Sunday 10 July 2016

Kekasih sendiri Jodoh orang lain

 Hari ni ku ada baca luahan hati seorang minah ni. Kesian dia... sebab kekasih hatinya sudah bertunang dengan orang lain. tak cukup dengan itu lagi rabak hati minah ni sebab kekasihnya bertunang dengan baju raya yang mereka beli sama-sama nak sedondon. Sekali sedondon dengan si Dia yang kau sangka perampas. Cinta tidak kesampaian adalah perkara sangat ditakuti oleh ku sendiri dan dah jadi kepada minah ni dan ramai lagi orang lain sebenarnya. Hakikatnya itulah kehidupan. Kita boleh cari, usaha dan jaga tapi semua yang kita rasa dan sedar milik kita rupanya bukan milik kita. Itu milik Allah. Bukan nak cakap salah Allah tapi nak cakap betapa kerdilnya diri kita. Rezeki, jodoh dan ajal itu ketentuan Allah. Walaupun kita berusaha banyak mana pon tapi Allah sudah tetapkan siapa yang terbaik dan apa yang terbaik untuk kita. So dalam sedih-sedih pun tetap kena percaya kepada Allah. Mungkin apa yang dilalui sekarang walaupun perit adalah yang terbaik untuk masa depan..kalau bukan di dunia sekali pun di akhirat adalah pengharapan terbesar kita sebab di sana tempat kekal abadi.

Setakat ni, dari segi hubungan ku dengan BF ku masih tidak ada masalah dan ku harap Allah panjangkan jodoh kami ke syurga. Tetapi Allah bagi dugaan ku bertemu dengan orang yang menipu tetapi malangnya penipu ini tidak anggap dirinya menipu. seberapa banyak yang aku hilang terpaksa ditanggung 10 tahun dan setiap masa ku terkenang perbuatan orang itu. Allah sahaja yang tahu. Betapa sakit hati bila tidak mampu nak lupakan perbuatan orang walaupun dah cuba memaafkan. Jangan ditanya apa dosa kita sebab takut bila buku amalan kita ditunjukkan lebih baik kita tak payah tahu. Sedangkan bercouple tu pun dosa. Kalau bertahun-tahun bercouple? Dosa..dosa..dosa..Malas laa nak ulas kenapa bercouple tu dosa sebab... malu...

So apa yang boleh kita buat, move on, biar petir membelah langit sekalipun dunia tidak akan hancur sebelum kiamat. Selagi dunia tidak hancur dan hayat dikandung badan kena teruskan hidup. Ingat kita ada mak, ada ayah, ada adik beradik, ada kawan-kawan yang lagi lama bertahun-tahun kenal kita. Apa yang ada ini sudah harapan kita (kata HAMKA).


Sunday 6 September 2015

Diari Guru 9 Bulan..1

"Jie, boleh aku tau? Sepanjang kau jadi guru selama 9 bulan ni.. Kau enjoy tak?" tanya Im kepada Jie sejurus sahaja mereka duduk di barisan kerusi guru bagi perhimpunan mingguan. Laju sahaja Jie menafikan yang dia enjoy dengan kehidupan sebagai guru. "Tak enjoy langsung Im. Aku stress sampai aku rasa nak berhenti terus jadi guru. Kalau mak bapak aku orang kaya, sudah lama ku berhenti," jawab Jie dengan penuh semangat. Sebenarnya, Jie agak kehairanan dengan soalan yang diajukan Im. Bukan apa, walaupun kemasukan mereka ke sekolah tersebut adalah pada tarikh yang sama namun, hubungan Im dan Jie tidaklah rapat. Bahkan kadang kala Jie dapat merasakan dirinya seolah-olah disisihkan oleh barisan rakan-rakan baru yang sama memulakan kehidupan guru di situ. Agak berbeza dengan Im. Im lebih banyak bergaul dan rapat dengan guru-guru baru yang lain juga cepat sahaja mesra dengan guru-guru yang sudah lama mengajar di sekolah itu. "Kenapa?" tanya Jie ringkas. "Tidaklah. Aku lihat antara kita semua hanya kau seorang macam tak kisah dengan apa yang berlaku. Kau yang nampak paling bahagia dan enjoy dengan sekolah. So, aku ingat kau suka mengajar. Bukan itu saja, even kau ambil CRK atau MC pun tak ada siapa-siapa nak bising. Lain macam aku dan Lin. Pantang kami CRK ramai mulut berbunyi. Aku bukan apa, rasa tak sedap juga kalau-kalau ada yang tidak puas hati." terang Im dengan panjang lebar kepada Jie. Sekarang Im faham. Selama ini dia merasakan seolah-olah dia dibebani dengan perasaan yang amat menyakitkan. Walaupun dia sendiri tidak tahu menggambarkan bagaimana keperitan itu cuma yang mampu dia ungkapkan dia tidak suka menjadi guru. "Im, aku pernah terbaca satu blog yang dikarang oleh guru lama laa juga. Tulisannya mengatakan, tiga tahun pertama menjadi guru memang akan membuatkan kita rasa tidak seronok, penat tertekan dan macam-macam lagi. Seolah-olah itu lumrah guru-guru baru macam kita. Tetapi, alah bisa tegal biasa kita akan selesa dan tidak seperti yang kita hadapi sekarang. Harapnya", Jie menghabiskan ungkapan yang seolah-olah tergantung. Namun, cukup untuk membuat Im mengangguk dan mengukir senyuman segaris di wajah. Walaupun jauh di sudut hati dan benak fikirnnya masih ada sisa beban yang kian membusuk dan membuat jiwanya meronta. Pada Im, dia faham satu perkara walaupun tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Dia merasakan tindakannya 3 bulan yang lalu adalah satu kesilapan besar dan sendiri mencari penyakit. "Jadi, bukan aku seorang laa yang rasa begini. Maknanya rata-rata semua orang merasakan perkara yang sama. Minggu lepas ku ada terbaca status kawan maktab aku di facebook. Dari status dia, boleh aku katakan 95% daripada yang dia lalui sama yang aku rasai." bualan kosong mereka terhenti di situ kerana masing-masing cuba untuk fokus terhadap perhimpunan mingguan . Walaupun, sebenarnya setiap kali perhimpunan mereka tidak pernah ambil kisah dengan apa yang terjadi di pentas. Mungkin juga kerana masing-masing sudah mati kata.
Im mengenangkan perasaannya sembilan bulan yang lalu berbanding sekarang. Jika dulu dia cukup tidak suka dan tertekan dengan murid-murid tahap 1 khususnya murid tahun 1 dan tahun 2. Dia merasakan itulah tempat dipanggil lubuk puaka lembah derita. Kini walaupun tidak bahagia seperti orang baru berumah tangga namun, bibirnya mampu menutur "sudah jatuh kasih kepada mereka. Si monster kecil." Bukan kerana letih melayan kerenah kanak-kanak yang seolah-olah kurang kasih sayang itu, tetapi mungkin Im merasakan kehadirannya tidak diperlukan di sekolah itu. "Subjek Pengajian Sosial tidak penting!" laju ungkapan itu menikam semangat Im untuk bekerja. Itulah perkataan yang diterima ketika melaporkan diri di hadapan guru besar. " Apa yang kami perlukan ialah guru lelaki. Hahah.. Senang untuk angkat-angkat barang semasa hari sukan nanti ye Daud." jelas guru besar dengan bangga sambil memandang Daud yang turut sma melapor diri ketika itu. "Kamu pula opsyen matematik ya? Bagus kerana sekolah kita memang menghendaki guru matematik," sambung guru besar berbangsa Cina itu yang lebih dikenali sebagai Puan Cheng. Im merasakan antara mereka bertiga, dia yang paling tidak berguna dan hanya menambah beban kepada sekolah. Hilang semua omongan padu yang pernah dilontarkan oleh pensyarahnya suatu ketika dahulu. Umpama gunung berapi meletus, semangat yang ditunjukkan oleh pensyarah Im apabila menyentuh tentang kepentingan kursus pilihan Im dan rakan seperjuangannya ketika itu. "Kamu semua kena ingat, mata pelajaran seperti Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah acuan nilai yang perlu dierapkan kepadan murid supaya jadi lebih cinta akan negara dan bangsa," antara ayat yang biasa Im dengar ketika di kelas dahulu.  Walaupun mereka sedar tentang hakikat sebenar yang sekolah hanya mengejar A bagi subjek-subjek teras, masih mampu mereka tepis berbekalkan semangat yang diberi oleh pensyarah. Namun, di sekolah itu, Im seorang diri dicantas oleh panah halilintar. "Pengajian Sosial tidak penting"...(Bersambung)

Sunday 12 October 2014

Mulut Masin???

Assalamualaikum. Rasanya sudah lama jari ini tidak kutarikan pada papan kekunci. Bukan kerana malas tetapi kerana tiada kudrat kata yang terpancul pada benak ini. Sebenarnya peristiwa ini sudah lama berlaku namun, baru sekarang bertemu kata untuk dilafaz. Paling tidak menjadi santapan bacaan mata yang mencerap setiap butir tulisanku..hu~~~ ayattt~~~..

     Ce tengok tajuk kat atas tu.. Mulut masin kan.. Boleh didefinisi sebagai tutur kata yang menjadi kenyataan walaupun si penutur tidak mahu apa yang dikata menjadi kenyataan. Dalam rumah kami selalunya yang mulut masin tu nenek la. Pasalnya setiap tegahan nenek pasal sesuatu perkara, mesti perkara tu jadi betul. Tapi kali ni tutur tu bukan dari nenek tapi daripada lidah tak bertulang ku sendiri. Pagi itu, kami wat family day bersih-bersih belakang rumah. Sambil sapu daun kering ku cakap kat si bongsu "Nanti kite cakap kat abe kak jumpe ular. Pastu kak cakap cam dalam cite harry potter." Pagi tu tak ada apa yang jadi tapi...

     Ketika tu maghrib sudah menyapa dan ku baru sudah wuduk untuk menyambut sapaan maghrib. Tatkala itu anak mata yang kabur ini terpandang pada suatu lingkaran gantungan langsir di tingkap. Sekali pandang hati ku terdetik "eh dawai ke?" Dalam kesamaran itu ku melangkah untuk lihat lebih dekat. "Eh bergerak! Ular!!" terus ku capai kaca mata untuk kepastian dan ternyata bisik hati ku tepat meneka. Terus ku meluru kepada mak. Masa tu mak baru angkat takbir menyahut salam maghrib tetapi sejurus mendengar suara ku perlahan memanculkan kata ular. Mak berhenti dan terus panggil abang, Apih dan Zaim.

    Ku hanya berdiri luar bilik memerhati insan tersayang ku bertarung dengan ridsect, batang tongkat buluh dan penyapu. Hampir 1 jam pertarungan berlangsung ternyata sangat lincah pergerakan si bisa itu. Kesal mula menyerbu benak fikir ku. Mak cakap kalau ular boleh melompat terbang macam ni ular bisa. Selesai pertarungan Apih terus pandang ku "Dia dok kat luar je..Lain kali mulut tu jaga sikit.. mane pegi Harry potter tu sume". Kesian Apih dan Abe daa la nak berangkat ke KL malam tu.

     Kesimpulannya, mulut ada jaga. Walaupun milik kita kalau salah menyapa mungkin boleh mengundang duka walau tidak dijemput tandangnya. Nasib baik Allah panjangkan lagi hayat ini. Kalu tak masa ku tak sedar mesti ye daa boleh patuk kepala.. Terima Kasih Allah. Terima kasih Mak, Apih, Zaim n Abe. Selesai bertarung terus kami solat maghrib.


DOA PERLINDUNGAN DARI BINATANG BERBAHAYA
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
[A'udzu bikalimatillahittammati min syarri maa khalaq]
"Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakanNya"
("Barangsiapa membaca doa ini pada sore hari sebanyak tiga kali, tidak berbahaya baginya sengatan (binatang berbisa) pada malam itu". HR. Ahmad, An-Nasa'i)

Wednesday 14 May 2014

PeRjaLaNan KitA BaRu BerMula DiK..

   Saat jari ini menari di atas papan kekunci, mak dan Apih dalam perjalanan ke KL. Urusannya untuk hantar Apih ke KMKN. Pengembaraan hidup Apih baru bermula dan aku masih di sini menghabiskan sisa-sisa yang berbaki. Masih lagi aku ingat saat tinggi Apih lebih rendah daripada aku. Sehari kalau tak dengar Apih meraung memang hidup aku takkan senang. Setiap hari rutin yang perlu aku penuhi ialah pastikan Apih kejar aku keliling rumah. Kepuasan pada ku lihat Apih menangis. Mungkin kerana waktu itu dia kegemaran semua orang. Tapi sekarang saat tinggi Apih jauh lagi tinggi daripada aku, rindunya aku saat itu. Saat dia mengejar aku. Air mata Apih yang dulu menjadi kepuasan ku untuk hidup kini menjadi racun rindu pada Apih.

    Apih, dunia luar itu menakutkan jika kita tak berani. Dunia luar itu sepi jika kita yang tidak mengisi. Dunia luar itu mengelirukan jika kita tak mengerti. Tapi takut itu akan bertukar jadi indah jika kita kuat menghadapi, sepi akan berganti seri jika kita tak serik menghadapi, kekeliruan itu akan bantu kita jadi serba tahu seandai kita tekad. Ingat Apih mak cakap keluarga kita tak ada harta cuma ilmu yang boleh tolong kita sekeluarga...

   Jangan takut untuk melangkah dik sebab abang dengan kak sentiasa ada untuk back up.. So u go for it boy.. Apih akan selamanya jadi adik yang paling kak suka kenak... Jangan risau sebab apa pun yang jadi kita ada keluarga yang bersama kita. Apih ada Mak, ada nek, ada abe, ada kak, ada adik ^^-

   Untuk menghabiskan sisa yang berbaki ni.. jari ini perlu berhenti menari... perlu ulang kaji.. :P



Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
"Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda": "Barang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan (silaturahmi)". (Shahih Muslim No.4638)

Thursday 20 March 2014

Lubuk Niyang Rapik vs Baitulhikmah.

    Sementara menunggu masa balik ni, sempat mengarang walaupun hanya seketika.. Duduk ku termenung sambil mengenang rupa-rupanya sudah 2 bulan mengajar bagi praktikum fasa 3. Mungkin kerana untuk kali ini ku betul-betul nikmati saat di sekolah terbaharu ini. Melihatkan tajuk di atas jelas menunjukkan sikap murid-murid yang ku dan rakan-rakan hadapi. Walaupun kami di sekolah yang berbeza, namun penangan yang kami terima lebih kurang sama. Hampir setiap hari mesti ada latihan vokal antara murid dengan murid atau murid dengan guru. Tapi cuba bayangkan vokal guru dapat menandingi vokal 40 orang murid. Kini ku sedar yang kami jauh lagi hebat daripada alat teknologi bergelar "speaker".




    Bukan itu sahaja, hampir setiap hari guru mesti mengulang jawapan yang sama bagi soalan yang sama contohnya ; cikgu kena salin ke? Cikgu salin melintang ke menegak? cikgu kene tampal ke?cikgu boleh saya minum air? Cikgu kene selang tak? Cikgu tulis dengan pensil ke dengan pen? Cikgu kene potong ke? Setiap soalan cuba didarab 40. 7x40 = 280 kali kami menjawab soalan yang sama untuk satu kelas. cuba bayangkan sehari mengajar 2 kelas di campur mengganti cikgu yang tiada di sekolah... lebih kurang...   840 kali kami "play" jawapan yang sama. Baharu ku sedar kudrat kami lebih hebat daripada alat teknologi bergelar "tape recorder".

    Jangan di lupa kami laaa referee bagi perlawanan orang gasar. Dasat wowwww kalah referee antarabangsa.Murid-murid ni suka bergaduh, lawan mulut mengata pasal mak bapak atuk nenek...








         Di tambah pula jadi tenaga pengajar peribadi bagi murid-murid yang suka terkebil-kebil. Cuba bayangkan 1-0.....pun lama mencerap nak dapat jawapan. Pun xleh jawab juga...Kini terbuka mata yang bahawa kami lebih hebat berbanding bateri kalkulator.

     Kesudahan hari kami....

P/s: ini bukan rungutan tetapi hanya coretan tentang mereka dan ku...
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya di antara yang mengikut sesorang mukmin dari amal dan kebaikannya setelah kematiannya adalah ilmu yang diajarkan dan disebarkannya, anak shalih yang ditinggalkannya atau mushaf yang diwariskannya atau masjid yang dibangunnya atau rumah untuk ibnu sabil yang dibangunnya atau sungai yang dialirkannya atau sedekah yang dikeluarkannya dari hartanya pada saat dia sehat dan masih hidup, semuanya akan mengikutnya setelah kematian."


Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dengan sanad hasan dan al-Baihaqi.

Saturday 21 September 2013

MuNgKiN kErAnA pOkOk CeRrY iTu III...

Mungkin kerana lama jari ini tidak kutari atas papan kekunci,
tanganku kaku saat minda mula berentak,
mencari kata untuk ku sampaikan makna,
tentang sambungan 2 kisah yang sudah berlalu,
iaitu "Mungkin kerana pokok cerry itu".

Jika dulu dia meminta kami menolak,
kini kami turut pintanya,
walau kami tahu dia tetap akan terus membisu,
kerana jiwanya pergi bertemu yang esa,
jasadnya diam di pusara,

Moga ayah bahagia di sana,
tenang dan sentosa,
untuk ayah doa kami kirim setiap masa,
kami akan kenang tiap detik masa,
tidak seperti pokok ceri itu,
kerna keberadaannya adalah sementara,
tapi kasih sayang kami pada ayah selamanya,
walau ayah dah tiada...





Mungkin kerana pokok ceri itu sudah tamat waktunya....
yang menyusul pemergian ayah...
21/1/2013
Ya Allah jika Engkau membenarkan perpisahan ini, 
maka izinkan kami bertemu kembali, saat hidup abadi,
 di syurga nanti, 
terima kasih ya Ilahi.
kerana mati itu benar,
dan setiap yang bernafas akan merasakan mati 
Al-fatihah buat ayah...

Saturday 4 May 2013

Detik 5 Mei..mengingatkan ku kepada seorang insan,
yang mengajar ku erti kesabaran,
yang mengajar ku untuk berbudi pekerti,
yang mengajar ku untuk menghormati,
yang menemani ku dari ku lahir hingga sekarang,
yang mengajar ku diam itu bukan lemah tetapi kekuatan,
yang mengajar ku jawi,
yang ketawa dengan ku,
yang menyokong ku,
yang main perang2 dengan ku masa kecik dulu,
yang main pondok2 masa kami kecil dulu,
ku ingat dulu sewaktu yang ketiga baru lahir,
kami berdua yang bergilir,
yang pastinya dia tidur aku yang berjaga,
apabila yang ketiga sudah sedikit besar,
kami berdua makan aiskrim sorok2,
ku makan di dapur sedang dia rela makan di tandas,
tapi siapa yang sangka,
kini dia ketua,
yang menjaga kami sekeluarga,

Selamat ulang tahun Abe...kakak doa semoga abe panjang umo dimurahkan rezki n dipercepatkan jodoh dengan orang solehah dan dapat zuriat yang soleh dan solehah :)

Dari Anas ra. bahawasanya ada seorang yang duduk di hadapan Nabi SAW. Kemudian ada seorang lelaki yang lewat di situ,lantas orang yang duduk di hadapan Nabi berkata : Wahai Rasulullah,sungguh saya mencintai orang itu. Nabi SAW bertanya kepadanya : Apakah kamu sudah memberitahukan kepadanya?. Ia menjawap Belum. Rasulullah terus bersabda : Beritahukanlah kepadanya..Kemudian lelaki itu menemui orang tersebut dan berkata : Sesungguhnya saya mencintai kamu kerana Allah. Orang itu menjawap : Semoga kamu dicintai oleh Dzat yang menjadikan kamu cinta kepadaku keranaNya.

p/s: kakak sayang abang kerana Allah....selama saya hidup saye tak pernah dengar abang tinggikan suara kepada sesiapa pun... <3