Friday 8 March 2013

MiStErI aNaK kEmBaR...# episode akhir

Tempat :  Pasar Raya Care For You.
Masa : 2 petang.

        Amna mengekori belakang seorang lelaki yang dia pasti adalah pemilik tangan yang sentiasa muncul dalam mimpinya, bersama bayi kembar atau lebih tepat pembunuh bayi kembar dan Alin. Anak matanya tidak lekang dari merenung tangan milik lelaki di hadapannya. Tanpa disedari, dia dan lelaki itu kini hanya berdua sahaja di sudut yang jauh dari pandangan orang. Lelaki itu berhenti dan berpusing ke arahnya. Terkejut Amna memandang raut wajah yang sangat dia kenali. Zaki! "Zaki!?", terkejut dan terpacul keluar dari mulutnya. "OOoo Amna rupanya yang ikut belakang saya dari tadi. Amna sihat?", Zaki cuba ramah dengan Amna. Namun, apa yang Amna nampak ialah sepasang mata yang memandang dengan penuh kebencian yang tersirat. Amna masih waras dan dia juga mula ragu adakah selama ini dia silap? Adakah ini hanya khayalan Amna sahaja. "Zzaki, sihat..", Amna cuba mengawal perasaannya. "Amna nak beli cangkul juga ke?", Zaki mengaju soalan ringkas. Amna menggelengkan kepala dan minta izin lalu pergi. Kali ni Amna yakin dia tidak berkhayal. Dia yakin dengan apa yang dia lihat. Jadi, bagaimana dengan Dato' Azhar? Perginya Amna diiringi senyum sinis yang memerhati.

        Amna memecut laju keretanya dan seharian dia tidak dapat menenangkan diri. Dia serba salah untuk menceritakan tentang Zaki kepada Ezi. Dia juga keliru apa hubungan Zaki dan Alin. Amna juga bimbang kalau dia hanya menuduh kepada yang tidak bersalah. Amna membuat keputusan untuk menunggu kepulangan Ezi esok hari dan menceritakan segalanya.  

Tempat : Tepi Jalan.
Masa : 7.30 petang.

        Senang hati Ezi memandang Amna di hadapannya. Berbaju putih, baju nikah mereka. Namun seperti ada sesuatu yang tidak kena. Amna sedang menangis dan saat Ezi cuba mendekatinya Amna seolah ditarik oleh sesuatu dan semakin jauh darinya. "Amna!!", Ezi memanggil Amna dan berlari cuba mendapatkannya namun Ezi rebah dan dari jauh dapat Ezi perhatikan calitan merah darah mula melumuri pakaian putih Amna. Saat itu juga Ezi disapa suara dari belakang. "Ezi..., Amna..Bahaya", kelihatan seorang wanita bergaun putih dan berambut panjang seolah-olah memberi amaran kepadanya. Ezi cuba melihat wajah wanita itu dan saat terlihat wajah itu... Ezi terjaga dari tidur.. Rupa-rupanya Ezi tidak lagi sampai di Banting. Sebenarnya Ezi terlelap siang tadi kerana badannya yang tiba-tiba berasa penat. Hajatnya hanya untuk lelap sebentar...tidak dia duga sebegini lama dia tertidur. Sedarnya Ezi mengingatkan kembali mimpinya...

Tempat : Rumah Ezi & Amna.
Masa : 8 malam.

      Amna keluar bilik mendengarkan bunyi yang didengarnya. Amna yang masih bertelekung keluar untuk melihat kalau-kalau ada barang di ruang tamu yang jatuh. Sampai di tengah ruang tamu, Amna melihat sekeliling dan alangkah terkejutnya Amna apabila dia berpusing, Zaki sedang duduk di sofa belakangnya. "Zaki. Apa Zaki buat kat sini? Ezi tak ada", Amna ketakutan dengan gelagat Zaki dan perlahan-lahan dia mengundur ke belakang. "Amna.. Amna.. Lelaki macam Ezi tak layak untuk kau Amna. Dia tu tak pandai nak hargai cinta orang macam kita Amna.. Lebih baik kau jadi milik aku", Zaki sudah memulakan langkah. "Ape Zaki cakap ni? Ezi anggap Zaki cam abang dia sendiri. Zaki baik jangan dekat.. Kalau tak..", belum sempat Amna menghabiskan katanya, "Kalau tak apa?", laju Zaki memotong cakap Amna. Terus Amna mengacu gunting yang memang dia bawa dari bilik. Namun sekali sentap sahaja Zaki berjaya buat Amna rebah. Zaki cuba untuk memperkosa Amna namun, tidak sesenang yang disangka kerana Amna akan pertahankan mahkotanya. Pertahankan maruah milik suaminya biar sampai nyawanya tamat namun dia tidak akan menyerah. Amna meronta sambil memangil nama Allah, memanggil Ezi, memanggil bantuan namun suara jeritannya tidak bersuara kerana mulutnya telah ditekup Zaki terlebih dahulu. Adakah begini jadinya pada insan yang mencurahkan segala kasih kepada penciptaNya? 

       Ezi sampai sahaja di hadapan rumahnya, terus meluru masuk dan dia kehairanan melihatkan kereta yang sangat dia kenali diluar pagar rumahnya. Masuk sahaja ke dalam rumah, melihatkan Zaki yang sedang cuba memperkosa Amna terus Ezi masuk dengan berang dan menendang Zaki. "Tak guna kau Zaki! Selama ni aku percayakan kau!", jerkah Ezi dan terus dia mendapatkan Amna. Amna pengsan setelah mukanya ditekup dengan bantal. "Aku cuma buat apa yang patut aku buat. Aku layak dengan perempuan yang macam Amna dan bukan macam Alin yang curang dengan orang tua tak guna tu! Selama ni! Aku setia. Aku berikan semua yang dia mahu tapi dia sanggup buat aku macam ni. Sekarang puas hati aku, Alin dah mati, orang tua tu pun dah mampus", Zaki membalas kata-kata Ezi. "Tapi apa dosa Amna kau buat camni?", tanya Ezi tidak puas hati sambil menumbuk Zaki. Marah Amna diperlakukan begitu. "HAHAHAhahaha! Aku nak kau rasa betapa ruginya kau selama ni", Zaki menaikkan lagi kemarahan Ezi. Namun, pergelutan mereka tidak lama apabila kedengaran siren polis yang menuju ke rumah Ezi.

      Selepas mendegar teriakan Ezi, diam-diam Kak Lisna terus menjengah dari luar dan melihatkan keadaan Amna terus dia menelefon ambulan dan polis. Selepas Zaki di bawa pergi, Ezi pergi ke arah Amna dan alangkah terkejutnya Ezi mendapati darah sudah membasahi kain Amna. Amna keguguran dan berita yang selama ini disimpan Amna ialah berita kehamilannya. Hajat Ezi untuk melafazkan kata cintanya sebaik sahaja pulang dari Banting berkecai. Keguguran Amna membuatkan dia jadi pendiam dan termenung. Dia seolah-olah tidak dapat menerima beban yang bertubi-tubi menghimpitnya. Amna seperti patung yang hanya akan makan bila disuap dan berjalan bila dibawa Ezi. Tidak bercakap dan tidak lagi seperti dahulu. Namun, sebagai tanda kasih dan cinta Ezi yang mendalam terhadap Amna, terus dijaganya Amna dengan harapan mampu dia lafazkan kepada Amna betapa sayangnya dia pada Amna. Ezi tetap akan bercakap dan bercerita kepada Amna seperti yang dibuat Amna padanya dahulu.... Ezi redha dengan apa yang terjadi...Di saat hatinya mula berbuah cinta kepada Amna, di saat itu buah itu di gugurkan oleh tiupan ujian Allah. Ezi tidak pernah mengalah, setiap hari dia akan melafazkan kata cintanya kepada Amna. Setiap masa dia berdoa agar Allah tumbuhkan tunas bahagia dalam hidupnya dan Amna.. Kerana cinta itu milik Allah...-tamat-

     Tiada sesuatu kesusahan ditimpakan di bumi dan yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Luf Mahfuz) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. [Al-hadid:23]

Kerana kita ini milik Allah...

 P/S: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pembaca kerana sudi membaca kisah Misteri Anak Kembar hingga ke episode akhir. Sebarang komen boleh tinggal kat bawah atau direct komen kat saya.

 

1 comment: