Sunday 6 September 2015

Diari Guru 9 Bulan..1

"Jie, boleh aku tau? Sepanjang kau jadi guru selama 9 bulan ni.. Kau enjoy tak?" tanya Im kepada Jie sejurus sahaja mereka duduk di barisan kerusi guru bagi perhimpunan mingguan. Laju sahaja Jie menafikan yang dia enjoy dengan kehidupan sebagai guru. "Tak enjoy langsung Im. Aku stress sampai aku rasa nak berhenti terus jadi guru. Kalau mak bapak aku orang kaya, sudah lama ku berhenti," jawab Jie dengan penuh semangat. Sebenarnya, Jie agak kehairanan dengan soalan yang diajukan Im. Bukan apa, walaupun kemasukan mereka ke sekolah tersebut adalah pada tarikh yang sama namun, hubungan Im dan Jie tidaklah rapat. Bahkan kadang kala Jie dapat merasakan dirinya seolah-olah disisihkan oleh barisan rakan-rakan baru yang sama memulakan kehidupan guru di situ. Agak berbeza dengan Im. Im lebih banyak bergaul dan rapat dengan guru-guru baru yang lain juga cepat sahaja mesra dengan guru-guru yang sudah lama mengajar di sekolah itu. "Kenapa?" tanya Jie ringkas. "Tidaklah. Aku lihat antara kita semua hanya kau seorang macam tak kisah dengan apa yang berlaku. Kau yang nampak paling bahagia dan enjoy dengan sekolah. So, aku ingat kau suka mengajar. Bukan itu saja, even kau ambil CRK atau MC pun tak ada siapa-siapa nak bising. Lain macam aku dan Lin. Pantang kami CRK ramai mulut berbunyi. Aku bukan apa, rasa tak sedap juga kalau-kalau ada yang tidak puas hati." terang Im dengan panjang lebar kepada Jie. Sekarang Im faham. Selama ini dia merasakan seolah-olah dia dibebani dengan perasaan yang amat menyakitkan. Walaupun dia sendiri tidak tahu menggambarkan bagaimana keperitan itu cuma yang mampu dia ungkapkan dia tidak suka menjadi guru. "Im, aku pernah terbaca satu blog yang dikarang oleh guru lama laa juga. Tulisannya mengatakan, tiga tahun pertama menjadi guru memang akan membuatkan kita rasa tidak seronok, penat tertekan dan macam-macam lagi. Seolah-olah itu lumrah guru-guru baru macam kita. Tetapi, alah bisa tegal biasa kita akan selesa dan tidak seperti yang kita hadapi sekarang. Harapnya", Jie menghabiskan ungkapan yang seolah-olah tergantung. Namun, cukup untuk membuat Im mengangguk dan mengukir senyuman segaris di wajah. Walaupun jauh di sudut hati dan benak fikirnnya masih ada sisa beban yang kian membusuk dan membuat jiwanya meronta. Pada Im, dia faham satu perkara walaupun tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Dia merasakan tindakannya 3 bulan yang lalu adalah satu kesilapan besar dan sendiri mencari penyakit. "Jadi, bukan aku seorang laa yang rasa begini. Maknanya rata-rata semua orang merasakan perkara yang sama. Minggu lepas ku ada terbaca status kawan maktab aku di facebook. Dari status dia, boleh aku katakan 95% daripada yang dia lalui sama yang aku rasai." bualan kosong mereka terhenti di situ kerana masing-masing cuba untuk fokus terhadap perhimpunan mingguan . Walaupun, sebenarnya setiap kali perhimpunan mereka tidak pernah ambil kisah dengan apa yang terjadi di pentas. Mungkin juga kerana masing-masing sudah mati kata.
Im mengenangkan perasaannya sembilan bulan yang lalu berbanding sekarang. Jika dulu dia cukup tidak suka dan tertekan dengan murid-murid tahap 1 khususnya murid tahun 1 dan tahun 2. Dia merasakan itulah tempat dipanggil lubuk puaka lembah derita. Kini walaupun tidak bahagia seperti orang baru berumah tangga namun, bibirnya mampu menutur "sudah jatuh kasih kepada mereka. Si monster kecil." Bukan kerana letih melayan kerenah kanak-kanak yang seolah-olah kurang kasih sayang itu, tetapi mungkin Im merasakan kehadirannya tidak diperlukan di sekolah itu. "Subjek Pengajian Sosial tidak penting!" laju ungkapan itu menikam semangat Im untuk bekerja. Itulah perkataan yang diterima ketika melaporkan diri di hadapan guru besar. " Apa yang kami perlukan ialah guru lelaki. Hahah.. Senang untuk angkat-angkat barang semasa hari sukan nanti ye Daud." jelas guru besar dengan bangga sambil memandang Daud yang turut sma melapor diri ketika itu. "Kamu pula opsyen matematik ya? Bagus kerana sekolah kita memang menghendaki guru matematik," sambung guru besar berbangsa Cina itu yang lebih dikenali sebagai Puan Cheng. Im merasakan antara mereka bertiga, dia yang paling tidak berguna dan hanya menambah beban kepada sekolah. Hilang semua omongan padu yang pernah dilontarkan oleh pensyarahnya suatu ketika dahulu. Umpama gunung berapi meletus, semangat yang ditunjukkan oleh pensyarah Im apabila menyentuh tentang kepentingan kursus pilihan Im dan rakan seperjuangannya ketika itu. "Kamu semua kena ingat, mata pelajaran seperti Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah acuan nilai yang perlu dierapkan kepadan murid supaya jadi lebih cinta akan negara dan bangsa," antara ayat yang biasa Im dengar ketika di kelas dahulu.  Walaupun mereka sedar tentang hakikat sebenar yang sekolah hanya mengejar A bagi subjek-subjek teras, masih mampu mereka tepis berbekalkan semangat yang diberi oleh pensyarah. Namun, di sekolah itu, Im seorang diri dicantas oleh panah halilintar. "Pengajian Sosial tidak penting"...(Bersambung)

No comments:

Post a Comment