju cuma ton warna sahaja yang lain supaya nampak kelainan(apa yang lainnya?haaa tu yang kita tak tahu). Contohnya, kalau baju warna hijau tua, Paah akan pakai tudung hijau pudar..
 
   Jika ikut warna yang Nabi SAW pakai pula, melalui beberapa hadis, ada yang menyatakan Nabi memakai pakaian warna putih, hijau, hitam, merah, dan warna campur-campur. 

Imam Bukhari meriwayatkan hadis daripada Anas r.a, beliau(Anas r.a) pernah melihat : " Nabi s.a.w menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak (pelbagai) warnanya ". 

Dari Muhammad Basyar dari Abdur rahman bin mahdi dari Ubaidullah bin Iyad dari bapanya yang bersumberkan dari Abi Ramsah r.a katanya : " Aku melihat Nabi s.a.w memakai dua helai kain berwarna hijau bergaris-garis ".

    Paah pun tidak faham dengan sesetengah orang yang terlalu menitik beratkan pandangan orang terhadap cara pemilihan warna pakaian mereka. Maksud Paah kenapa kita terlalu risaukan apa tanggapan orang pada kita? Selagi warna itu kita suka dan puas hati apa masalahnya. Kalau pelik sangat pun..so what? Ya memang orang akan bercakap tapi biarlah..Ini kan diri kita, milik kita untuk memilih apa sahaja warna.. Selagi mana pakaian kita mengikut syara'. Daripada kita fikirkan warna pakaian tu akan dikutuk orang baik kita fikir warna baju yang kita pilih itu sebagai mengikut sunnah Nabi ke, sebagai simbol kesucian ke, keamanan ke..Supaya pemilihan warna pemakaian juga mampu menjadi ibadah kepada kita.. Betul tak? Yang lagi penting niat kita.. Sama ada niat kita pilih warna itu supaya meningkatkan keyakinan sendiri dan kepuasan diri atau untuk dipuji orang(ingat jangan sampai timbul riak..bahaya doooo)..

   Sampai sini sahaja contengan untuk hari ini, selamat menghiasi diri dengan warna-warna yang indah supaya diri kita juga indah dan yang penting hiasilah diri kita dengan akhlak yang indah bukan pada pakaian semata-mata.
     


No comments:

Post a Comment