Saturday 23 March 2013

Mungkin Kerana Pokok Cerry Itu II...

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam holiday!!!!
   Haaa sebenarnya ku sekarang tengah cuti dan semestinya balik kampung bertemankan tugasan yang mesti disiapkan dalam tempoh seminggu ni.. Mesti ada pembaca yang cakap " Dari kau duk melalut kat blog ni..baik pi siapkan kerja kau", katanya. Bukan apa, sebelum mula ni nak ambil mood menaip dulu (katanya). Cuba kita singkap kembali lakaran entri yang lalu.. yang ku tulis pasal si pokok ceri dan ayah ku. Haa ni la sambungannya. Nak tau apa nasib pokok ceri itu??

 Pulangnya aku ke rumah,
masih lagi disambut bangku tempat ayah dahulu,
Seolah pandangan itu masih lagi menatap ku,
Dan pokok ceri itu....

HAAAA!!!!!!!! Mak! Kenapa pokok ceri itu?

Pokok ceri itu tidak lagi seperti dulu,
daunnya tidak lagi sehijau dahulu,
berdirinya ia disitu tidak semegah dahulu,
kini semuanya kering dan menguning,

Mak & Nek : Pokok tu kena racun sebab naik tinggi sangat. Dah kena kat wayar elektrik tu..

Dalam diam, ku tenung pokok yang kering kelayuan itu dan memindahkan pandangan ku ke kerusi ayah.. Aku senyum..

Hati kecilku : ayah menang...

Pemergian ayah juga membawa pokok ceri bersama..Akak doa semoga ayah sentiasa tenang.. Adakah kebimbangan untuk kami yang tidak dapat ayah luahkan yang memaksa ayah tebang pokok ceri itu?

Al fatihah...
كُلٌّ نَفسٍ ذَائِقَةُ الْمَوت

Setiap yang bernafas pasti akan merasai mati..

3 comments:

  1. salam paah...pokok cery besar depan umah tu ke...nak kne tebang dah..huhu lepas ni takdok doh la xtvt jungkit kaki petik buah cery sebelum balik ke kemaman..:D

    paah nak tanya..mcm mnr nak wat layout blog comey2 gini..maksud kak..ada gambar bee & butterfly tu...ingat nak tukar jugok..ada bunga2 skit

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan nak kena tebang kak, nenek dah racun pun..memang dah mati...

      layout tu kawan yang buatkan tapi seingat paah kami buat sendiri cari kat google images.. pastu rama2 tu touch up guna photoscape..

      kalu kak nak tutorial penuh, sini boleh kowt http://www.blogguidebook.com/2012/08/how-to-make-header-for-your-blogger.html

      Delete
    2. hoohoho arwah dah pokok tu..
      erm byk keje jugak nak wat comey2 tu ingatkan ada template..click2 je..orite tq akan ditengok2

      Delete