Monday 4 February 2013

MiStErI AnAk KeMbAR...#5

Tempat : Secret Recipe.
Masa : 1 petang.
        "Ezi jangan risau.. Amna dah fikir dah. Kita ambil anak angkat nak?", Amna memintas cakap Ezi..."Anak angkat?!!!", Ezi sangat terkejut dan tidak menyangka yang Amna betul-betul serius. "Ya. Ezi jangan risau.., kalau mak dan ayah tanya kita cakapla yang Amna nak buat kebajikan. Tak salahkan Ezi.. Boleh ye Ezi. Amna janji Amna takkan susahkan Ezi pun. Amna tak pernah minta apa-apa tapi tolonglah kali ini saja.. Benarkan Amna jaga anak angkat", sungguh-sungguh Amna merayu kepada Ezi. Ezi tidak mampu menghalang lagi. Dia kasihan dengan Amna dan tidak sanggup untuk melihat Amna termenung dan bermuram. Akhirnya, Ezi hanya akur dengan kehendak Amna.

Tempat : Rumah Ezi & Amna.
Masa : 10 malam.

        "Amna. Amna. Bangunlaaa pergi tidur dalam bilik", Ezi mengejutkan Amna yang tertidur di hadapan tv. "Anak kita nangis ke Ezi? Anak kita bangun ye?" Amna menyoal Ezi dalam keadaan mamai. "Bukan. Amna kita tak pergi lagi dekat hospital. Tak ambil pun lagi babynya. Bangun pergi tidur dalam bilik", Ezi cuba menyedarkan Amna. Amna bangun dan termenung. Mungkin kerana dia sedang mengingati kembali mimpinya menimang bayi kecil yang comel. "Ezi dah telefon mak dan ayah? Apa mereka kata?", soal Amna mendapatkan kepastian daripada Ezi. "Dah telefon dan dah bagitahu. Diorang kata...", Ezi menceritakan perbualan antara dia dan ibu bapanya.

"Apa hal yang sampai ambil anak angkat? Tak boleh buat sendiri ke?", soal ayah Ezi yang agak terkejut mendengar berita daripada anak kesayangannya. "Bukan tak boleh tapi Amna tu.. nak buat kebajikan katanya. Lagipun kasihan dekat dia asyik termenung sahaja", Ezi cuba pertahankan Amna. "Ayah bukan nak halang niat baik kamu berdua. Cuma fikir masak-masak. Besar tanggungjawab pelihara anak orang ni. Takut separuh jalan je",bapa Ezi cuba mengingatkan anaknya tentang idea mereka untuk ada anak angkat. Walaupun bapanya tidak menghalang niat anak dan menantunya namun seperti ada sesuatu yang dirasakan tidak kena. Badannya tiba-tiba seram sejuk saat Ezi menyatakan hasrat murni mereka. Tetapi didiamkan sahaja kerana tidak mahu memikirkan perkara yang tidak-tidak.
(Selesai Ezi bercerita kepada Amna).

" Mak ayah Amna macam mana pula?", Ezi pula mendapatkan kepastian Amna. "Awalnya mereka berdua tak setuju tetapi Amna pujuk sampai ke sen topup terakhir selepas 5 kali topup tau", Amna menyatakan keadaan sebenar dengan bersungguhnya.

Tempat : Hospital Kuala Lumpur.
Masa : 10 pagi.

     "Eziii!!! Comelnya!!! Semua comel-comel. Ya Allah indahnya ciptaan Tuhan. Sampai hati mak ayah mereka tinggal mereka kat sini. Kan Ezi", perasaan Amna bercampur baur antara gembira, teruja, sedih dan kecewa dengan sikap mereka-mereka yang hanya tahu buat anak tetapi langsung tidak mahu bertanggungjawab dengan anugerah Allah. "Yelaa Amna.. Kalau mereka tak tinggal tak adanya awak terpacak kat sini ngan Ezi", Ezi menyindir Amna. Namun, sebenarnya Ezi juga kesal dengan sikap manusia yang tidak reti nak menghargai anak-anak yang tidak bersalah ini. "Ezi! Cuba tengok sana anak kembar! Lelaki perempuan agaknya. Ezi kita ambil yang tu ea. Subhanallah comelnya.", Amna sudah berkenan dengan dua orang bayi kembar yang duduk hanya bersebelahan antara satu sama lain. "Ermm yang mana ni Amna? Mana kembar?", Ezi masih mencari-cari bayi yang dimaksudkan Amna. Memandangkan jururawat hanya membenarkan mereka melihat dari kaca tingkap bilik bayi. Jadi, mereka hanya boleh melihat dan memilih dari luar. "Tu! yang hujung sana tu... Tapi kan kenapa baju...", belum sempat Amna menghabiskan ayatnya Ezi memotong. "Alaaa Ezi tengok semua bayi kat sini sama saja. Yang beza pun gelap, cerah, merah dan putih. Amna kita balik dulu ya. Zaki telefon cakap ada meeting", Ezi terpaksa mengajak Amna pulang dahulu. "Alaaa Ezi ni.. Janji nak ambil anak angkat", Amna enggan meninggalkan hospital selagi tidak mendapatkan kemahuannya. " Tak larinya budak-budak ni. Kita balik dulu, nanti kita datang balik terus ambil anak yang Amna berkenan ok?", Ezi cuba memujuk. Setelah berjaya memujuk, akhirnya Amna akur tetapi...

      "Eh Ezi, Amna tertinggal handphone kat atas rak depan bilik bayi tadi. Sekejap ye Amna pergi ambil", Amna baru teringat akan telefon bimbitnya yang tercicir. "Haaa eloklah..mentang-mentang tauke butik. Riang ria raya sahaja tinggalkan handphone tu", sempat Ezi menyindir Amna. Amna berlari ke tempat mereka berdiri tadi dan sempat menjenguk bayi yang dikatakan tadi. Sekurang-kurangnya untuk mengubat rindu namun.. "Eh, mana perginya bayi tadi...Jururawat ambil kot", fikir Amna yang mendapati bayi kembar tadi sudah tiada di tempat asalnya. Amna segera berlalu tanpa menyedari sesuatu. Sesuatu yang sedang memerhati...

Bersambung...

"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu), dan di sisi Allah pahala yang besar.” - (At-Taghaabuun : 14-15) 

Kerana cinta itu milik Allah.

P/S: Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca. Terima kasih kerana masih sudi meneruskan pembacaan dan mengikuti episod Misteri Anak Kembar. Siapakah yang memerhati? Apakah yang terjadi pada Amna dan Ezi, apa kaitan mereka dengan anak kembar? Teruskan membaca di episod akan datang.

No comments:

Post a Comment