Wednesday 9 January 2013

Dr. Putus Cinta....^^

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ada komen dari teman-teman supaya meletakkan lebih banyak gambar pada setiap entri yang Paah post jadi post kali ini akan Paah semat lebih banyak gambar in sya Allah (sekadar gambar hiasan). Berikut adalah perbualan antara dr. Paah dan pesakit pertama beliau.

 Pesakit : Dr Paah, macamana saya nak rawat hati saya yang terluka ini? Teman lelaki saya tinggalkan saya sudah...
Dr Paah : Haa memang betulla tempat rujukan awak ni..Awak dengar apa saya cakap dan cuba praktikkan dalam kehidupan awak sekarang supaya tidak lagi awak berhati walang.


  Berapa ramai pembaca(kalau ada yang baca) di luar sana yang pernah mengalami keadaan begini, sedang mengalami atau akan mengalami? apakah tindakan anda. Haaa meh Paah ajar ye..Baik lelaki atau perempuan, jika ditinggalkan oleh pasangan masing-masing perkara pertama yang sepatutnya anda fikir ialah anda ingin bekas pasangan anda itu bahagia dan bukannya apa kekurangan dan kesalahan anda. Rasionalnya, jika pasangan anda itu tidak bahagia sewaktu bersama anda so whats the point? Nak-nak kalau pasangan kita tu seorang yang sangat baik. Setidak-tidaknya pernah berbuat baik pada kita. Layakkah kita yang tidak sebaik dia untuk berdamping dengan dia? He or she deserve better kowt. Bagus sangat ke kita ni untuk bersama dengan orang sebaik itu? Jadi cara terbaik sebagai bukti sayang kita pada dia, lepaskan dia dengan orang lain asalkan dia bahagia. Bukankah kalau kita sayangkan seseorang kita nak dia bahagia? Dan apabila melihat orang yang kita sayang bahagia tidakkah kita juga turut rasa kebahagian itu (hakikatnya sakit ati dooo).

   Perkara kedua, barulah anda fikir apa kekurangan anda. Jika anda merasakan diri anda tidak bersalah! Jadi layakkah orang yang buat kita sakit hati tu miliki kita yang baik ni? we also deserve better kowt..kan3? I meant ape kurangnya aku? aku perempuan/lelaki jugak pe. Ehummm... kalu yang separuh-separuh tu kite bincang kat entri lain ye... Fikirla..kalau pasangan kita tu baik sangat takkan lah boleh dia suka dekat orang lain. Apa yang baiknya dengan orang yang tidak setia? Bersyukurlah dia tinggalkan kita sewaktu tiada ikatan yang sah. Kalau dia tinggalkan kita dalam keadaan bunting ke, beranak 12 ke, tak ke naya? Mahu tunggang langgang hidup. Tambahan pula, inilah masanya untuk anda berfikir sejenak, mungkin perpisahan ini adalah panggilan Allah/ Tuhan untuk kita balik berdamping dengan Dia. Ingat!! Orang yang memiliki cinta Allah telah miliki segala yang diperlukan..(tengah berusaha ke arah itu).. Ambil keadaan ini dengan reda, syukur dan sabar in sya Allah anda akan dapat yang jauh lagi baik.


     Boleh nak sedih, tapi sedih 3 hari cukup laa.. Buat apa nak sedih lama-lama? 3 hari tu pun dah lama la tu? Apa nak kisah dia tak nak kita? Ramai lagi yang ada. Ada yang kurus, yang gemuk, yang sedang-sedang, yang lonjong, yang bulat, yang putih, yang hitam putih, macam-macam. Nak sedih lama-lama buat apa? Tomorrow never die bak kata omputeh. Orang kita kata selagi tak kiamat adala esoknya. Apa yang penting bukan kesedihan tu, tapi pengharapan kita untuk ada pasangan yang abadi hingga ke syurga.

"Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (Ar-Rahman:56-58)"

    Ayat ini bukan sahaja untuk laki-laki. Malah untuk perempuan sama. Nak booking  bidadari n bidadara cam ayat kat atas? Ikut perintah Allah tinggal laranganNya, amr makruf nahi munkar dan hablu minallah wa hablu minannas. (cakap senang doo..nak buat tu yang...susah dak? Pasal kita ni xdak laa baik mana pon). Tak lari gunung di kejar bak kata nenek Paah. Perpisahan memang memeritkan dek kerana memori yang dijalani bersama tetapi reda dan syukur kerana setiap pertemuan yang berakhir dengan perpisahan, akan Allah hadirkan sesuatu yang lebih baik. Believe it or not? Just believe it. Setidak-tidaknya, kita masih ada anggota badan, ada kawan, ada parents, ada family dan ada pet.

   Sampai di sini sahaja contengan Paah kali ini. Entri ini bukanlah untuk mempersendakan sesiapa tetapi sekadar untuk renungan bersama. SesungguhNya kita sentiasa di cintai oleh Allah kerana kita makhlukNya, kita dirindui oleh Nabi SAW kerana kita ummat baginda.Alhamdulillah. Jangan kita benci orang yang tinggalkan kita tetapi doa untuk kebahagiaan si dia sebagai saudara kita.
 “ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim). <3

No comments:

Post a Comment