Saturday 26 January 2013

MiSTeRi AnaK KeMbAr....

Tempat : Villa Rayleigh
Masa : 2 pagi.
 "Tolong abang!!! Ampunkan saya bang... Saya janji saya bertaubat!!Abang tolong jangan bunuh saya dan anak-anak.. Tolong abang..", rayu Alin kepada suaminya. "Arghh!!Dasar isteri derhaka! Itu bukan anak aku! Kau tipu aku! Kau buat hubungan dengan jantan lain!!... Ini balasan kau!! argh!!!!" balas suaminya sambil melibas kepala Alin dengan batang kayu...

Tempat : Butik Amna
Masa : 11 pagi.
" Apa?!!Amna kau kahwin dengan Ezi dengan syarat? Jadi, Kau ngan Ezi bukan kahwin pasal cinta??", Terkejut Maira mengetahui tentang keadaan rumahtangga Amna yang baru dibina selama 2 bulan itu. "Amna, kau tak rasa ke apa yang kau buat ni akan buat hidup kau sendiri seksa. Apa kata mak ayah kau nanti?" marah Maira akan tindakan bodoh Amna itu. " Seksa apanya? Kami dah bincang dan aku rasa ini jalan paling cerdik. Dah mak ayah aku nak sangat aku kahwin. Mak ayah Ezi pun sama. Alang-alang dah senasib kahwin laa selesai masalah. Kan dah senyap mulut diorang. Dah tak kecoh cam dulu. Kalau tak , berdering je laa telefon aku tu.." balas Amna bersahaja. "Kau ingat sampai bila mulut mereka akan tutup? Mereka nak cucu Puan Amna Ooooiiii" Maira cuba ingatkan Amna. "Isy! mana boleh! Hari tu mereka kata nak menantu je..Takde dengar pun nak cucu. Mana aku nak cekup anak nak bagi kat diorang", balas Amna lagi. "Amna, Amna.. Apa ke betulnya laa kau ni sorang. Diorang minta kau kahwin pasal nak cucu laaa..Takkan kau tak faham lagi kot..", kata Maira sambil menepuk dahi mengenangkan kelurusan sahabat baiknya itu.

    Sebenarnya, perkahwinan Amna dan Ezi hanyalah kepalsuan semata-mata bagi menutup mulut ibu bapa kedua-dua mereka. Sememangnya Ezi dan Amna sahabat baik sejak dari mereka belajar di kolej lagi. Namun, masing-masing hanya menganggap hubungan yang dibina tidak lebih dari ikatan persahabatan sahaja. Setidak-tidaknya Amna sedaya upaya menyembunyikan perasaannya. Setelah masing-masing menghabiskan pelajaran, Amna telah memulakan perniagaan sendiri dengan membuka Butik Amna manakala Ezi pula jurutera di syarikat Dato' Azhar. Ezi bersetuju untuk menikahi Amna tetapi dia telah mengenakan syarat terhadap masjid yang dibina mereka iaitu Ezi tidak akan melayannya seperti suami-suami lain melayan isteri-isteri mereka. Namun, Amna akur. Pada Amna, cukup hidupnya tidak didesak oleh kedua ibu bapanya. Pada Amna juga cukup kariernya sebagai pereka fesyen sebagai pemuas hidupnya selama hayat dikandung badan.

 "Habis yang kau dok dalam rumah tu jadi orang gaji la??" " eh, taklah..Ezi takkan nak biar aku jadi orang gaji pula.. Aku tolong Ezi buat kerja rumah je.." " Adoiilaaa Amna.. apa bezanya?? Aku rasa orang gaji lagi untung.. Atleast dapat gaji yang kau dapat apa?? Habuk pun tarak.." " Maira tak baik cakap camtu... Ezi kerja siang malam penat tau.. Sekurang-kurangnya dapat kurangkan beban Ezi.." " Beban kau pula siapa nak ringan kan??" " Maira kau kan ada... Ku luahkan apa yang jadi kat aku dah hilangkan beban yang ku tanggung dan aku tak pernah rasa beban Maira..Malah aku akan rasa lagi bersalah kalau tak jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri dalam rumah kami.." " Amna baik sangat kau ni.. Aku tak tahu laaa kenapa Ezi tak cintakan kau.." "Mungkin sebab aku pun tak cintakan dia", balas Amna. "Yeke kau tak suka Ezi?? Perempuan takkan sanggup buat semua ni melainkan untuk orang yang dia sayang.." Amna diam seribu kata..Dia juga keliru dengan perasaannya.

Tempat : Rumah Ezi & Amna
Masa : 8.30 malam.

   Amna menghidang makan malam buat Ezi. Sememangnya Amna sangat menjaga keperluan Ezi sepenuhnya dan menjalankan tanggungjawabnya kepada Ezi tanpa sebarang penyesalan. Pada Amna, apa yang dibuat tidak mampu membayar pengorbanan Ezi yang sudi mengahwininya walaupun tanpa Amna sedari yang dia juga turut pertaruhkan masa depannya. Pada Ezi pula, urusan cinta dan hati dia masih lagi dalam kabur dan yang pastinya bukan Amna pilihan hatinya.

"Assalamualaikum bulat!" sergah Ezi dari belakang. Waalaikumusalam ketot! Eh, awal pula Ezi balik malam ni. Skip Isyak ek??",usik Amna. "Tak tahan laa Amna.. Lapar.. Dari petang tadi tau Ezi tak makan", balas Ezi. "Hah! satu lagi, bukan bulat tapi comel!!" kata Amna. "Comella sangat... Dahtu Ezi mana ada ketot... Tinggi apa?" "Tinggi apa camni? Kenet ja" balas Amna lagi."Tinggi la pada awak yang katik tu..Hahahaha!!" seronok Ezi dapat mengenakan Amna. "Isy kalu mengata orang nombor satu...Yelaa Ezi laa yang tinggi lampai, dada bidang cam Fahrin Ahmad, Handsome macam Fizo Omar..(tipunya aku Ya Allah sambil tangan ke bahu mata tengok atas)..Duduk laa makan.." Amna mengalah sambil menyuapkan sesuap nasi pada Ezi.
 Sememangnya Amna akan menyuapkan sesuap makanan kepada Ezi sebelum Ezi makan sendiri dan Ezi hanya akan membuka mulut dan menerima suapan Amna. Tanpa Ezi sedari, sebenarnya dia sangat suka apabila dilayan sebegitu oleh Amna. Mungkin kerana layanan Amna yang baik membuatkan Ezi tak pernah memandang perempuan lain dan dia juga melayan Amna dengan baik sekali.

  "Ezi, tadi Maira cakap yang mak ayah kita nak cucu nanti.." "Hah! mak ayah kita nak cucu? Bila diorang cakap?" " Bukanlaaa itu Maira yang cakap..." " Oooohh Maira... Isy sibuk je laa dia tu.. Eh dia dah tau pasal kita?? Amna kan kita dah janji.." "Maaf Ezi.. Terlepas cakap..Tak sengaja" " Tula mulut banyak sangat. Seminit kalau berhenti bercakap sawan agaknya..", sinis Ezi membidas Amna. Amna hanya mampu mendiamkan diri dan dia akui kesalahannya... Memberitahu Maira bermakna membuka pekung perihal rahsia bilik tidur antara dia dan Ezi walaupun Amna yakin yang dia boleh percaya kepada Maira. " Maaf Amna, Ezi takut Maira buka mulut pasal kita... Masak kita ngan mak ayah kat kampung nanti" kesal Ezi yang menghambur Amna.."Jangan risau Ezi.. Amna yakin pada Maira.." pujuk Amna meyakinkan Ezi..

Bersambung...
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu." 

Kerana cinta itu milik Allah...

p/s : Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kisah ini adalah rekaan semata-mata untuk melahirkan imaginasi dan idea.. Jika ada yang tak puas hati pasal penulisan ni boleh komen kat bawah atau terus cakap kat ku ea..    

4 comments: