Saturday 21 September 2013

MuNgKiN kErAnA pOkOk CeRrY iTu III...

Mungkin kerana lama jari ini tidak kutari atas papan kekunci,
tanganku kaku saat minda mula berentak,
mencari kata untuk ku sampaikan makna,
tentang sambungan 2 kisah yang sudah berlalu,
iaitu "Mungkin kerana pokok cerry itu".

Jika dulu dia meminta kami menolak,
kini kami turut pintanya,
walau kami tahu dia tetap akan terus membisu,
kerana jiwanya pergi bertemu yang esa,
jasadnya diam di pusara,

Moga ayah bahagia di sana,
tenang dan sentosa,
untuk ayah doa kami kirim setiap masa,
kami akan kenang tiap detik masa,
tidak seperti pokok ceri itu,
kerna keberadaannya adalah sementara,
tapi kasih sayang kami pada ayah selamanya,
walau ayah dah tiada...





Mungkin kerana pokok ceri itu sudah tamat waktunya....
yang menyusul pemergian ayah...
21/1/2013
Ya Allah jika Engkau membenarkan perpisahan ini, 
maka izinkan kami bertemu kembali, saat hidup abadi,
 di syurga nanti, 
terima kasih ya Ilahi.
kerana mati itu benar,
dan setiap yang bernafas akan merasakan mati 
Al-fatihah buat ayah...

Saturday 4 May 2013

Detik 5 Mei..mengingatkan ku kepada seorang insan,
yang mengajar ku erti kesabaran,
yang mengajar ku untuk berbudi pekerti,
yang mengajar ku untuk menghormati,
yang menemani ku dari ku lahir hingga sekarang,
yang mengajar ku diam itu bukan lemah tetapi kekuatan,
yang mengajar ku jawi,
yang ketawa dengan ku,
yang menyokong ku,
yang main perang2 dengan ku masa kecik dulu,
yang main pondok2 masa kami kecil dulu,
ku ingat dulu sewaktu yang ketiga baru lahir,
kami berdua yang bergilir,
yang pastinya dia tidur aku yang berjaga,
apabila yang ketiga sudah sedikit besar,
kami berdua makan aiskrim sorok2,
ku makan di dapur sedang dia rela makan di tandas,
tapi siapa yang sangka,
kini dia ketua,
yang menjaga kami sekeluarga,

Selamat ulang tahun Abe...kakak doa semoga abe panjang umo dimurahkan rezki n dipercepatkan jodoh dengan orang solehah dan dapat zuriat yang soleh dan solehah :)

Dari Anas ra. bahawasanya ada seorang yang duduk di hadapan Nabi SAW. Kemudian ada seorang lelaki yang lewat di situ,lantas orang yang duduk di hadapan Nabi berkata : Wahai Rasulullah,sungguh saya mencintai orang itu. Nabi SAW bertanya kepadanya : Apakah kamu sudah memberitahukan kepadanya?. Ia menjawap Belum. Rasulullah terus bersabda : Beritahukanlah kepadanya..Kemudian lelaki itu menemui orang tersebut dan berkata : Sesungguhnya saya mencintai kamu kerana Allah. Orang itu menjawap : Semoga kamu dicintai oleh Dzat yang menjadikan kamu cinta kepadaku keranaNya.

p/s: kakak sayang abang kerana Allah....selama saya hidup saye tak pernah dengar abang tinggikan suara kepada sesiapa pun... <3

Friday 3 May 2013

UndI!!!!!JaNgAn TaK Undi!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
    Bermula beberapa bulan yang lalu lagi negara ku hebah dan gempar dengan pelbagai isu yang timbul kerana pilihan raya. Masing-masing pihak berkempen, berhujah, dan membuat kebaikan untuk meraih sokongan orang ramai. Tak kurang juga membuka aib antara satu sama lain agar pihak lawan tidak meraih undi yang banyak. Yang paling menyedihkan, yang ku perhatikan semua itu dilibatkan oleh golongan yang sebangsa dan seagama dengan ku. Mengkafirkan antara satu sama lain, mencop diri masuk syurga dan orang lain dijanjikan neraka dan juga sebaliknya, menfitnah tentang keaiban orang lain, bersumpah/ menggunakan agama untuk kepentingan dunia, mengkeji dan menjatuhkan golongan alim ulamak. Nau'zubillah.. semua berhujah berdasarkan kepentingan atau pro pihak yang dipilih.. Tapi tak ramai yang kata aku pilih pihak ini kerana aku telah buat istikharah. Tak ramai yang kata Allah telah jawab istikharah ku untuk memilih golongan ini atau golongan itu. Orang sibuk berbicara tentang cukai, tentang arak, tentang skandal. So, ini politik negara ku.
   Ada juga yang berada di atas pagar.. Katanya, tak sempat daftar. Atau lebih baik ku panggil sebagai pengecut.. Ya itulah ku. Seorang pengecut. Kerana ku masih tidak nampak pihak yang hak dan yang batil. Fikiran ku disumbat dengan bermacam idea daripada pelbagai pihak. Yang awalnya ku nampak semua membawa kebaikan pada diriku..Namun, makin lama ku amati, semuanya tak menepati ciri yang ku kehendaki. Mungkin bukan kerana parti. Mungkin angkara mereka-mereka yang menyertai. Yang mengotori. Kini ku buntu kembali.. Diam memerhati apa yang mungkin terjadi. Mungkin entri ini akan dicemuh dan dikeji.. Tapi ini rintihan sendiri.. Pendapat peribadi..Mungkin kerana golongan seperti diri ini, mereka-mereka tidak meraih undi..Mungkin nanti ada yang minta ku padam entri ini. tapi kali ini ku tekad. ku juga ada hak. hak bersuara. kerana ku rakyat bebas yang tidak dibelenggu siapa pun.
    Kepada yang berpeluang mengundi, undi itu bertahan dalam tempoh 5 tahun yang pastinya, tapi mugkin kekal selamanya, mungkin menguntungkan kita, mungkin membawa bencana, mungkin kita rasa kita benar, jangan terkejut jika keputusan kita menimbulkan onar...
   Dalam diam ku termenung kembali..takpe ke buat entri macam ni?? kang kene balun sekali lagi... Semoga kali ni tak kena marah lagi, ampun dan maaf ku susun sepuluh jari..Mak n nenek mohon ampun diberi, walaupun belum raya lagi, ku tahu ku berangan boleh berpijak dengan kaki sendiri, tapi tak kunafi ape2 jadi mak n nek juga yang ku cari...

Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

p/s: kalu  entri ni kekal maknenye oklaaa..tapi kalu tiba2 entri ni dipadam maknenye kene marah ngan mak n nek lagi :P


Tuesday 23 April 2013

Hari mendung...





Assalamualaikum dan salam sejahtera..
  Ku kira dah lama tidak melakar jurnal ni... Hari ni agak frust pasal observe ngajar dapat teruk. Sangat teruk... Sangat down.. Tetapi, dalam ku dok termenung mengenang nasib diri terngiang-ngiang kat telinga ku kalimat yang ditutur oleh Azul.
    Azul ialah murid yang sangat petah bercakap dan pada ku Azul sangat pandai. Mungkin kelemahan Azul tentang perkara yang berkaitan dengan kemahiran menulis. Walaupun gitu, Azul mempunyai idea yang sangat bernas.

Azul : Cikgu, cikgu adalah cikgu terbaik yang pernah mengajar saya.
 ku    : Jangan cakap camtu. Guru-guru awak di sini lagi banyak berjasa dan lagi lama bersama
            dengan awak.
Azul : Saya tak akan lupa cikgu sampai bila-bila...
ku     : Cikgu pon tak akan lupa awak semua. Awak semua murid-murid pertama cikgu.

    Bila ku kenang ku enjoy mengajar anak-anak ini dan mereka pun seronok belajar dengan ku.. Ku rasa puas dan tak ada apa yang nak ku sedihkan lagi. Aku mengajar untuk masa depan murid-murid ku. Pasal markah ku tu.. tak apela.. Yang penting ku dah berusaha dan setidak-tidaknya ku berjaya berikan ilmu pada murid-murid. Belajar daripada kesilapan bab kata soulmate ku..

   Sama ada orang fikir ku cikgu yang baik atau tak.. Ku tak kisah sebab ianya akan ditentukan oleh murid-murid 20 tahun dari sekarang.

"Education creates miracle. When kids are developing there are more wonderful miracles happening than we think" - Maya Sensei

"Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata." (Al-Hajj:11)

 P/S : Ku pon dah confuse entri ni cite pasal ujian ke pasal Azul :P

Tuesday 2 April 2013

Paah, kenapa cikgu???

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah minggu ni dah start praktikum...semua cikgu sekolah tu baik-baik dan sangat ramah..Terima kasih Allah. Berkenaan tajuk entri kat atas "Paah, kenapa cikgu??" Kenapa ku memilih cikgu sebagai kerjaya untuk ku dampingi?? Sebabnya ialah!!!!!:




  Hari ni dah dapat jadual untuk mengajar minggu depan.... semoga diberi kekuatan, kesabaran dan kemudahan..

"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali."(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)


p/s: Dalam usaha kita nak dekatkan diri kita n org lain dengan Allah adalah melalui pengetahuan.. semoga ini menjadi penyumbang kepada agama.. kerana ku tak mahu jadi lebihan dunia..

Saturday 23 March 2013

Mungkin Kerana Pokok Cerry Itu II...

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam holiday!!!!
   Haaa sebenarnya ku sekarang tengah cuti dan semestinya balik kampung bertemankan tugasan yang mesti disiapkan dalam tempoh seminggu ni.. Mesti ada pembaca yang cakap " Dari kau duk melalut kat blog ni..baik pi siapkan kerja kau", katanya. Bukan apa, sebelum mula ni nak ambil mood menaip dulu (katanya). Cuba kita singkap kembali lakaran entri yang lalu.. yang ku tulis pasal si pokok ceri dan ayah ku. Haa ni la sambungannya. Nak tau apa nasib pokok ceri itu??

 Pulangnya aku ke rumah,
masih lagi disambut bangku tempat ayah dahulu,
Seolah pandangan itu masih lagi menatap ku,
Dan pokok ceri itu....

HAAAA!!!!!!!! Mak! Kenapa pokok ceri itu?

Pokok ceri itu tidak lagi seperti dulu,
daunnya tidak lagi sehijau dahulu,
berdirinya ia disitu tidak semegah dahulu,
kini semuanya kering dan menguning,

Mak & Nek : Pokok tu kena racun sebab naik tinggi sangat. Dah kena kat wayar elektrik tu..

Dalam diam, ku tenung pokok yang kering kelayuan itu dan memindahkan pandangan ku ke kerusi ayah.. Aku senyum..

Hati kecilku : ayah menang...

Pemergian ayah juga membawa pokok ceri bersama..Akak doa semoga ayah sentiasa tenang.. Adakah kebimbangan untuk kami yang tidak dapat ayah luahkan yang memaksa ayah tebang pokok ceri itu?

Al fatihah...
كُلٌّ نَفسٍ ذَائِقَةُ الْمَوت

Setiap yang bernafas pasti akan merasai mati..

Sunday 17 March 2013

MuTaNt PlaTiPuS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
   Sementara tunggu nak pukul 2 pagi ni, tidak ada salahnya kiranya ku nak bercerita. Kelas ku memang mempunyai pelbagai jenis species. Tapi , nak cakapnya hanya pada gelaran.. Tapi apa yang jadi pada ku ialah perkara yang sangat luar biasa. Ku hampir bertukar jadi platipus berbadan katak. Bukan rekaan atau gurauan tapi inilah ketentuan.

   Masa tu ada aktiviti air dan kami semua kena menyelam dekat laut PD. Mula-mula tak rasa apa-apa..tetapi tidak lama lepas tu...Dapat ku rasakan badan ku gatal-gatal dan mulut ku makin membengkak. Naik sahaja atas darat mulut terus muncung cam platipus. 1 badan naik gerutu merah2 besar sebab gatal. Demam seminggu lebih.

    Dengan kejadian itu, maka sejarah kelas terbitnya mutan buat pertama kali platipus berbadan katak. Mula laaa adegan mengejek ku lekat sampai sekarang..Kalau tak platipus orang panggil ku itik.. Yang tak boleh tahan orang panggil ku DR M****h.. Tak boleh laa war-warkan...

   
Yang membanggakan, ramai orang terutamanya staf dan pensyarah kalau jumpa aku ayat ni yang mesti ku dengar :
1) Assalamualaikum doktor...
2) Sihat doktor??
3) Apa khabar doktor..

   Tengok, belum dapat degree orang dah gelar doktor... hikhikhik nasib baik deme tak panggil dr. platipus....  



Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; (80)
[As-Syu'ara':80]


P/S: Dah serik nak gi mandi kat laut PD... sudah cukup sudah.. Anyway gambar mutant tu tak boleh dipaparkan laaa...

Wednesday 13 March 2013

JiKa PanDaI bEraPa bAnYak DauN YaNg gUgUr SekaRaNg?????

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
   Tidak semena-mena, idea datang pada tengah malam buta begini untuk melakar sebuah entri indah tentang daun-daun. Ramai orang boleh cakap tentang jenis daun, fungsinya, warnanya, kitarannya, tetapi berapa ramai yang boleh cakap tentang berapa banyak daun yang gugur pada saat entri ini dibaca?Percentnya adalah O.000000000001% kerana ia diluar kemampuan dan ilmu manusia. Cuba bayangkan sehelai daun kering yang saiznya tersangat-sangat kecil sedang gugur menyembah bumi. Ketahuilah bahawa Allah mengetahui lebih dari itu. Setiap saat yang diambil oleh daun kering itu untuk tersungkur ke bumi juga di bawah pengetahuan Allah.

    Keupayaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang
dikehendaki- Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" (al-Baqarah: 255).


    Dan ketahuilah semua bahawa apa yang terjadi pada daun kering itu telah tercatat takdirnya di luth mahfuz.

    "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."
 -al Hadid:22

    Dan ketahuilah juga bahawa setiap yang diatur Allah itu pasti ada hikmahnya. seperti daun kering yang gugur tu. Gugurnya ia bukan dengan sia-sia tetapi penuh makna dan pengharapan. Daun kering yang gugur itu akan luput, bersatu dengan tanah dan menjadi baja menyuburkan pokok itu.. Daun kering pun ada sumbangan.. 

   Kesimpulannya, ambilla iktibar dari daun kering ini... Dah gugur pun masih berguna dan selamat menuntut ilmu selagi hayat dikandung badan kerana ilmu itu tidak akan pernah habis.. Semakin banyak yang kita belajar kita akan sedar bahawa masih banyak yang kita tak tahu....  

Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)”. (QS al- Kahfi [18]:109)


P/S : Entri ini adalah pesanan buat yang melakar entri yang pertamanya, dan buat pembaca sekalian yang keduanya. Yang pasti, daun kering itu akan diganti dengan dedaun baru yang hijau dan segar..Jadi sentiasa muhasabah diri agar semangat yang layu dan kering menjadi sergah dan hijau kembali.

Friday 8 March 2013

MiStErI aNaK kEmBaR...# episode akhir

Tempat :  Pasar Raya Care For You.
Masa : 2 petang.

        Amna mengekori belakang seorang lelaki yang dia pasti adalah pemilik tangan yang sentiasa muncul dalam mimpinya, bersama bayi kembar atau lebih tepat pembunuh bayi kembar dan Alin. Anak matanya tidak lekang dari merenung tangan milik lelaki di hadapannya. Tanpa disedari, dia dan lelaki itu kini hanya berdua sahaja di sudut yang jauh dari pandangan orang. Lelaki itu berhenti dan berpusing ke arahnya. Terkejut Amna memandang raut wajah yang sangat dia kenali. Zaki! "Zaki!?", terkejut dan terpacul keluar dari mulutnya. "OOoo Amna rupanya yang ikut belakang saya dari tadi. Amna sihat?", Zaki cuba ramah dengan Amna. Namun, apa yang Amna nampak ialah sepasang mata yang memandang dengan penuh kebencian yang tersirat. Amna masih waras dan dia juga mula ragu adakah selama ini dia silap? Adakah ini hanya khayalan Amna sahaja. "Zzaki, sihat..", Amna cuba mengawal perasaannya. "Amna nak beli cangkul juga ke?", Zaki mengaju soalan ringkas. Amna menggelengkan kepala dan minta izin lalu pergi. Kali ni Amna yakin dia tidak berkhayal. Dia yakin dengan apa yang dia lihat. Jadi, bagaimana dengan Dato' Azhar? Perginya Amna diiringi senyum sinis yang memerhati.

        Amna memecut laju keretanya dan seharian dia tidak dapat menenangkan diri. Dia serba salah untuk menceritakan tentang Zaki kepada Ezi. Dia juga keliru apa hubungan Zaki dan Alin. Amna juga bimbang kalau dia hanya menuduh kepada yang tidak bersalah. Amna membuat keputusan untuk menunggu kepulangan Ezi esok hari dan menceritakan segalanya.  

Tempat : Tepi Jalan.
Masa : 7.30 petang.

        Senang hati Ezi memandang Amna di hadapannya. Berbaju putih, baju nikah mereka. Namun seperti ada sesuatu yang tidak kena. Amna sedang menangis dan saat Ezi cuba mendekatinya Amna seolah ditarik oleh sesuatu dan semakin jauh darinya. "Amna!!", Ezi memanggil Amna dan berlari cuba mendapatkannya namun Ezi rebah dan dari jauh dapat Ezi perhatikan calitan merah darah mula melumuri pakaian putih Amna. Saat itu juga Ezi disapa suara dari belakang. "Ezi..., Amna..Bahaya", kelihatan seorang wanita bergaun putih dan berambut panjang seolah-olah memberi amaran kepadanya. Ezi cuba melihat wajah wanita itu dan saat terlihat wajah itu... Ezi terjaga dari tidur.. Rupa-rupanya Ezi tidak lagi sampai di Banting. Sebenarnya Ezi terlelap siang tadi kerana badannya yang tiba-tiba berasa penat. Hajatnya hanya untuk lelap sebentar...tidak dia duga sebegini lama dia tertidur. Sedarnya Ezi mengingatkan kembali mimpinya...

Tempat : Rumah Ezi & Amna.
Masa : 8 malam.

      Amna keluar bilik mendengarkan bunyi yang didengarnya. Amna yang masih bertelekung keluar untuk melihat kalau-kalau ada barang di ruang tamu yang jatuh. Sampai di tengah ruang tamu, Amna melihat sekeliling dan alangkah terkejutnya Amna apabila dia berpusing, Zaki sedang duduk di sofa belakangnya. "Zaki. Apa Zaki buat kat sini? Ezi tak ada", Amna ketakutan dengan gelagat Zaki dan perlahan-lahan dia mengundur ke belakang. "Amna.. Amna.. Lelaki macam Ezi tak layak untuk kau Amna. Dia tu tak pandai nak hargai cinta orang macam kita Amna.. Lebih baik kau jadi milik aku", Zaki sudah memulakan langkah. "Ape Zaki cakap ni? Ezi anggap Zaki cam abang dia sendiri. Zaki baik jangan dekat.. Kalau tak..", belum sempat Amna menghabiskan katanya, "Kalau tak apa?", laju Zaki memotong cakap Amna. Terus Amna mengacu gunting yang memang dia bawa dari bilik. Namun sekali sentap sahaja Zaki berjaya buat Amna rebah. Zaki cuba untuk memperkosa Amna namun, tidak sesenang yang disangka kerana Amna akan pertahankan mahkotanya. Pertahankan maruah milik suaminya biar sampai nyawanya tamat namun dia tidak akan menyerah. Amna meronta sambil memangil nama Allah, memanggil Ezi, memanggil bantuan namun suara jeritannya tidak bersuara kerana mulutnya telah ditekup Zaki terlebih dahulu. Adakah begini jadinya pada insan yang mencurahkan segala kasih kepada penciptaNya? 

       Ezi sampai sahaja di hadapan rumahnya, terus meluru masuk dan dia kehairanan melihatkan kereta yang sangat dia kenali diluar pagar rumahnya. Masuk sahaja ke dalam rumah, melihatkan Zaki yang sedang cuba memperkosa Amna terus Ezi masuk dengan berang dan menendang Zaki. "Tak guna kau Zaki! Selama ni aku percayakan kau!", jerkah Ezi dan terus dia mendapatkan Amna. Amna pengsan setelah mukanya ditekup dengan bantal. "Aku cuma buat apa yang patut aku buat. Aku layak dengan perempuan yang macam Amna dan bukan macam Alin yang curang dengan orang tua tak guna tu! Selama ni! Aku setia. Aku berikan semua yang dia mahu tapi dia sanggup buat aku macam ni. Sekarang puas hati aku, Alin dah mati, orang tua tu pun dah mampus", Zaki membalas kata-kata Ezi. "Tapi apa dosa Amna kau buat camni?", tanya Ezi tidak puas hati sambil menumbuk Zaki. Marah Amna diperlakukan begitu. "HAHAHAhahaha! Aku nak kau rasa betapa ruginya kau selama ni", Zaki menaikkan lagi kemarahan Ezi. Namun, pergelutan mereka tidak lama apabila kedengaran siren polis yang menuju ke rumah Ezi.

      Selepas mendegar teriakan Ezi, diam-diam Kak Lisna terus menjengah dari luar dan melihatkan keadaan Amna terus dia menelefon ambulan dan polis. Selepas Zaki di bawa pergi, Ezi pergi ke arah Amna dan alangkah terkejutnya Ezi mendapati darah sudah membasahi kain Amna. Amna keguguran dan berita yang selama ini disimpan Amna ialah berita kehamilannya. Hajat Ezi untuk melafazkan kata cintanya sebaik sahaja pulang dari Banting berkecai. Keguguran Amna membuatkan dia jadi pendiam dan termenung. Dia seolah-olah tidak dapat menerima beban yang bertubi-tubi menghimpitnya. Amna seperti patung yang hanya akan makan bila disuap dan berjalan bila dibawa Ezi. Tidak bercakap dan tidak lagi seperti dahulu. Namun, sebagai tanda kasih dan cinta Ezi yang mendalam terhadap Amna, terus dijaganya Amna dengan harapan mampu dia lafazkan kepada Amna betapa sayangnya dia pada Amna. Ezi tetap akan bercakap dan bercerita kepada Amna seperti yang dibuat Amna padanya dahulu.... Ezi redha dengan apa yang terjadi...Di saat hatinya mula berbuah cinta kepada Amna, di saat itu buah itu di gugurkan oleh tiupan ujian Allah. Ezi tidak pernah mengalah, setiap hari dia akan melafazkan kata cintanya kepada Amna. Setiap masa dia berdoa agar Allah tumbuhkan tunas bahagia dalam hidupnya dan Amna.. Kerana cinta itu milik Allah...-tamat-

     Tiada sesuatu kesusahan ditimpakan di bumi dan yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Luf Mahfuz) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. [Al-hadid:23]

Kerana kita ini milik Allah...

 P/S: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pembaca kerana sudi membaca kisah Misteri Anak Kembar hingga ke episode akhir. Sebarang komen boleh tinggal kat bawah atau direct komen kat saya.

 

Friday 1 March 2013

ThE oPpResSed...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

     Suatu hari sebelum bertolak ke Lumut, kami makan di sebuah kedai makan. Kedai makan Kak Nora namanya (bukan Nora KS A punya ya). Saat itu Bang Bib bagitahu ku yang mereka dah buat band untuk masuk pertandingan. Berikut adalah antara dialog antara ku dan Bang Bib.

Bib : Paah, aku ngan budak-budak ni dah tubuh band nak masuk pertandingan nyanyi nanti.
Paah : HAH!!! serius Bib? biar benar? Siapa budak band mu nye?
Bib : Serius laa. Aku, Afiq, Hadi, Syameq ngan Ihsan.
Paah : Hahahah...Dah tu sapa yang nyanyi?
Bib : Tengok laa..Airil ke Ihsan ke..
Paah : Korang ni masuk bertanding untuk kalah ea..hahahah
Bib : Ni bukan pasal nak menang kalah Paah. Ni pasal nak create memory... Bila lagi nak sama-sama nyanyi..
Paah : hurmm ok...In Syaa Allah ku sentiasa sokong korang walaupun ku dah tau ape keputusannya..Apa nama band nye?
Bib : The Oppressed..(Nama kumpulan pun laaa ciannye laaa)

     Bila fikir-fikir balik betul juga kata Bang Bib. Menang atau kalah itu tak penting. Yang penting memori yang dicipta untuk dikenang masa akan datang. Nak pergi tengok tu kena laa beli tiket RM3. Sebagai tanda kasih sayang kat budak kelas, maka kami dua tiga orang akan pergi..Semoga berjaya.. Buat apa pun buat laa yang terbaik...

Dari kiri : Syamer, Afiq, Bib, Ihsan & Hadi
    Ku tak tahu laa orang lain, tapi sekali imbas ku dah tau siapa disebalik balutan kain pelikat.. Mungkin sebab ku tau gaya diorang...Mungkin sebab ku dah biasa dengan member KS A. Tapi Abib tu obviously laaa kan...menipu laa kalu sape cakap tak cam tu (memang nak kene bagi pakai cermin
mata tebal-tebal)..Heheh sorry naa Bang Bib..melawak jaaa..

“Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik.” -Larry Bielat.

P/S : Entri kali ini memuatkan montaj khas untuk The Oppressed..Selamat maju jaya.. ^^

Wednesday 27 February 2013

MiStErI AnAk KeMbAr...#10

Tempat : Villa Rayleigh.
Masa : 10 pagi.

     Kehadiran mereka ke villa itu pada kali ini adalah untuk merungkai rahsia yang tersimpan di situ. Akhirnya, misteri yang terkubur di sebalik villa indah itu mulai terungkai apabila mereka menemui 2 rangka tengkorak yang bersaiz kecil dan kelihatannya seperti rangka bayi.Amna yang hampir pengsan sempat disambut Ezi. Melihatkan rangka tersebut, Ustaz Al-zanki terus menghubungi balai polis dan melaporkan penemuan mereka.

"Amna..", Amna terus berpaling ke arah suara yang memanggil namanya dan Amna terpaku memandang perempuan rambut panjang di sebalik pokok berhampiran. Perempuan itu seolah-olah mahu Amna mengekorinya, dan tanpa disedari kaki Amna mengatur langkah menurut sahaja. "Amna! nak ke mana tu?", laju Ezi memanggil melihatkan Amna tiba-tiba berjalan terus ke dalam hutan. Ezi cuba menghalang namun ditahan oleh Ustaz Zanki. "Kita tengok ke mana dia nak bawa kita", kata Ustaz dan Ezi akur. Mereka di bawa hingga ke tebing sebuah tasik. Amna masih terpaku memandang ke arah tasik dan berpaling ke arah suatu sudut tasik yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Rupa-rupanya jelmaan perempuan itu telah menunjukkan sesuatu kepada Amna. Kemudian, Amna rebah tidak sedarkan diri. "Amna!", laju Ezi menyambut isterinya manakala ustaz terus meluru ke arah tempat Amna melihat sebelum dia pengsan. Ustaz menemui sesuatu yang di balut dengan kain dan apabila dia menyelaknya serta merta bau busuk menusuk ke rongga hidungnya. Tidak sah lagi, itu adalah penemuan kedua mangsa bunuh manusia yang bertopengkan syaitan. Walaupun mereka tidak mengetahui siapakah ketiga-tiga mangsa itu tapi kini persoalan utama telah terjawab. Inilah suara-suara yang menghantui Amna selama ini.

"Amna, terima kasih. Terima kasih kerana tolong aku",berdiri di hadapan Amna seorang perempuan bergaun putih dan berambut panjang seperti yang pernah dilihat sebelum ini. Bezanya, rambutnya tersisir kemas dan Amna dapat melihat wajah sebenarnya dan kali ini perempuan itu tidak bersendiri tetapi bersama dengan bayi kembarnya.

Celik sahaja mata Amna, dia disambut pelukan erat Ezi. Setelah 2 hari Amna tidak sedarkan diri, kini dia rasakan hidupnya sudah bebas. Bebas dari belenggu gangguan. "Ezi, tadi Amna mimpi lagi perempuan tu dan Amna kenal dia", perlahan Amna menceritakan kepada Ezi tentang perempuan yang dilihatnya. Rupa-rupanya, perempuan itu ialah Alin, pelanggan yang selalu berkunjung ke butik Amna. Setiap kali Alin pergi ke butik, dia akan pergi bersama pasangannya yang sangat Amna kenali iaitu bos suaminya, Dato' Azhar. Namun, selepas dia berkahwin dengan Ezi, Alin tidak pernah memunculkan diri. Fikirnya Alin telah berpindah ke tempat lain. Sejak dari kes itu, Dato' Azhar mula diburu polis dan seluruh ahli keluarganya juga tidak tahu ke mana dia menghilang.

Tempat : Rumah Ezi & Amna.
Masa : 9 pagi.

"Ezi", Amna sempat memanggil sebelum Ezi bertolak ke Banting. Selepas Dato' Azhar diburu polis, Ezi telah bertukar tempat kerja dan kini, dia perlu ke Banting atas urusan kerjanya. Setelah namanya dipanggil, Ezi berpaling dan menanti bicara Amna. "Baik-baik bawa kereta.. Jaga diri Ezi", hanya itu yang mampu diungkapkan Amna sambil tersenyum. Berat bagi Amna untuk memberitahu perkara sebenar. Selepas apa yang berlaku kepada Amna, hubungan mereka tidak lagi seperti dulu. Ezi sentiasa bersama Amna dan tidak pernah membiarkan Amna bersendirian. Ada sesuatu yang mesti diberitakan kepada Ezi tetapi, lidahnya kelu saat memandang wajah Ezi.


Tempat :  Pasar Raya Care For You.
Masa : 2 petang.

Sedang asyik Amna membelek sos, dia seperti perasan sesuatu yang amat dia kenali di hujung sudut rak tidak jauh tempat dia berdiri. Sekali lagi dia terlihat kelibat tangan dan kali ini dia yakin inilah tangan yang mendukung 2 bayi kembar Alin sebelum di tanam hidup-hidup...

Bersambung...

surah Al-Israa', ayat 85.
Yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja". 

Kerana cinta itu milik Allah...





P/S: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pembaca kerana masih sudi mengikuti siri Misteri Anak Kembar. Tangan siapakah yang dilihat Amna?Teruskan membaca Misteri Anak Kembar.
 
 
 


    

Friday 22 February 2013

MiStErI aNaK kEmBaR...#9

Tempat : Kampung Bukit Puteri.
Masa : 9 malam.

     "Begitulah masalah yang dihadapi oleh menantu saya imam", Pak Irsyad telah menceritakan keadaan yang terpaksa ditempuhi oleh menantunya kepada Imam Abu Hisyam sebaik sahaja selesai solat isyak. "Apa pandangan imam pasal ini?", Pak Irsyad pula bersoal selepas selesai bercerita. "Berat ujian ini Syad.. Menantu kamu bukan sahaja berdepan dengan gangguan makhluk halus tetapi juga diri dia sendiri", jawab Imam Abu Hisyam. "Imam boleh buat apa-apa untuk tolong menantu saya? ", soal Pak Irsyad lagi. "In syaa Allah kita akan sama-sama buat solat hajat supaya Allah kuatkan semangat Amna",jawab Imam lagi. "Imam tidak boleh halau hantu tu?", spontan Pak Irsyad menyoal Imam lagi. "Astaghfirullah Irsyad.. Apa sahaja yang berlaku itu dengan izin Allah. Saya bukanlah menolak permintaan kamu tetapi saya harap sangat jangan kamu jadi seperti sebahagian yang lain", nasihat Imam kepada Pak Irsyad. "Apa maksud imam jangan jadi macam orang lain?", Pak Irsyad kurang mengerti. "Beginilah Irsyad, Allah mengurniakan ilmu yang berbeza kepada setiap orang dan saya sangat tidak setuju jika ilmu ini digunakan sewenang-wenangnya sehingga peranan ahli agama yang sepatutnya amar makruf nahi munkar bertukar kepada ghostbuster", jelas Imam sambil tersenyum. "Maafkan saya Imam. Saya tidaklah menyangka begitu cuma pandangan saya Imam lebih tahu berkenaan hal ini. Jadi, apa yang mesti kita lakukan?", kini Pak Irsyad mula mengerti. "Irsyad, setahu saya Amna ini juga insan yang beramal dan kita hanya mampu menjadi penyokong kepadanya. Jadi, kita boleh buat inisiatif seperti yang saya cakap tadi, dengan solat hajat dan berdoa tetapi selebihnya Amna sendiri mesti hadapi. Amna sendiri boleh menghalau gangguan itu dengan amalan-amalan seperti solat, mengaji dan berdoa. Jika diizinkan Allah, gangguan itu akan pergi", nasihat Imam kepada Pak Irsyad. Nasihat itu dipegang teguh olehnya dan pesanan itu juga yang disampaikan kepada menantunya.

Tempat : Pejabat Dato' Azhar.
Masa : 8.30 pagi.
"Ezi! Apa masalah tak datang party semalam?", Zaki menyoal tidak puas hati kerana Ezi tidak memunculkan diri. "Ingat haiwan saja ada masalah?hahah", tergelak mereka berdua mengenangkan isu gempar yang berlaku tidak lama dahulu kepada mahasiswa UUM. "Maaf Zaki, aku dan Amna dah sampai depan villa kau semalam tapi tiba-tiba dia kata tak sihat dan nak pengsan. Jadi, aku terus bawa dia ke klinik. Lepas tu aku terus bawa dia balik", terang Ezi kepada Zaki. "Amna sakit apa?", spontan Zaki menyoal. "Doktor kata Amna ni terlalu penat dan perlukan banyak rehat. Entahlaa Zaki, aku kesian pada Amna. Macam mana dia nak rehat? Tak lama lelapkan mata terus mengigau dan meracau", Ezi mengadu kepada Zaki. "Sabar Ezi. Ini cubaan untuk korang berdua. Pasal semalam tu aku faham", Zaki cuba menenangkan Ezi.

Tempat : Rumah Ezi & Amna.
Masa : 2.30 pagi.
    "Ya Allah, jika ini kehendakMu apakan daya ku. Aku cuma seorang hamba yang tidak punya apa selain daripada apa yang telah Engkau anugerahkan kepada ku. Ya Allah jangan kau beratkan aku dengan ujian ini melainkan Kau iringinya dengan pertolonganMu.Ya Allah, kepada-Mu aku mengeluhkan kelemahan-kelemahanku, ketidak berdayaanku, dan kehinaanku di hadapan manusia. Wahai yang Maha Pengasih di antara yang mengasihi! Engkau Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau hendak menyerahkan diriku? Kepada orang-orang asing yang bermuka masam terhadapku atau kepada musuh yang Engkau takdirkan akan mengalahkanku?Hal itu tidak aku risaukan, jika Engkau tidak murka kepadaku. Namun, rahmat-Mu bagiku amat luas. Aku menyerahkan diri pada cahaya-Mu yang menerangi segala kegelapan dan menentukan kebaikan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung dari murka-Mu. Aku senantiasa mohon reda-Mu. Kerana tidak ada daya dan kekuatan kecuali atas perkenan-Mu. Tunjukkanlah aku kebenaran Ya Allah", doa Amna setelah selesai menunaikan solat tahajud dan istikharah.

     Kali ini tidak salah lagi yang berdiri di hadapan Amna seorang perempuan yang kepalanya berlumuran darah. Memakai gaun putih dan berambut panjang. "Kau siapa? Apa yang kau mahu dari aku? Kenapa engkau mengganggu aku?", soal Amna bertalu-talu kepada perempuan yang berdiri di hadapannya. "Amna, tolong aku. Kembali ke villa itu dan tolong aku", itulah ungkapan yang Amna dengar sebelum terjaga. 

    Mimpi itu diceritakan Amna kepada Ezi dan Ustaz Al-Zanki. Kemudian, Ustaz bersama dua orang pembantunya dibawa oleh Ezi dan Amna ke villa tersebut. Ustaz meminta agar kedatangan mereka ke sana disembunyikan dan Ezi tidak memberitahu walau kepada sesiapapun termasuk Zaki. Bermula dari hadapan villa itu, Amna menceritakan badan yang diseret ke dalam hutan seperti yang dia lihat dalam mimpinya. Mereka mengikut jejak yang Amna tunjukkan sehingga sampai di suatu kawasan berdekatan dengan pokok. "Di sinilah saya lihat tempat yang digali tu Ustaz", kata Amna dengan yakin. "Amin, Badrul tolong gali di sini", pinta Ustaz kepada pembantunya. Selepas 15 minit menggali, mereka menjumpai sesuatu yang membuatkan Amna rebah dan hampir pengsan. Nasib baik sempat Ezi menyambutnya...

Bersambung...

“Barang siapa dibukakan pintu doa, bererti pula telah dibukakan pula untuknya pintu rahmat. Dan tidak ada yang dimohonkan kepada Allah yang lebih disukainya selain dimohonkan ‘afiat. Suatu doa memberikan manfaat kepada apa yang telah diturunkan. Dan tidak ada yang dapat menolak ketetapan Tuhan kecuali doa. Kerana itu berdoalah kamu sekalian”. (HR At-Tirmidzi).




Kerana cinta itu milik Allah...


 P/S: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pembaca kerana masih sudi mengikuti siri Misteri Anak Kembar. Apakah yang ditemui oleh mereka dan siapakah perempuan yang sentiasa muncul di dalam mimpi Amna? Ikuti episod akan datang.



  

AnTaRa NaJiS & DaRah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
     Alhamdulillah semalam ku pergi usrah bersama sisters. Kak Tirah selaku naqibah sementara tadabbur tentang surah An-Nahl ayat 65 hingga 69. Secara keseluruhannya ayat ini menerangkan tentang kekuasaan Allah dan kebijaksanaan Allah yang boleh kita perhatikan daripada sistem alam yang bergerak mengikut aturan yang ditetapkan:

1) Air hujan yang menyuburkan tanah yang tandus dan menghidupkan tanah yang mati mengikut prosesnya.
2) Rezeki yang Allah kurniakan daripada ternakan dan tumbuhan.
3) Allah ilhamkan lebah untuk bersarang di kawasan yang boleh manusia dapatkan madunya untuk dijadikan ubat..
4) dan banyak lagi...

      Ada sesuatu yang menarik perhatian ku.. Sesuatu ketentuan yang unik dan fakta yang menarik iaitu ayat 66:

"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah (Iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya."

"And verily in cattle (too) will ye find an instructive sign. From what is within their bodies between excretions and blood, We produce, for your drink, milk, pure and agreeable to those who drink it.".

          Subhanallah betapa bijaksananya Allah dalam kehalusan dan ketelitian mencipta makhlukNya. Allah ciptakan saluran susu di antara salur najis dan salur darah. Najis yang kotor dan darah yang warna merah tu tidak merubah pun warna susu yang keluar iaitu putih dan bersih juga kaya dengan khasiat.

          Jadi, ku amati kata-kata Kak Tirah tentang analogi susu yang tidak bercampur ini dengan keikhlasan. Katanya itulah sifat ikhlas yang tidak bercampur dengan bendasing. Putih, bersih dan bermanfaat pula. Setelah itu, terlintas difikiran ku tentang sifat kita. Apa salahnya kita jadi seperti susu yang tetap menjadi sifatnya dan tidak bercampur dengan cairan lain. Jadilah diri kita sendiri dan jangan biar orang lain mencorakkan kita walaupun kita bergerak seiring dengan mereka. Apa salahnya kita jadikan diri kita ini sebersih dan seputih susu walaupun persekitaran kita penuh dengan perkara-perkara yang tidak sesifat dengannya. 

          Kita ini insan ada pilihan. Baik pilihan kita, jauh Allah lebih sayang kita berbanding makhluk lain termasuk malaikat. Tetapi buruk pilihan kita, kita ini lebih rendah dari makhluk terkutuk yang Allah laknat. Sampai sini sahaja entri dan perkongsian usrah yang dapat semalam.




P/S: Entri ini untuk diri sendiri terutamanya dan pembaca sekalian yang keduanya.   

          

Wednesday 20 February 2013

KoRbAn PaNtAi...

      "Tolong~, tolong~, tolong~" itulah suara yang sayup-sayup didengari oleh penduduk yang tinggal di sekitar Pantai Bukit Kluang, Besut. Ada yang menyangka itu suara manusia, ada yang sangka itu hanyalah khayalan mereka dan ada juga yang yakin mereka sebenarnya mendengar tangisan pantai Bukit Kluang yang kehausan. Tangisan dahaga yang meminta dituangkan korban. Setelah sekian lama pantai ini sepi daripada mistiknya kini, mula berentak kembali apabila lolongan meminta tolong berterusan selama lebih seminggu. Teriakan sayup ini berterusan hingga suatu hari yang telah ditakdirkan. Sebuah keluarga dari Negeri Sembilan datang untuk berkelah dan bermandi-manda di kawasan muara yang tenang.
       Keadaan tenang sehingga 2 orang anak dari keluarga tersebut terkapai-kapai kelemasan. Kini pantai sudah mula berentak dengan gelombang ombak yang kuat dan kencang di kawasan muara. Seman(bukan nama sebenar) terjun bagi menyelamatkan dua orang anak sedaranya. Usahanya berjaya menyelamatkan mereka malangnya, pantai sudah membuat keputusan. Keputusan bahawa hari itu mesti ada korban setelah lama lolongannya tidak diendahkan. Seman disedut kedalam air dan dibawa oleh ombak yang datang bertalu-talu. Ahli keluarga yang lain terpana dan tidak mampu berbuat apa-apa melihatkan ombak yang bergulung-gulung menyerang mereka.
     Air kembali tenang sesudah Seman ditelan dan dibawa ombak. Siapa yang sangka kali ini korban pantai ialah orang asal dari tanah barat semenanjung. Pencarian dibuat mendapatkan lebihan korban pantai. Selama beberapa hari berlalu, akhirnya mayat Seman ditemui tidak jauh dari kawasan muara, kawasan dia lemas. Maka tinggallah isterinya dan anak-anak meneruskan kehidupan yang masih tersisa tanpa Seman disisi.


     Kini, pantai itu terus berombak tenang datang dan pergi. Kadangkala sedikit kencang saat angin berhembus ganas. Masih lagi tidak lengang dengan pengunjung yang mencari ketenangan. Semoga itulah takdir kehilangan insan terakhir yang berlaku di Pantai Bukit Kluang...

Tuesday 12 February 2013

MiStErI aNaK KeMbAr...#8

Melihatkan Amna, Ezi terus menerkam ke arah Amna. "AMNA!!", Ezi menjerit sambit mencapai tubuh Amna yang berada di muka tingkap dan kelihatannya Amna ingin terjun ke bawah. Nasib baik hembusan angin malam mengejutkan Ezi dan sempat menghalang Amna daripada terjun.

Tempat : Rumah Ezi & Amna
Masa : 6.20 pagi.

   "Ezi kenapa duduk lagi di situ? Ezi tak masuk kerja hari ini?", soal Amna yang kehairanan melihatkan Ezi masih lagi bersila di tikar sejadah dan tidak bersiap ke pejabat seperti kebiasaannya. "Hari ini tidak ada siapa-siapa yang akan keluar bekerja selagi Amna tak cerita apa yang jadi semalam sampai Amna nak terjun dari tingkap bilik", tegas Ezi memberi pernyataan dan sebenarnya lebih kepada meminta penjelasan daripada Amna. "Ezziii...Amna minta maaf..Amna pun tidak sedar apa yang sebenarnya berlaku kepada Amna", balas Amna perlahan. "Sekarang Ezi nak tahu apa yang Amna nampak dalam mimpi? Ceritakan semua!", kini nada suara Ezi lebih tegas dan ini kali pertama dia bertindak sebegitu terhadap Amna. "Kalau Amna cerita... Ezi akan cakap Amna yang bukan-bukan", Amna cuba mengelak. "Ezi tak akan cakap bukan-bukan.. Sebab Ezi suami Amna. Kita juga kawan kan", Ezi cuba memujuk. "Amna mimpi..." (Ana menceritakan semua yang dimimpi dan dialami kepada Ezi). Ezi memberitahu apa yang berlaku kepada ayahnya dan kini barulah Pak Irsyad tahu kenapa dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena saat Ezi memaklumkan yang mereka ingin mengambil anak angkat. Pesanannya kepada Ezi agar Ezi bersabar dan sentiasa bersama-sama Amna walau apa jua yang berlaku.

    Setiap hari yang berlalu seolah-olah merangkak menanti selesainya perhitungan 24 jam yang diperuntukkan Tuhan. Hari-hari indah Amna seolah-olah lenyap dimamah igauan gelap lagi berdarah. Siangnya diselami dengan bisikan-bisikan dan tangisan yang meruntun jiwa. Malamnya ditelan dengan mimpi-mimpi yang mencincang perasaannya. Celik matanya dari mimpi dimulakan dengan tangisan ketakutan. Amannya Amna hanya di tikar tempat dia tadahkan dahi sujud kepada yang Esa. Tenangnya Amna sewaktu Ezi merangkulnya melenyapkan segala keresahan. Pada Ezi pula, tidak pernah ada hari yang dilalui melainkan hatinya dirobek melihatkan keadaan Amna yang tidak seperti dahulu lagi. Beberapa kali Ezi membawa Amna berjumpa dengan pakar psikologi untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Bukan sahaja Ezi tetapi Maira dan teman-temannya yang lain turut berikhtiar untuk membantu Amna. Membawa Amna kepada rawatan tradisional, rawatan Islam, ikuti Usrah dengan lebih kerap dan banyak lagi yang mereka fikir boleh membantu Amna. Namun, kerja Allah siapa yang dapat menghalang? Seandainya itu kehendak Tuhan itulah ujian tanda kasih Ilahi dan apabila Dia memberi hamba akan terima walau berjuta tangan yang menghalang. Jika Allah menghalang walau sejuta tangan yang menghulur tidak akan sampai kepada hambaNya.

    Kehadiran Amna di Masjid Kayu berhampiran rumah di kampungnya seolah-olah petunjuk yang Allah hadirkan untuk membantu Amna bertatih mengharungi ranjau yang ditempuhi. Di sini Amna bertemu dengan seorang yang amat dikenalinya dan sangat dia hormati..Ustaz Imaduddin al-Zanki. "Apa yang berlaku Amna sehingga awak katakan sinar gembira hidup awak sudah hilang?" Ustaz Zanki menyoal setelah Amna memberitahu keadaannya dalam kekusutan. "Ustaz, sejak sebulan yang lalu saya sentiasa mimpi perkara yang bukan-bukan. Adakalanya sehingga saya mengigau dan hampir terjun dari tingkat atas rumah saya. Jika saya berjalan seorang diri, seolah-olah saya sentiasa ditemani dan ada yang berbisik kepada saya. Saya takut ustaz", jelas Amna kepada Ustaz. "Astaghfirullah. Amna hebat cubaan ini. Boleh saya tahu apa yang awak nampak dalam mimpi dan bisikan apa yang awak dengar?", ustaz menyoal lagi mendapatkan kepastian.

       "Pada awalnya yang saya nampak kabur dan tidak teratur. Semakin lama semakin jelas dan seolah-olah sebuah cerita. Saya lihat ada pasangan yang bahagia bersama anak kembar di sebuah rumah besar. Setelah itu, pasangan itu bergaduh dan bayi kembar itu menangis. Kemudian, saya melihat seperti ada orang menggali tanah dalam hutan. Saya ingat tangan yang memegang kedua bayi itu. Akhir sekali, di hadapan saya terbentang sebuah tasik. Bisikan yang saya dengar, jika bukan tawa dan tangisan bayi, saya dengar suara orang meminta tolong", cerita Amna kepada Ustaz. "Mungkin ada yang memerlukan bantuan Amna. Amna nampak atau cam muka orang dalam mimpi tu?", soal Ustaz lagi kepada Amna. "Saya tak nampak sebab kabur. Tapi ustaz apa yang saya alami buat jiwa saya sakit. Hati saya sayu dan saya juga ketakutan. Kalau ya ada yang perlukan bantuan kenapa saya ustaz? Saya seksa sehingga ada yang anggap saya dah gila", Amna meluahkan perasaannya kepada ustaz. "Setiap yang berlaku ada hikmahnya Amna. Bersabarlah, innallaha maa' sobirin. In syaa Allah akan saya usahakan yang saya termampu untuk membantu Amna. Jika Amna mendapat sebarang petunjuk baru tolong maklumkan kepada saya", pinta Ustaz Zanki. "Ingat Amna, kebahagiaan yang hakiki hanyalah disisi Allah dan dunia ini hanya sementara yang dihiasi dengan tipu daya dan permainan semata. La tahzan. Innallaha maa'na", pesan ustaz Imaduddin Al- Zanki sebagai penutup bicara mereka.

Tempat : Dalam kereta Ezi.
Masa : 8 malam.

   " Kita nak ke mana ni Ezi?", soal Amna kepada Ezi. Mungkin Amna hairan apabila Ezi memintanya berhias diri malam itu. "Sebenarnya kita nak pergi ke majlis makan-makan yang Zaki buat kat villa dia", sengaja Ezi membawa Amna. Dia tidak mahu Amna bersendirian dan termenung sahaja. "Kayanya Zaki ada villa sendiri", saja Amna menyambung cakap. Dia tidak mahu merosakkan malam Ezi dengan kediamannya. "Hurmm... Dia kata villa tu ada orang bagi padanya. Rezeki diala tu.. Rezeki..", belum sempat Ezi menghabiskan ayatnya.."Rezeki kita juga dapat makan free malam ni kan...", laju Amna memotong cakap Ezi. Kedua-duanya ketawa dan Ezi sangat gembira kerana lama tidak dia lihat wajah Amna yang senyum dan tertawa seperti tadi.

  Sesampainya mereka di villa, Amna terpaku dan dadanya sakit. Jantungnya seperti direnggut dan direntap apabila melihatkan muka hadapan villa yang sangat dia kenali...

Bersambung...

Hadith yang diriwayatkan oleh Anas:

“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, sesungguhnya Allah berfirman: “Jika Aku menguji hamba-Ku dengan dua benda yang paling dia sayangi, lalu dia bersabar menghadapinya, maka Aku akan menggantikan keduanya dengan syurga. Yang dimaksudkan dua benda itu adalah kedua matanya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Kerana cinta itu milik Allah...


 P/S: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pembaca kerana masih sudi mengikuti siri Misteri Anak Kembar. Adakah villa yang dimiliki Zaki adalah villa yang dilihat Amna dalam mimpinya? Apa kaitannya Zaki dengan mimpi Amna? Teruskan membaca Misteri Anak Kembar...selesai baca tolong komen untuk penambahbaikan cerita.