Friday 3 May 2013

UndI!!!!!JaNgAn TaK Undi!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
    Bermula beberapa bulan yang lalu lagi negara ku hebah dan gempar dengan pelbagai isu yang timbul kerana pilihan raya. Masing-masing pihak berkempen, berhujah, dan membuat kebaikan untuk meraih sokongan orang ramai. Tak kurang juga membuka aib antara satu sama lain agar pihak lawan tidak meraih undi yang banyak. Yang paling menyedihkan, yang ku perhatikan semua itu dilibatkan oleh golongan yang sebangsa dan seagama dengan ku. Mengkafirkan antara satu sama lain, mencop diri masuk syurga dan orang lain dijanjikan neraka dan juga sebaliknya, menfitnah tentang keaiban orang lain, bersumpah/ menggunakan agama untuk kepentingan dunia, mengkeji dan menjatuhkan golongan alim ulamak. Nau'zubillah.. semua berhujah berdasarkan kepentingan atau pro pihak yang dipilih.. Tapi tak ramai yang kata aku pilih pihak ini kerana aku telah buat istikharah. Tak ramai yang kata Allah telah jawab istikharah ku untuk memilih golongan ini atau golongan itu. Orang sibuk berbicara tentang cukai, tentang arak, tentang skandal. So, ini politik negara ku.
   Ada juga yang berada di atas pagar.. Katanya, tak sempat daftar. Atau lebih baik ku panggil sebagai pengecut.. Ya itulah ku. Seorang pengecut. Kerana ku masih tidak nampak pihak yang hak dan yang batil. Fikiran ku disumbat dengan bermacam idea daripada pelbagai pihak. Yang awalnya ku nampak semua membawa kebaikan pada diriku..Namun, makin lama ku amati, semuanya tak menepati ciri yang ku kehendaki. Mungkin bukan kerana parti. Mungkin angkara mereka-mereka yang menyertai. Yang mengotori. Kini ku buntu kembali.. Diam memerhati apa yang mungkin terjadi. Mungkin entri ini akan dicemuh dan dikeji.. Tapi ini rintihan sendiri.. Pendapat peribadi..Mungkin kerana golongan seperti diri ini, mereka-mereka tidak meraih undi..Mungkin nanti ada yang minta ku padam entri ini. tapi kali ini ku tekad. ku juga ada hak. hak bersuara. kerana ku rakyat bebas yang tidak dibelenggu siapa pun.
    Kepada yang berpeluang mengundi, undi itu bertahan dalam tempoh 5 tahun yang pastinya, tapi mugkin kekal selamanya, mungkin menguntungkan kita, mungkin membawa bencana, mungkin kita rasa kita benar, jangan terkejut jika keputusan kita menimbulkan onar...
   Dalam diam ku termenung kembali..takpe ke buat entri macam ni?? kang kene balun sekali lagi... Semoga kali ni tak kena marah lagi, ampun dan maaf ku susun sepuluh jari..Mak n nenek mohon ampun diberi, walaupun belum raya lagi, ku tahu ku berangan boleh berpijak dengan kaki sendiri, tapi tak kunafi ape2 jadi mak n nek juga yang ku cari...

Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

p/s: kalu  entri ni kekal maknenye oklaaa..tapi kalu tiba2 entri ni dipadam maknenye kene marah ngan mak n nek lagi :P


No comments:

Post a Comment