Thursday 31 January 2013

MiSTeRi AnaK KeMbAr... #3



Tempat : Rumah Ezi & Amna.
Masa : 5 petang.

   "Assalamualaikum..." Ezi memberi salam dengan nada lembut kepada Amna yang berada di dapur untuk memujuk. Namun Amna diam tidak mengendahkan Ezi. "UAI cakap tak baik orang bagi salam kita tak jawab, dosa tau..Nak-nak suami yang bagi salam", sempat Ezi mengusik Amna sambil meneguk air yang disediakan Amna. Sudah menjadi kebiasaan Amna akan menyambut kepulangan Ezi dengan segelas air dan bezanya hari ini, gelas itu diletakkan di atas meja dan bukan diberi kepada Ezi. "Waalaikumusalam", jawab Amna perlahan. "Marah lagi ke??", Ezi cuba memujuk dan Amna masih diam sambil terus membuat kerjanya. "Kalau ada...neh!!!!" Ezi menunjukkan sebungkus beg kertas dan Amna memang sangat mengenali beg kertas ini. "Kalau yang ni...Dah okay.. Terima kasih Ezi", Amna tersenyum mendapatkan chicken wings kegemarannya dan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku antara dia dan Ezi. " Dah agak dah.. Buat apa ni?", Ezi menyoal Amna melihatkan meja yang penuh dengan barang masak Amna. "Durian crepe! Yang ni dah siap..Makanlaa..Jadi tak?" "Makan ni? Sekarang?"soal Ezi mendapatkan kepastian."Yelah..Kenapa?? Memanglaa tak sejuk tetapi boleh makan", jawab Amna sambil tersenyum. Namun Ezi hanya membelek-belek durian crepe yang tersusun di atas pinggan dihadapannya. "Apa masalahnya? Nah.." Amna terus mengambil sebiji durian crepe lalu menyuap kepada Ezi. "EEMMmmm sedapnya... Buatlaa banyak-banyak", minta Ezi sambil menikmati durian crepe suapan Amna. "Haaa Amna dah asingkan ade tiga pinggan. Satu untuk kita makan, dua lagi untuk Uncle Wong dan Kak Lisna sebelah rumah tu", Amna mengingatkan Ezi. "Alaaa buat apa? Kita makan kita-kita jelaaa. Nak bagi buat apa?" rungut Ezi. "Diorang tu jiran Ezi..Lagipun Kalau kita keluar, Uncle Wong yang tolong jagakan rumah. Kak Lisna pun selalu bagi kuih yang dia buatkan" "Alaaa anjing uncle Wong yang jaga, dia tidur sajo..Kak Lisna tu bukan sedap kuih dia buat. Kadang-kadang warna ungu tapi rasa pisang. Warna merah rasa oren..Yang paling tak boleh terima agar-agar yang dia buat rasa cam ubat gegat tu..Hahahaha", Ezi mengingatkan Amna keadaan sebenar. "Tak apalah. Kadang-kadang je macam ubat gegat..Tapi kadang-kadang macam minyak gamat pun ada", serentak Ezi dengan Amna ketawa mengingatkan kuih-muih yang pernah Kak Lisna beri kepada mereka.

Tempat : Rumah Ezi & Amna
Masa : 6 petang.
    Amna meluru ke dapur untuk mendapatkan durian crepe hasil tangannya untuk diberi kepada Uncle Wong dan Kak Lisna..Sebaik sahaja Amna membuka peti alangkah terkejut melihat pinggan-pinggan didalam peti bersama sekeping nota. "Amna, Ezi makan sedikit crepe tu..Tapi tanpa disedari urmm termakan banyak pula tapi cukup laa untuk Amna dan jiran-jiran kesayangan Amna tu. "EEEEEEZZZZZZIIIIIiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Amna menjerit kegeraman. Mana tidaknya, Ezi hanya meninggalkan sebiji durian crepe dalam setiap satu pinggan.Sebiji untuk Amna, sebiji untuk Uncle Wong dan sebiji untuk Kak Lisna. Nampak gayanya Ezi terpaksa membelikan chicken wing ayam madu lagi kepada Amna.

Tempat : Rumah Ezi & Amna
Masa : 2 pagi.
     Ezi terjaga dari tidur memandangkan dia telah tidur awal malam itu. Mungkin kerana kekenyangan dengan durian crepe buatan Amna. Tekaknya yang kering memaksa Ezi untuk mengatur langkah ke dapur. Sempat Ezi mengintai setelah menguak daun pintu bilik Amna untuk menjenguk si ciliknya. Di dapati Amna sedang solat. Sama ada Amna solat isyak atau solat sunat malam dia sendiri pun tidak pasti namun, apa yang dia tahu Amna tidak pernah solat isyak lewat. Ezi terus pergi ke dapur mendapatkan segelas air masak. Selesai tegukan terakhir Ezi termenung memikirkan jauhnya beza antara dia dan Amna. Sentiasa Amna akan mendahuluinya tidak kira dalam urusan seharian mahupun dari segi agama. Mungkin itu yang menyebabkan Ezi sentiasa rasa ketinggalan nak dibanding Amna. Walaupun saiz memang jelas Ezi berjaya menandingi Amna namun sewaktu berhadapan dengan Amna dapat dia rasakan seolah-olah dia semut kecil yang terapung di tengah lautan yang terbentang luas. Sedikit demi sedikit Ezi mengubah cara hidupnya dengan hasrat suatu hari dia dapat berdiri dengan sama darjat seperti Amna.Tiba-tiba....
"Assalamualaikum, hello. Ya?", Ezi menjawab panggilan telefon Amna yang berdering dan berjaya menyedarkannya daripada lamunan. "Hello, ini Puan Amna? Saya suami Sonia", kedengaran suara garau lelaki menjawab di hujung talian. "Dia sedang tidur. Ada masalah apa ya telefon dia malam-malam ni?", soal Ezi mendapatkan kepastian. "Maafkan saya encik, tetapi boleh tolong maklumkan kepada puan yang isteri saya telah selamat bersalin", pinta Michael kepada Ezi. Sonia merupakan wanita yang bekerja di butik Amna dan Amna sangat menyayanginya dan menganggapnya sebagai adik sendiri. Mungkin kerana itu Amna merupakan orang pertama yang menerima berita kelahiran anak pertamanya. "OOoo.. Tahniah..Ok nanti saya bagitahu dia", jawab Ezi ringkas.

Tempat : Cute Baby (Kedai barangan bayi)
Masa : Pukul 11 pagi.

Gambar hiasan
   Setelah mengetahui Sonia telah selamat bersalin, semalaman Amna tidak dapat melelapkan mata. Awal-awal pagi lagi dia sudah mengajak Maira ke kedai untuk membeli pakaian dan keperluan bayi untuk dihadiahkan kepada anak Sonia. Tidak dia menjangka Sonia akan bersalin secepat ini, dua minggu lebih awal daripada jangkaan doktor.Sewaktu asyik meneliti baju-baju yang ada, Amna terpandang kepada dua pasang baju untuk bayi kembar berwarna kuning dan biru. Seperti ada yang berbisik memanggil Amna mendapatkan baju-baju tersebut. Namun, Amna terpaku merenung sahaja. Memandangkan baju itu, hati Amna menjadi sayu dan tersentuh. "Amna! Laa... Mengelamun pula..Cepatlaa pergi bayar..Cukup-cukup laa tu...", Maira menegur Amna melihatkan Amna yang berdiri kaku termenung. Mungkin Amna sedang memikirkan barang-barang yang hendak dibeli lagi sangka Maira. "Mai, cuba tengok baju dua pasang tu..Comelkan..Untuk anak kembar..", kata Amna kepada Maira. "Baju kembar apanya? Mana Ada..Dahla Sonia lahir bukan anak kembar. Cepat pergi bayar. Kita nak kena cepat nanti nak lunch lagi, nak buka jaga butik lagi", gesa Maira tidak mempedulikan Amna yang masih lagi kelihatan kebingungan. Sebelum melangkah keluar dari kedai sempat Amna menoleh ke tempat baju kembar yang dilihatnya tadi. Namun, baju itu sudah tiada. Mungkin sudah ada orang yang beli fikir Amna...

Bersambung...

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap temannya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap jirannya.” [Sahih, At-Tirmidzi, Ahmad, Darimi dan Hakim]


 Kerana cinta itu milik Allah...

p/s: Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca..Misteri kita sudah mula memainkan irama. Ingin tahu apakah kaitan antara bayi kembar dengan Amna dan Ezi?? Teruskan pembacaan anda pada siri akan datang :)






2 comments: